Friday, August 20, 2010

:: Resepi : SOTONG MENTEGA RANGUP ::

Trimas bebanyak to resepi BEN ASHAARI...
Aku nak try buat for berbuka puasa esok

SOTONG MENTEGA RANGUP

Sotong Mentega Rangup

Hmmmm, sedap nihh...........

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 g sotong
1 pack tepung gorengan berperisa (mat guna jenama
"seri-aji")
1 putih telur, dipukul sedikit
1 1/2 camca besar mentega
1 ulas bawang putih
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Lada hitam yang baru dikisar secukupnya


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Sotong dicuci bersih, buang kotoran dan potong sederhana besar. Kukus sotong tadi 4 - 5 minit. Sejukkan, kemudian lap kering2 dengan paper towel. Ketepikan.
  2. Gaul sotong tadi dengan putih telur rata, kemudian taburkan tepung gorengan berperisa dan golek2 kan sotong tadi sehingga semua bersalut rata dengan tepung.Goreng terendam dalam minyak sederhana panas hingga sotong kuning keemasan, angkat dan toskan atas paper towel.
  3. Dalam kuali yang bersih, cairkan mentega dengan api perlahan dan biar hingga mentega keperangan, masukkan bawang putih dan goreng hingga peerang, masukkan sotong dan gaul rata. Matikan api dan angkat sotong tadi, toskan atas paper towel.
  4. Alih ke dalam bekas, taburkan dengan lada hitam dan hirisan daun bawang. Gaul rata dan boleh dihidangkan. Nak makan dengan sos pun ok, tak de masalah...

No comments:

Uolls Boleh Jadi Suka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...