Friday, July 20, 2018

:: Seram - Hantu Mala ikut balik rumah ::




Disebabkan hari ni ai rasa macam agak bosan dan rasa macam nak menaip sikit, so jom ai cerita ngan korang kisah yang jadi kat ai dekat 2 bulan lepas.

Lebih kurang 2 bulan lepas ai ada dapat 'mild' gangguan yang mana mulanya memang ai tak perasan langsung gangguan tu. Sampailah satu hari setiap kali ai masuk toilet mesti toilet akan flush sendiri sebelum ai sempat tutup pintu toilet. Toilet opis pun sama, toilet rumah pun sama. 1st day ai kena ai budak dekk je, sampai hari ke-2 ai rasa macam nak test ada toilet error ke apa ke ai masuk toilet yg ai tak biasa masuk kat opis. BENDA SAMA JADI!

So, ai diamkan je diri lagi.

Sebelum tu ada 2-3 malam dah anak ai yg kecik dalam umur 2 tahun dok merengek tak boleh nak tidur. Sampailah satu petang ai jemput dia kat rumah baby sitter. Baby sitter cakap anak ai cerita dia ada hantu dalam bilik usik-usik dia.

Dalam kereta ai tanya anak ai yang kecik tu. "Cha...ada hantu kacau Cha ke malam-malam?"

Dia angguk.
"Hantu tu buat apa kat Cha?"
Anak ai tunjuk la aksi macamana hantu tu buat. Dia jelirkan lidah sambil goyang-goyang kepala macam ala orang india.
Hmmmmmmmmmmmmm..ai pun cuba berfikir dengan kuat.

Sampai rumah ai suh anak ai tunjuk kat mana 'hantu' tu duduk dalam bilik. Terus dia tunjuk kat penjuru bilik dekat ngan katil. Ok....dalam hati ai kata kena tunggu malam ni nak test tengok apa jadi.

Malam pun tiba, waktu nak tidur memang terganggu la dek sebab anak ai merengek lagi. Automatik dengan ai sekali tak leh tidur. Incik Pinky ngan Mimi memang tidur mati dah la. Ai banyakkan berzikir dan baca ayat Al-Quran diam sekejap la anak. Udahnya tidur-tidur ayam.

Sampai opis gangguan di toilet masih berlaku.
Hari yang sama tetiba kawan baik ai tanya "Sya, i nak tanya u, u ada kenal sesiapa nama Mala?"
"Mala? Kawan kerja dulu ada la nama Mala, kenapa?"
"Rambut pendek-pendek ke acaner?"
"Tak de la pendek sangat, tapi kerinting"
"Oh..salah orang kot" dia kata

PELIK! So ignore je la. Kenapa teiba tanya pasal kawan India ai pulak kan? Selama ni tak pernah tanya pun.

Esoknya..........
Disebabkan ai nak tahu, teringin nak tanya dan gangguan toilet masih berlaku. Ai jumpa kawan ai ni.

"I nak tanya u la..kenapa sebenarnya u tanya pasal Mala tu ye?"
"Tak ada apa-apa..kenapa?"
"Ni..i nak citer something kat u ni"
So, ai pun bercerita la kat dia apa jadi kat ai dia terkejut jugak dengar. Terus dia cakap :
"U nak tahu tak? Pasal apa i tanya u pasal Mala tu?"
"Haaa...kenapa"
"Mala ni datang jumpa ai, dia kata dia adik u"
"Ahhh sudah...patut la seminggu ni pelik-pelik je"
"U pergi mana haritu?"
"Last sebelum jadi p Balai Polis la..kan teman adik report accident tu"
"U ada lalu kuil ke apa ke"
Ai pun cubalah re-cap mana ai jalan malam tu.

Parking - memang tempat gelap
Balai Polis - memang dekat ngan kuil
Tempat mesin beli air - tepi toilet kawasan gelap

Itu antara tempat yang disyaki kemungkinan ai terlanggar si MALA nih. Adeyh la...
Part paling best Mala ni siap kacau kawan ai sekali sebabnya dia kata dia minat kat kawan ai tu...EHHHHHHHHHHHHHHHH sangat.

Kawan ai cakap boleh ke dia hapuskan or halau si Mala tu?
Ai cakap silakan...(kawan ai  ni pandai jugak la halau benda-benda tak elok ni)
Balik rumah ai pun buat air penawar, azan penjuru bilik.
Alhamdulillah tak de dah yang ganggu sampai hari ni.

Mujur tak nampak...
Bukan kali pertama kena ikut, tapi tu la...berhati-hatilah bila melangkah!





watermark

Friday, July 6, 2018

:: Review Antman & The Wasp ::


Filem Antman kali ni sangat santai dan ringan yang penting ai tengok most of the time ai gelak saja sebab banyak scene yang menghiburkan hati.

