Tuesday, August 31, 2010

:: Rindu kat TITI ::



Tetibe rasa rindu kat TITI ....



























tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii




TITI dah jadik cenggini!!!




















Still KECIK+RANGGI dan POWER!!!!


Monday, August 30, 2010

:: CONTEST : Aku & Ray Bon ::


Aku dengan secara rasminya.....giler masuk contest itu ini akibat kemelesetan IDEA yang melampaui batas kat ospis nih...Sekian.

Contest >>>>>>>


Insan yang aku nak TAG ialah :



Dan...inilah GAMBAR aku berCANDA dengan RAY-BON-ku......TRIMAS!


Thursday, August 26, 2010

:: Akhirnya! ::

SELEPAS HAMPIR 48 JAM BERGELUT DENGAN PERASAAN SENDIRI ..

AKHIRNYA AKU MEMUTUSKAN UNTUK MENJADI 'BALAK' KEPADA 'AWEK' AKU .....

AKU CALL DIA.....

MACAM BIASA LA......

DIA SUH AKU MINTAK MAAF!

Whatever!

Wednesday, August 25, 2010

:: Hari Ini ::

HARI NI SAYA SEDEH.......

SANGAT SEDEH….

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

DAH 26 JAM SINCE…….

Tuesday, August 24, 2010

:: Bosan ::

Saye sangat BOSAN dengan PEEL kamoo!!!

Monday, August 23, 2010

:: Bila Harta Di Pandang TINGGI ::


memang tak boleh blah..
elok la putus ngan si samad ni pon..bukan ape...dari dia buat peel..NUSYUZ di kemudian hari taime2 dah ada anak..lagik baiklah skang nih...lagipon sendiri mau ingat la..orang cenggini leh ke jadik isteri yg solehah??
belom ape ape selama DOGGG dia je maki2 si samad ni..udah la samad....ko pon dah glemer...sure3 ramai kastemer kedai beger ko tuh.
haa lori yg ko beli tu...ape lagik buat part time la sewa pindah3 barang...ade skit income lain...
ko pedulikkan pompuan ko tuh......kalao tersungkur la dia satu hari nanti...baru dia tau!

:: BEAUTIFUL EYES CONTEST BY NJ-LENS ::



Aku actually terpengaruh dengan entry kat BLOG sorang member aku ni...Puan Yanie..hahahaha aku pon apalagas......try3 je suke3 .....ekekekekke.
So ini adalah satu contest yg di namakan : BEAUTIFUL EYES CONTEST BY NJ-LENS


...Sila klik gambar utk ke blog contest...

1. Be NJ-LENS follower. ~ DONE
2. Link and put NJ-LENS banner in ur blog. ~ DONE
3. Snap a close up photo of ur beautiful eyes with or without contact lens.~ DONE
4. Edit photos are exceptable. ~ DONE
5. We only accept 1 photo for each entry. ~ DONE
6. Write about this contest in ur blog.Put NJ-LENS link in ur entry. ~ DONE
7. Put this Beautiful Eyes Contest banner in ur side bar. ~ DONE
8. After joining, leave ur name, email & ur entry link at this comment box.~ DONE

Dan inilah gambarnya ... yo yo ooo je aku nih!!!








Friday, August 20, 2010

:: Resepi : SOTONG MENTEGA RANGUP ::

Trimas bebanyak to resepi BEN ASHAARI...
Aku nak try buat for berbuka puasa esok

SOTONG MENTEGA RANGUP

Sotong Mentega Rangup

Hmmmm, sedap nihh...........

