Thursday, December 5, 2013

:: Resepi Anak - Cekodok Sayur+Jagung+Cheese ::

Kali ni ai nak share ngan uolls mom & dad resepi masakan yang bersayur untuk disuap kepada anak-anak. Disebabkan sayurnya 'hidden' dah tentu anak tak berapa sedar dan ngap je...kompem sedap resepi ni sebab ai dah bagi Mimi. Tapi Mimi suka sayur pun....ok..jom!


Bahan-bahan :

2 sudu cheese yg di sagat
1/4 cawan sweet corn yg disagat (ni boleh beli sweet corn kernel yg sejuk beku tu...then kukus n lenyek)
1/4 cawan lobak yg disagat
1/4 cawan kubis yg disagat
1 sudu butter
1 sugu bawang putih (sagat)
1-2 biji kentang yg telah direbus + lenyek..yg ni sebenarnya ikut suka la..bergantung kepada berapa banyak bahan diatas.
sedikit garam
1/2 sudu minyak masak



Cara :
1) tumis jagung manis+lobak+bawang putih+ kubis dengan butter
2) lepas dah cantik warna dan tak hangus atau terlalu lembik. Tutup api dan asingkan - biarkan sejuk.
3) Lepas dah sejuk, campurkan dengan kentang lenyek+cheese+garam sikit. Gaulkan.
4) Lepas tu leh la 'cekodokkan' ia atau buatla apa-apa bentuk yang rasa korang suka.
5) Panaskan minyak. Dan Gorengla cekodok tadi.
6) Ok. Bila dah kecoklatan. Angkat dan boleh hidang. Kalau nak sedap lagi cicahla dengan sos cili ke tomato ke mayonis.

Ok. Sekian! Dan Selamat mencuba!




Hello Kitty  Wink Peace - Hellokitty

1 comment:

Chekgu Azrine said...

Tq sharing.nti nk cuba.dh screen captured

Uolls Boleh Jadi Suka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...