Friday, July 7, 2017

:: Bidadari kena Bisul!!! ::




Hai uolls,
Terus terang ai cakap seumur hidup ai ..ai sendiri tak pernah merasai apa tu bisul..mintak simpang la nak kena. Tapi tak sangka pulak anak ai si Bidadari tu pulak yang menjadi mangsa bisul.

Bermula dengan area cuping telinga yang kemerah-merahan waktu raya ke-4 di Sungai Petani,




 lama kelamaan tempat yang merah tu makin bengkak tak de la bawak pegi klinik sebab ingatkan kena gigit/ketit dengan nyamuk ke apa. Tapi bila kitaorang sampai KL yang bengkak tu mula nampak macam bernanah. Lekas-lekaslah ai bawak Bidadari pegi klinik.



Dah la bila sampai turn jumpa doktor si Bidadari ni leh pulak mengamuk dengan sepenuh jiwa raya meronta-ronta tak bagi chance langsung kat doktor nak tengok kondisi telinga dia. Doktor pun tengok la setakat yang di leh tengok dan doktor putuskan...BISUL!

Doktor arahkan ai pegi hospital untuk buat minor surgery sebab takut melarat dan sementara tu doktor bagi ubat demam, antibiotik dengan ubat sapu. Balik rumah ai sapukan aje cream yang doktor bagi tu. Tak lama lepas tu tiba-tiba yang nanah tadi tu PECAH!!! Keluar la macam 'nasi' tapi berlendir dengan darah tak lama lepas tu keluar pulak macam 'air' tak berenti-renti sampai ai kena gulung tisu dan selit kat dalam cuping telinga Bidadari.


Tengok tu bila nanah tu pecah berdarah kemudian keluar cecair kekuningan, mujur ai perasan sebab masa tu terlelap sekejap. Bila ai tengok dah jadi macam tu cepat-cepat serap pakai hujung tisu bagi kering.....

So kalau ikut hari, termasuk kelmarin bila kuping bisul tu gugur, dah seminggu la. Telinga masih belum recover sepenuhnya sebab masih ada kesan tapi dah tak de nanah. Moga Bidadari tak terkena lagi la bisul tu, kesian kat dia......






watermark

Thursday, July 6, 2017

:: Team Raya Hijau ::

Assalamualaikum...Hai semua.
Rasanya macam lama je blog ni bersawang tanpa apa-apa update sebab busy yang teramat.

Di kesempatan ini ai nak ucapkat Eid Mubarak untuk semua, maaf zahir batin ye.
Tahun ni ai beraya disebelah keluarga Incik Pinky kemain lagi cuti dari 22/6/2017 sampai la 3/7/2017 haaaaaaaaaaaaaaaa..tak pernah lagi seumur hidup amik cuti raya panjang macam tu.

Tahun ni jugak menyaksikan ai gigih siapkan baju raya sebab konon nak puaskan hati sendiri. HIJAU uolls bertatahkan gemerlapan lace dan Hello Kitty!!




Tu je la cerita sikit pasal raya nanti cerita lagi benda-benda lain kat sini. Mmmmmmmmmmmmuah!



watermark

Wednesday, June 7, 2017

:: Demam ::

Tiba² demam..tak tahu la sebab cuaca panas sangat ke apa. Bertabahlah dengan selsema teruk, sakit kepala. Semua ada.

Tuesday, June 6, 2017

Sunday, June 4, 2017

:: ezBuy - Gedung membeli-belah masa kini ::

Anda suka shopping? Tetapi kadang-kadang harga barang kesukaan anda tu terlajak mahal harganya. Anda tahu ia datang dari mana akan tetapi anda tidak tahu cara untuk membeli terus dari sumbernya?
Jangan risau, kini anda punya jalan penyelesaian!
Dengan ezbuy Malaysia anda tidak perlu risau lagi kini anda boleh membeli belah terus dari luar negara tanpa ke luar negara pun!
Hebat tak?


Dengan adanya ezbuy, barangan kesukaan anda akan terus sampai ke rumah anda dari China, USA, Taiwan serta Malaysia dengan hanya melayari website ini!

Nak tahu sesuatu tak?  65eday Global Super Sale bakal berlangsung di ezbuy Malaysia!
Bukan itu sahaja, ezbuy menawarkan diskaun sehingga 90% - WOW! WOW! WOW!
#melting sungguh offer tu!



Selain itu, bermula dari 31 May, 12 tengahari sehingga 5 Jun 2017 korang boleh bershopping hari-hari dengan tawaran FLASH DEAL, siapa cepat dia dapat! Jangan lepaskan peluang ini tau.


"Friends Deal" ini dalah salah satu cara untuk mendapatkan harga barangan lebih murah dengan belian secara BORONG!. Dan yang seronoknya barang-barang ini dikemaskini setiap hari. Bayangkanlah betapa banyak produk yang korang boleh dapat dekat ezBuy Malaysia nih.


Dan sekiranya anda memang peminat barang-barang berjenama seperti Sony,Tefal,Canon, Samsung, Olivia Burton, Dettol, Kinohimitsu, Avent dan banyak lagi, ezbuy Malaysia ada memberikan diskaun untuk barangan-barangan ini pada hari jualan 65eday Global Super Sale.

Dan jika anda seorang yang sentiasa "On the go" pastikan anda memuat turun aplikasi ezbuy kerana anda akan diberikan RM15 baucer secara PERCUMA (QR kod akan diberikan dan anda hanya perlu scan QR kod tersebut).


Jadi, tunggu apa lagi layari ezbuy Malaysia sekarang dan muat turun aplikasi ezbuy untuk gaya hidup beli belah terkini. Saya sudah, anda bila lagi?


Dan..jangan lupa  65eday Global Super Sale bermula 31 May 2017 hanya di ezBuy Malaysia!




Top Post