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 g sotong
1 pack tepung gorengan berperisa (mat guna jenama
"seri-aji")
1 putih telur, dipukul sedikit
1 1/2 camca besar mentega
1 ulas bawang putih
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Lada hitam yang baru dikisar secukupnya


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Sotong dicuci bersih, buang kotoran dan potong sederhana besar. Kukus sotong tadi 4 - 5 minit. Sejukkan, kemudian lap kering2 dengan paper towel. Ketepikan.
  2. Gaul sotong tadi dengan putih telur rata, kemudian taburkan tepung gorengan berperisa dan golek2 kan sotong tadi sehingga semua bersalut rata dengan tepung.Goreng terendam dalam minyak sederhana panas hingga sotong kuning keemasan, angkat dan toskan atas paper towel.
  3. Dalam kuali yang bersih, cairkan mentega dengan api perlahan dan biar hingga mentega keperangan, masukkan bawang putih dan goreng hingga peerang, masukkan sotong dan gaul rata. Matikan api dan angkat sotong tadi, toskan atas paper towel.
  4. Alih ke dalam bekas, taburkan dengan lada hitam dan hirisan daun bawang. Gaul rata dan boleh dihidangkan. Nak makan dengan sos pun ok, tak de masalah...

Thursday, August 19, 2010

:: Siapa Mangkuk Salleh Gregor? ::

Aku terbaca pasal benda ni kat blog

dan aku tetibe jadik EMO!!!!
Aku memang pantang betul la orang memain sampai tahap cenggini!!
Nak mampos?? Halah...tak dapat balasan lagik beb...berani cakap la...
Nak buat KITAB sendirik??
CIRIT abah ko!!!!
Orang macam ko ni kalau jumpa memang layak BUNUH je!!!
Hishhh..aku MARAH sangat nih!!! (kurang pahala puasa aku sebab mamat JADAH SAITAN ni!)




Astagfirullah..........(Istighfar banyak3 Hunn......)
Tak pe tak pe.....ko tunggu la balasan ALLAH kat ko wahai SALLEH (kot ye nama salleh..orang cenggini mana berani letak nama betul!!!!!)

Semoga Allah membuka hati ko..memberi hidayah kat so supaya ko leh pulang ke pangkal jalan..!!!

Kalau Allah tu tak de sape yang cipta ko? MONYET????!!!
Patut la cakap macam tak de otak...monyet rupanya...
Dah aku tak nak cakap panjang lagik...makin marah lak aku nanti......lagi baik aku zikir banyak3.....

Ya Allah,
Lindungilah hambaMu ini dari anasir3 luar yang menyesatkan serta jauhilah manusia2 macam salleh ni dari aku dan insan2 yang aku sayang dan semua saudara2 Islamku..Amin~

Wednesday, August 18, 2010

:: AutoShow ::


Tadi pagi ada orang tanya..
"Hunny....bila lagik keta nak masuk kandang????"

Eh.....dia tak sedar ke selama ni aku memang main autoshow? hurm.......


Tuesday, August 17, 2010

:: Ular Sawa ::


Apekah maksudnya sekiranya bermimpikan ULAR SAWA?
Ular Sawa ni TAK patuk!!!
TAK geget!!!
cuma dalam mimpi ada orang campak ULAR SAWA tu lepas tu ular sawa tu followwwwww je...and acah acah nak PATUK......tapi tak patuk pon.........hurmmmmmmmmmmmm
ape maksudnya ek????





Monday, August 16, 2010

:: TETTTTTTTTTTTTTTTTTT ::

Orang bank dapat bonus berbakul3 ...
aku?
memula KPI kene hamek......
skang ni JCA lak kene hamek...
jumlah keHAMEKan oleh kampeni aku terhadap gaji aku yang tak seberapa yang nak dibandingkan dengan kehidupan yang mencabar serta kos taraf hidup yang tinggi kat KL yang belom dicongak dan ditolak dengan tambang LRT/Putra atau membayar wang tempat parking kat ospis aku ini ialah RM 550-800 sebulan....

aku dah tak leh nak cakap ape dah...sekian!
TETTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTT

Saturday, August 14, 2010

:: Taman Tasek Taiping ::



Tadik kak Ima..kirim add blog sumbody.....(cik renda preancis)
nice blog.....
and teradalah gambiran gambiran menarik kat TAMAN TASEK TAIPING for outdoor photoshoot....alaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaahai CAIR mak dibuatnya!!!
Rasa macam tak sabar je nak nikah nih!! hahahahahhaha

TTT here ai come!!!

Trimas oso to PhotoFreak!!!












Friday, August 13, 2010

:: Sayang KureSya ::



Sayang dia.....

Thursday, August 12, 2010

:: Kaki Anak Gajah ::

Dah macam kaki anak gajah dah!! ayyookk!!

