Tuesday, January 5, 2016

Monday, January 4, 2016

:: Review - Hijrah Coffee ::







"This is love.. when you make something straight from your heart, others will feel the same. Trimas #hijrahcoffee for this lovely ice cold vanilla choco on a hot sunny day. @hijrahcoffee i'm a big fan of yours now....! xoxo "




Serius, ini adalah addiction terbaru ai. Superb sedap..dekat dengan rumah pulak tu!
By the time ai menulis ni HIJRAH COFFEE dah launch perisa baru - OREO!
Ni review tak berbayar ye..i really like the taste and yang bekerja under HIJRAH COFFEE pun ramah-ramah orangnya. Dan derang ada buat HOME DELIVERY tau!


My first cup was "CHOCOLATE" - i really like the taste manis dan pekat sampai ke hati. Lepas dari tu ai tengok orang post kat IG "Chocolate Vanilla" terus rasa nak cuba..lepas cuba terus jatuh cinta. Tetibe balik dari Taiping terasa nak cuba Choc Mocha ..tapi Choc Vanilla tetap WIN!

So, HIJRAH COFFEE, kipidap...good luck and all the best. Jangan berhenti separuh jalan sempena BIG CUP tengah hot...teruskan sampai boleh bukak ala-ala starbucks ke sfcc ke coffee bean ke okeyh!


Mimi peminat setia jugak..dia sorang leh habis satu cup




Menu.....kindly call the number kalau ada apa-apa nak tanya or nak order...kalau nak ngorat ai tak berapa nak sure







so sila follow IG dengan di SINI

dan on ya.. LOKASI nya?
Berdekatan dengan ONG TAI KIM Gombak, bawah jambatan depan Guardian.



=)

watermark

Sunday, January 3, 2016

:: Bidadari 100 Hari ::

Sekejap tak sekejap je dah 100 hari si Bidadari. Teringat lagi peristiwa tak disangka pagi Sabtu 26 September 2015 tu.

Ketentuan Allah, siapa kita nak melawannya. =)
Dilahirkan seberat 1.18kg itu sudah cukup membuatkan hati gundah gulana. Tapi bila berada di dalam NICU/SCN tu terasa ai ni dah cukup bernasib baik. Ada anak-anak yang lebih kurang baik nasibnya berbanding Bidadari, yang lebih kecil sekecil 650 gram. Yang berselirat wayar sampaikan tubuh kecil tak bermaya tak nampak. Allahu...

Berada jauh dari keluarga dan yang rapat serta yang dicinta memang menguji akal fikiran dan hati. Tabahlah....tabahlah...

Alhamdulillah, sepanjang 100 hari ini Bidadari merupakan anak yang sangat baik, tak banyak ragam tapi sangat manja. Terima kasih Allah for the Bidadari.....semoga Bidadari terus menjadi anak yang baik, solehah dan disayangi semua, mempunyai tubuh badan yang kuat dan sihat....




Bidadari,
Mama dan semua sayang kamu!



watermark

Top Post