Thursday, December 20, 2012

:: Misteri - Tangan Siapa tu? ::


Kalau kita pergi ke tempat orang/bercuti - beringatlah!
Itu pesanan untuk diri sendiri dan semua juga.

Baru-baru ni ai n Incik Pinky n Mimi n Gang Incik Pinky pergi bercuti...seronok!!!
Kisahnya...sampai je kat resort tu. Makan dulu..bertegur sapa dulu ye la ai bukan kenal semuapun. Yang pergi dekat 40 buah kereta kot!! So berkenal-kenalan la...

Tak lama lepas tu abang Botak bagitau kami satu rumah ngan Abang Wan..so ai pun pegi la ke rumah number 19. Masuk je bagi salam,senyum, baca Ayat Qursi. DONE!

Petang tu nak bagi Mimi mandi...tengah sibuk2 ai nak amik baju mimi dalam beg, tetibe ai ternampak..tangan atas katil!!! (kat tepi katil) ..tangan tu melurut ke bawah, macam ada org kat bawah katil tu! Ai tak puas hati...ai pegi tinjau tepi katil..tapi tak de benda pun - Ignore!

(nampak tak arrow yg i buat tu...kat situ la nampak tangan tu)


Lepas mandikan Mimi..ai siap p tinjau sekali lagik tepi katil bawah katil kot-kot ada apa-apa la kan - TAK DE APA. So biarkan lagik..

Malam tu ai ngan mimi tido awal - sedeh tak dapat karok!!!

Kejadian 1 = Pintu bertutup rapat..tetibe ada kucing masuk rumah...heh! Yang ni malam awal lagik masa tu ai ngah layan APM
Kejadian 2 = Dalam kul 0350 - ai terdengar kucing mengiaw2 depan katil ai...ai buat dekkkk je!

Esok pagi ai bangun... isteri abang Wan bagitau anak dia yang lelaki demam. Ai tanya apsal tetibe demam? Ye la mana nak tau kot lama sangat mandi kolam ke apa ke kan? Kak Azie cakap "ketegur kot..." ai dah start rasa nak pelik. Mulut ni macam nak bercerita apa ai nampak tapi diamkan je dulu.

"semalam masa balik akak tengok awak dah tido..anak akak ni dok menung depan pintu sebelum masuk rumah,"
"dia ni lemah semangat skit, takut adalah ternampak apa-apa semalam"

Kesian anak kak azie..demam sampai lembik. Kata kak Azie nanti derang sampai rumah nak kena berubat. Hmmm...
Ai pun masa nak balik tu cerita la kat Incik Pinky. Incik Pinky cakap malam tadi jugak dia dengar orang tengah masak..siap leh bau makanan lagik! Padahal rumah kitaorg duduk tu tak de dapur pun... jeng3

Begitulah cerita tak berapa seram ai kali ini..sekian.

update :

abang wan ada kadik gambar... aiyaaaa ..ada penampakkan ORB kot kat kepala ai ngan tepi katil! heh! (dalam lain2 gambar)





5 comments:

cha said...

erkk ngeriiii huhu

Gadis said...

seram jugak....huhuhuh

Sidratul Muntaha said...

petuanya..
ni mgm amal lps budk2 ni dah ade 'kaka' yg kerap dtg ziarah
*klu pergi resort...or tmpt peranginan..
pastikan suhu bilik tu pns.(kurangkan penggunaan aircond sbb setan dgn iblis mmg suke tmpt2 sejuk)
msuk bilik tu bagi salam.
pintu bilik mandi tutup selalu
cermin2 yg de dlm bilik pun tutup dgn kain or tuala..
bawak suroh2 and bukak helaian ayat kursi or yassin.
so far..
takdelah kena lagi tpi seb baek budak2 ni jenis kuat
cumanya...
ms gi course dulu lupa bwk yassin
dak ara mlm2 tak lena tido.
sakit2 bdn..
nyampah tol
pagi2 bgn2 dah crancky

nida-razak said...

orb tu apa kitty?huu..seramnya

Hunny Kitty said...

nida - orb tu mcm 'bulatan' yg kelihatan terang/tak terang dalam seswatu gambar ..kadang2 ada kadang2 tak de.. org ckp orb tu mewakili 'penampilan' seswatu makhluk

Uolls Boleh Jadi Suka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...