Wednesday, August 11, 2010

:: Awal Ramadhan ::

Apsal ek perempuan rambut puaka tu tetibe SMS aku cakap selamat berpuasa malam tadik? buang tebiat ke ape?????


Anyways....Selamat berpuase!


AWAL AL-MUBARAK

"Berpuasa pada bulan Ramadhan dan berpuasa sebanyak tiga hari pada setiap bulan akan menjauhkan fikiran jahat daripada hati dan membersihkannya."

Ramadhan menjenguk lagi. Dan sedari awal kedatangannya memang dinanti. Inilah masa yang paling sesuai untuk merebut ganjaran pahala yang berlipat kali ganda tanpa diganggu-gugat oleh syaitan dan iblis, hanya nafsu yang perlu dikawal. Setiap individu mempunyai cara yang tersendiri menyambut Ramadhan. Ada juga mukmin yang memulakan sambutan puasa dengan berpuasa sunat. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW
yang bermaksud:

"Janganlah kamu mendahului Ramadhan dengan berpuasa sehari atau dua hari sebelumnya, kecuali seseorang yang telah membiasakan diri berpuasa sunat, maka ia dibolehkan berpuasa." - HR Tujuh Ahli Hadith

Puasa Ramadhan tidak boleh dimulakan dengan berpuasa sunat atas alasan ingin menyambut ketibaan Ramadhan. Namun, jika seseorang individu itu telah biasa dan memang mengamalkan berpuasa sunat di dalam hidupnya, maka individu ini tidak
ditegah untuk berpuasa sunat walaupun puasa sunat yang dilakukannya adalah pada sehari atau dua hari sebelum kedatangan Ramadhan. Malahan, hal seperti ini dibolehkan di dalam Islam. Misalnya, jika seseorang itu telah biasa berpuasa sunat pada setiap hari Isnin dan Ramadhan pada tahun itu jatuh pada hari Selasa, maka individu itu dibolehkan meneruskan puasa sunatnya sebagaimana lazimnya.

Namun jika individu itu sengaja melakukan puasa sunat sedangkan itu bukanlah kebiasaan amalannya, maka puasa seperti ini adalah diharamkan kerana ia dikatakan sebagai mendahului ibadat puasa Ramadhan. Walaupun ada segolongan individu yang berpendapat puasa seperti ini sebagai satu penghormatan untuk menyambut ketibaan Ramadhan tetapi Rasulullah SAW sendiri menidakkan dalil yang sebegini dan menegah sama sekali amalannya.

Terdapat segelintir golongan bukan Islam yang berpendapat ibadat puasa ini tidak lain daripada meletih dan menyeksakan lantaran pantang larang yang perlu dipatuhi, namun pendapat-pendapat sebegini mula terhakis berikutan penemuan dan kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa puasa adalah satu amalan yang baik bagi menjamin tahap kesihatan mental dan fizikal secara keseluruhannya.

Di samping menerangkan kepada mereka tentang konsep sebenar ibadat dalam Islam, kita sentiasa digalakkan untuk memperbaiki dan menambah amalan dari semada ke semasa terutamanya di dalam bulan Ramadhan ini. Ibadat utama dalam Ramadhan ialah untuk mengerjakan puasa.

"Barangsiapa tidak membulatkan niatnya berpuasa sebelum fajar (subuh), maka tidak ada puasa baginya." - HR Ahmad & Ashabus Sunan

Awal puasa ialah berniat untuk mengerjakan ibadat tersebut.

Niat puasa terbahagi kepada dua iaitu:

Berniat setiap malam sebelum datangnya waktu Subuh - seseorang yang berkeinginan untuk berpuasa, wajib menyatakan niatnya; Berniat pada awal bulan Ramadhan sebelum datangnya waktu Subuh - seseorang yang ingin berpuasa pada bulan tersebut, wajib menyatakan niatnya untuk berpuasa selama satu bulan Ramadhan.

