Monday, July 20, 2009

:: Blue Monday ::

Pagi ini bila terjaga dari tidur rama rama dah tak ada lagi.
Tapi berganti dengan suasana yang mendung dan gelap.
Aku pandang keluar tingkap - macam nak hujan.
Jerebu barangkali. Hmm...garu kepala yang tak gatal. Terus mengadap laptop.
Macam ada yang tak kena. Sebab hari Isnin ke?
Tak mungkin. Ada benda yang nak jadi? Entah.
Rama rama dah pergi dah tak ada lagi.

Kenapa orang suka cakap 'BLUE MONDAY' adakah kerana majority ramai yang suka tengok HENTAI pada malam ahad?
Atau derang memang suka kaler biru?!
Eh....aku pakai baju kaler biru la hari ni.

A very BLUE Monday indeed!!! - Huuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu
Lagu pertama yang aku derang sebaik sahaja aku masuk ke dalam kereta hari ini dan tuning to muh fav radio station - FLY FM...
"Be with you".

Dan rama rama memang confirm dah tak ada lagi.
Macam biasa memandu ke tempat kerja mengikut jalan yang luar biasa.
Perlukah aku mengeluarkan kata kata kesat di pagi Isnin?!
Memang perlu. Bila jalan sesak gila di Mahameru menuju ke Semantan dek kerana sebuah 'KERETA MEWAH' yang kemungkinan besar
tuannya LAMBAT BANGUN PAGI dan telah menyusahkan orang ramai yang mahu ke tempat KIJE!

Aku rasa macam nak lempang je jejaka jejaka berbaju putih berseluar hitam (tak tau kenapa derang tak pakai kaler biru) yang
dengan bongkak dan takkaburnya. Menerajang beberapa bijik VIVA dan sebijik LANCER di depan mata aku kerana sebuk nak bagi kat laluan
kepada ORANG YANG BANGUN LAMBAT tadi!

Aku tengok keadaan ke SEMANTAN cam gampang. Maka aku telah mengambil jalan lain iaitu TTDI UTARA mengikut terowong korner sedap
di PENCHALA LINK - RM2 tol...
elak RM1 elak RM1.60 kena RM2!!!! Yikes~!!!!!!!
Monday madness terus menghantui aku di mana RAMA RAMA yang aku bela dalam perut aku entah terbang ke mana.

Tepat 0815..eh takk sebab 0815 aku dalam terowong.
08.18 aku dail number orang tu - ye la dah janji nak kejut pai mati....oppppss!
Dua kali call dua kali masuk voice mail. Malas nak kacau la..mesti tak nak di ganggu.
Aku akhirnya menghantar satu SMS gangguan. Semoga dia bangun..mandi..bersiap untuk menghadapi ISNIN yang mungkin GAMPANG ini!

Dan semoga hari ini dia HAPPY!
Mana rama rama aku pergi?!

p palang s: Rasa macam dah tak boleh nak berfikir....nak pegi isap rokok banyak banyak hari ni....!

No comments:

Post a Comment

komen yang murni-murni sudah, selebihnya SPAM!

Top Post