Monday, July 13, 2015

:: Resepi Butter Prawn Simple Syahoney Kitty ::


Sejak-sejak hujung Ramadhan ni rajin pulak ke dapur...ada je nak masak.
So hari ni ai nak share ngan uolls resepi butter prawn. Simple je...simple sangat!


Bahan-Bahan :

Udang 500 gram
Butter 100 gram
Daun kari 2 pelepah
Susu cair
Bawang putih 5 ulas
Cili Padi (optional untuk org yang suka pedaas)
Serbuk kari 1 sudu besar
Kuning telur 5 biji (lebih pun tak pe)
Minyak masak


Cara :
1) Udang dah bersihkan buang kepala letak tepi
2) Panaskan kuali dengan sedikit minyak masak. Bila minyak dah panas, masukkan butter. Cairkan sepenuhnya.
3) Kuning telur tadi sila masukkan ke dalam kuali, api sederhana. Caranya tuang ala-ala teh tarik...actually kalau lagi tinggi lagi cantik sarang telur nanti sambil kacau secara membulat ye. Tuang n stir gitu. Kacau je sampai kuning telur tu masak. Jangan hanguskan sudah la....lepas tu angkat! Ketepikan
4) Dengan minyak yang baru, tumiskan bawang putih sampai agak garing.
5) masukkan serbuk kari. tumis sampai naik bau.
6) Masukkan susu cair ikut sesedap rasa ada org masukkan sikit je sebab nak butter prawn kering. Ada yang masukkan banyak untuk berkuah.
7) Dah  menggelegak, masukkan daun kari dengan udang. Tunggu sampai masak.
8) Dah masak, angkatlah..dah taburkan sarang telur yang dah siap tadi. OK DONE!

Selamat mencuba dan memasak!



watermark

1 comment:

komen yang murni-murni sudah, selebihnya SPAM!

Top Post