Kedua-dua pengertian ini boleh diterima pakai, namun bagi mendidik anak-anak kecil berlatih berpuasa, lebih wajar jika kaedah yang pertama ini diterapkan kepada mereka. Manakala kaedah yang kedua pula lebih mudah dan meringankan Seseorang yang akan mengerjakan ibadat puasa selama sebulan Ramadhan, memadai jika menyatakan niat puasanya sekali pada malam pertama Ramadhan. Jika niatnya dinyatakan setiap malam, maka hal ini dikategorikan sebagai sunat dan tidak mendatangkan sebarang kemudaratan.
Selamat Berpuasa dan wassalam.

Tuesday, August 10, 2010

:: Susah Hati ::







First of all...
Alhamdulillah aku selamat pergi dan kembali ke KL dengan penat dan happynya.
Ke dua....aku sebenarnya sedang susah hati........
Kenapa? Hmm...



anyways........enjoy the convoy pics :













Friday, August 6, 2010

:: Konvoi! ::


waktu entry ini di post...aku sedang memandu.......menuju ke arah TAIPING!!!! wehuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!
ini gambar lama....tu keta aku tu..warna lama...skang dah tukau kaler....
aku tak dek gambar LIVE nak upload nak kasik tau aku nak p konvoi nih..tapi naik DADdy bukan KureSya..hik hik hik.......

so....i'm OFF from today sampai Isnin!!
be seeing yah!!!! mmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmuahx!



Thursday, August 5, 2010

:: Esok nak konvoi ::




Aku gumbira walauponaku senggugut dan agak stress hari ni...aku tak sabar nak tunggu waktu balik...aku nak cuci DADdy..isi minyak DADdy....nak pegi beli spek baru.....bla bla bla....
esok aku nak berkonvoi!! yeyyyyyyyyyyyyyyyyyyy!!!!




Update jam 12:27 >>
Aku rasa macam nak kene pegi klinik....aku rasa macam paip bocor dan perut aku makin senak dan pandangan macam dah kabur3.....hadeyhhhhhh kije banyak lak!!!
Adik ipar aku suh makan ubat ni tapi tetibe perut aku rasa macam 'PANAS' . erk!!!!





Wednesday, August 4, 2010

:: Puaka! ::

BANGSAT sungguh JANDA laki ku itu!!!
Ko cakap aku perampas!!! BABEYH laaa!! ko yg tipoo laki aku...ko cakap aku rampas dia pulak?? CERMIN muka ngan rambut puaka ko dulu sebelum cakap apa-apa dengan aku k..!!!

:: Kematian misteri ::


Jarang ada berita yang menarik perhatian aku....tapi this one sangat menarik. Aku follow perkembangan dari semalam!

Kematian misteri
Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim
nfazlina@bharian.com.my
2010/08/04

sebelum - selepas


Bekas ADUN, pembantu ditemui mati dengan tembakan di kepala di lebuh raya

SUNGAI BULOH: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, Kuala Selangor, Datuk Abdul Aziz Mohd Noor dan Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian Tanjung Karang, Siti Rohana Ismat, ditemui mati dalam keadaan misteri dengan kesan tembakan di kepala, semalam.
Dalam kejadian jam 11 pagi itu, Abdul Aziz, 64, dijumpai terkulai di tempat duduk pemandu kereta yang terbabas di Lebuh Raya Utara-Selatan dekat sini, manakala Siti Rohana, 43, dalam keadaan terduduk di sebelahnya.
Dua tembakan dikesan di sebelah kanan kepala Siti Rohana, manakala satu tembakan pula di kanan kepala Abdul Aziz.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata polis masih menyiasat motif kejadian itu, tetapi tidak menolak kemungkinan seorang daripada mereka menembak pasangannya sebelum menembak diri sendiri.

Beliau berkata, polis menemui sepucuk pistol revolver .38 dengan masih berisi dua peluru, kepunyaan Abdul Aziz, di celah tempat duduk bahagian depan Toyota Caldina yang dipandu bekas ADUN itu.

“Mengikut beberapa saksi, kenderaan itu yang dalam perjalanan menghala ke Utara, hanya dinaiki kedua-dua mangsa dan terbabas ke lorong kanan sebelum merempuh penghadang lebuh raya di sebelah kiri,” katanya ketika dihubungi.
Khalid berkata, pemeriksaan mendapati tembakan itu dilepaskan dari dalam kereta kerana tiada kesan kenderaan itu ditembak dari luar, sebaliknya hanya remuk di bahagian depan akibat merempuh penghadang lebuh raya.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat mereka dihantar ke Hospital Sungai Buloh (HSB) untuk bedah siasat.