Wajib ke korang tengok filem ni kalau korang nak tahu apa jadi masa Infinity War? Tak berapa wajib. Sebab filem ni pada ai bersifat "stand alone". Lepas dari Civil War kan Antman kena tangkap hukumannya "duduk dalam rumah 2 tahun". So, memang dia tak tahu la yang kat "luar sana" tengah ber Infinity War.







Mission Antman kali ni adalah nak selamatkan Mak Hope yang terperangkap dalam Quantom Realm (yang ni korang kena tengok Antman 1 kalau korang tak ingat). Kan masa ni Hank Pym cakap kalau jadi sub-atom peluang nak balik tu memang tak de la kan?





So....Dr Pym tu pun cipta la satu alat nak pergi balik kuantom realm tu, tapi.....in order nak lengkapkan alat tu derang perlukan satu device ni. Device ni beli dengan sorang gangster. Masa ni la akan ada twist skit, korang akan jumpa satu watak yang dipanggil GHOST.




Bermulalah perebutan alat ciptaan Dr Pym tu antara Ghost, Gangster, Pym - saling rebut dan curi mencuri. Nak cerita lebih spoiler lak nanti. Hm....cerita sikit la ek, kebanyakkan benda dalam filem ni semua boleh jadi kecik-besar termasuk bangunan,kereta bla bla bla.

Akhir cerita, Mak Hope berjaya diselamatkan.

SPOILER ALERT!!!
Ada 2 post-credit!

Credit 1 : berkaitan dengan Infinity War
Credit 2 : korang gelak je la ye.

So..i tak de bagi spoiler sangat kan?
Pergi la tengok you guys going to have a good laugh!



watermark

Tuesday, July 3, 2018

:: Resepi Ayam Rosemary Mustard ::


Bahan-bahan:
Seekor ayam, cuci bersih dan toskan
Bawang merah merah
Bawang besar/holland
2 sudu kicap manis
1 sudu sos tiram
4-6 sudu mustard
1 sudu kecik rosemary
Minyak zaitun
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Serbuk kari
Lemon




Cara menyediakan dan memasak:
Potong bawang
Masukkan semua sos tiram, serbuk kari, kicap manis,minyak,gula,garam,mustard, rosemary
Gaul rata semua bahan tadi menjadi sebati.
Masukkan ayam dan gaul sampai rata.
Perapkan ayam dalam 1/2 jam atau lebih.
Perahkan lemon atas ayam
Bakar dlm oven 150c selama 30 minit atau sampai masak.





watermark

Monday, July 2, 2018

:: Pembedahan Gigi Kanak-Kanak (Dental Caries) ::

Assalamualaikum & Hai uolls.
Kali ni ai nak bercerita tentang pengalaman ai melalui anak ai yang baru-baru dijalani pembedahan pembuangan gigi susu akibat "dental caries".

Apa itu dental caries atau karies gigi?

Karies gigi, dikenali juga sebagai kereputan gigi, kaviti atau gigi berlubang. Apa yang menghairankan, ramai orang masih tidak mengetahui bahawa karies gigi merupakan penyakit berjangkit. Ia berpunca daripada bakteria dan menyebabkan penyahmineralan dan kerosakan tisu keras seperti enamel, dentin dan simentum akibat penapaian bakteria ke atas cebisan makanan pada permukaan gigi.

Masalah ini boleh dialami oleh sesiapa sahaja tidak kira usianya daripada budak kecil hingga ke orang dewasa. Ianya boleh berlaku pada gigi susu mahupun gigi kekal. Bakteria sentiasa terbentuk diatas permukaan gigi dalam rongga mulut dalam satu lapisan nipis yang dikenali sebagai plak.Perubahan dalam rongga mulut seperti suhu,pH dan sistem ketahanan badan boleh mengganggu hubungan simbiotik normal dan boleh menambah risiko penyakit pergigian.

TANDA-TANDA PEMBENTUKAN KARIES GIGI


  • Perubahan pada warna gigi dengan pembentukkan bintik hitam atau putih
  • Lubang yang ketara
  • Liang-liang kecil pada permukaan gigi
  • Makanan mudah melekat pada permukaan gigi
  • Rasa sakit dan sensitif serta sengal bila mengambil makanan sejuk/ panas(rasa nyilu)



Kawasan gigi yang mudah terjejas dengan pembentukan karies gigi ialah:


  • Permukaan gigi gerham
  • Celah-celah gigi belakang dan depan
  • Gigi yang ada masalah oklusi seperti gigi yang tersusan rapat antara satu sama lain tanpa sebarang jarak antara dua gigi



JENIS KARIES GIGI:


  • Karies dilapisan enamel
  • Karies dilapisan enamel dan dentin
  • Karies yang merebak ke lapisan pulpa
  • Karies dipermukaan akar


So..jom kita ke cerita sebenar.
Mimi ni doktor dah diagnose ada dental caries di sebabkan kesilapan ai jugak. Ye la, Mimi masa kecik sampai umur 3 tahun jenis nak "tembab" je sebab dia breastfeeding. Makanya dari situlah punca mula caries gigi dia....jangan ingat susu badan tak leh sebabkan caries. Doktor kata bila kita biarkan je dalam mulut baby masa dia tidur, yes....caries boleh berlaku.