Jenazah Abdul Aziz dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 21, Shah Alam manakala jenazah Siti Rohana di Tanah Perkuburan Batu 7 1/2 Sungai Gulang-Gulang Tanjung Karang.

Abdul Aziz meninggalkan isteri, Siti Fatimah Mohd Noor, 62, serta dua anak perempuan, Norazilah, 40, dan Norazian, 37, kedua-duanya pensyarah universiti, serta seorang anak lelaki, Mohd Anis Hisham, 33, yang juga Exco Pemuda Umno Malaysia.

Abdul Aziz yang juga Bendahari Majlis Bekas Wakil Rakyat (MUBARAK) Selangor, menjadi wakil rakyat dari 2004 hingga 2008 dan pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abu Hassan Omar pada 1997.
Siti Rohana pula adalah bekas pembantu peribadi Abdul Aziz dan sudah bercerai dengan suaminya, Abdul Aziz Hamim, 43, empat tahun lalu. Pasangan itu dikurniakan tiga anak - Izati Natasha, 20, Iliani Nazira, 14 dan Mohd Izat Emir, 9, yang tinggal bersama Siti Rohana di Tanjung Karang.

Bekas suami Siti Rohana ketika ditemui di HSB, bagaimanapun berkata beliau tidak tahu sejauh mana hubungan bekas isterinya dengan Datuk Abdul Aziz kerana sudah lama tidak berhubung.

Sementara itu, Mohd Anis berkata, kali terakhir beliau bertemu dengan ayahnya, kira-kira jam 9 pagi di kediamannya di Shah Alam.

“Bapa memandu sendiri kenderaannya ke pejabat di Petaling dan mungkin meletakkan kenderaannya di pejabat sebelum menumpang Siti Rohana untuk menghadiri program di Tanjung Karang.

“Bapa tidak menunjukkan sebarang perlakuan pelik, cuma bapa menjadi rapat dengan saya sejak beberapa hari lalu. Bapa seorang yang baik dan tidak mempunyai musuh,” katanya.

Tuesday, August 3, 2010

:: KureSya n Me kene spotted! ::

Last few weeks...aku dan KureSya kene spotted ..kat jalan bangsar waktu tengah jem dan aku bermuka ketat!!

Makkk aiii!

:: My makeup artist ::

Tiga maut kereta bertembung


SATRIA Neo yang remuk setelah terbabit dalam kemalangan di Kilometer 7.2 Jalan Linggi-Rantau semalam.

PORT DICKSON – Tiga orang termasuk sepasang suami isteri maut manakala empat lagi parah dalam satu kemalangan ngeri membabitkan dua buah kereta di Kilometer 7.2, Jalan Linggi-Rantau di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 2.40 petang itu, pasangan suami isteri, Ibrahim Bachik, 68, dan Zainab Long, 64, maut selepas kereta Proton Saga BLM yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kereta Proton Satria Neo yang dipandu Mohd. Khalid Ibrahim, 55, yang turut maut.

Kejadian tersebut turut menyebabkan isteri Khalid, Rosella Abdullah, 40, dan dua anak serta seorang menantu mereka cedera parah.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Baljeet Singh berkata, kejadian itu dipercayai berlaku apabila kereta Proton Saga yang menghala ke Linggi cuba memotong sebuah kenderaan di hadapannya tetapi gagal lalu bertembung dengan kereta Proton Satria Neo.

“Ibrahim dan Zainab maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan manakala pemandu Proton Satria Neo pula meninggal dunia sejurus tiba di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban,” katanya.

Kata Baljeet, tiga mangsa yang mengalami kecederaan parah ialah Nor Mohd. Fadli Mohd. Khalid, 24, Norashima Yahya, 20, dan Hazlijam Md. Hashim, 25. Semua mereka kini dirawat di HTJ.

Uolls Boleh Jadi Suka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...