Procedure pembedahan gigi Mimi ai buat dekat Klinik Pergigian Kanak-kanak HKL.
Layanan? Superb!
Doktor dan nurse memang pandai layan budak-budak.

Kondisi gigi Mimi tak la kritikal melampau sebab dia tak pernah mengadu sakit dan memang tak pernah bernanah. Tapi..gigi dia kebanyakkan terutama baris depan atas dah tinggal yang dalam gusi je..geraham kebanyakkan berlubang.

Sebelum pembedahan boleh dibuat, anda kena pastikan kondisi anak anak sihat terutama dari BATUK dan SELSEMA.

Anda akan ditemuramah oleh pakar bius untuk memastikan kondisi anak anda baik untuk proses bius nanti. Masa jumpa pakar bius, pakar bius akan terangkan la risiko dan apa yang akan berlaku.
Kalau anda setuju, anda sain surat akuan dan persetujuan.

Doktor akan buat xray ke atas gigi dan tengok kondisi gigi dan dalam gusi. Macam Mimi, dalam gusi dia dah banyak gigi kekal menanti. Infact hari yang last checkup tu 2 gigi bawah dah goyang sebab gigi kekal tunggu nak keluar sikit lagi.

Anak anda biasanya akan di puasakan minimum 6 jam sebelum procedure.
Serius ai nervous sangat bila nak sampai masa nak cabut gigi tu. Bukan sikit gigi yang kena remove. 13 batang uolls!

Mama atau Papa boleh temankan anak dalam bilik bedah tapi sampai dia tertidur SAHAJA. Waktu procedure tak boleh tengok. Macam Mimi, pembedahan termasuk recovery time makan masa dalam 2 jam. Sebaik je dia sedar papa dia masuk dulu tengok dia. Kemudian ai pulak mintak masuk. Tak leh masuk ramai-ramai dekat recovery area.


(masa ni nervous sangat)


Sebaik je Mimi nampak muka ai dia tetiba menangis. Padahal masa Papa dia masuk dia tak nangis pun. Hai la anak. Darah dari gusi biasanya akan berhenti 30 minit lepas cabutan gigi berlaku. So jangan risau, kalau pendarahan banyak berlaku bagitahu dengan doctor or nurse.

Dalam pukul 1 Mimi di tolak balik masuk wad. Sampai wad belum boleh makan. Doktor kata hanya boleh minum air kosong untuk 30 minit pertama, kalau tak muntah lepas 30 minit tu bagi air manis. lepas 30 minit dari bagi air manis leh makan.


(masa balik wad dia nak  nangis-nangis tapi bila offer handphone terus ok)


Makanan pertama Mimi adalah jangung rebus dalam cup. Lepas makan terus ajak jalan-jalan pergi playground la play room la. Sampai doktor 2 kali cari tak jumpa. sudahnya nurse jumpa kitaorang dalam playroom mintak p klinik gigi.




Sampai klinik, doktor check jahitan dan luka. Doktor sapu sejenis gel yg akan buat gusi mengecut macam tu tapi JANGAN KUMUR! Dan sudahnya boleh balik petang tu jugak.

So, mak ayah mama papa ibu bapa semua-semua la...jagalah gigi anak sebaik boleh even gigi susu. Kalau dah start berlubang bawaklah jumpa dotor gigi kanak-kanak, gigi susu pun boleh tampal ye. Dan ingat...zaman kita dulu-dulu memang kita akan dengar "ala...gigi tu nanti gugur/luruh la..buat apa nak cabut-cabut!"

TAPI............


  • kalau gigi susu tu tak tertanggal sendiri tapi gigi kekal dah keluar tak ke kena cabut jugak gigi susu tu?
  • kalau gigi susu tu tinggal tunggul je lepas tu gusi jadi bernanah teruk anak menanggung sakit yang hebat dah gigi kekal ada masalah nak keluar? bukan ke kena cabut jugak gigi susu tu?
  • kalau disebabkan gigi susu yang rosak dan infection tu sampai ke gigi kekal? rugi kan?


PILIHAN di tangan korang.
Semoga gigi kita dan anak-anak kita kekal sihat dan kuat!

kalau ada apa-apa nak tanya leh email saya s0undl4cks@gmail.com



watermark

Top Post