Showing posts with label Cucur Bawang & Kopi O. Show all posts
Showing posts with label Cucur Bawang & Kopi O. Show all posts

Friday, February 14, 2014

:: Drama Cucur Bawang Kopi O - TVi (Astro 180) ::




Judul : Drama Cucur Bawang Kopi O (adaptasi Novel)
TVi (Astro 180)
Isnin-Jumaat (1805-1900) bermula 14/02/2014

Novel yang menarik, kelakar romantik.
Pelakon agak erm..............mungkin sebab tu tak dapat PRIME TIME dan channel pun agak so-so
tapi production house yang produce drama ni bagus.

Drama ni takkan jadi semeletop drama-drama kat TV3 ... ataupun seBOOM drama kat RIA or PRIMA
tapi tak sure la leh beat Cikgu Kemsiah Kirby or Osman Baku

antara pelakon yang korang sangat kenal adalah ZAIN SAIDIN yang lain tu agak tak berapa nak kenal Raja Ilya tu selalu jugak tengok...lagi satu ada Man Raja Lawak dalam drama nih...
tapi tu la....
Kita tengok je la nanti....



GOOD LUCK!




Hello Kitty  Wink Peace - Hellokitty

Tuesday, October 15, 2013

:: Cucur Bawang & Kopi O ::


Apa kena mengena novel ini dan ai?
Tunggu............................


SINOPSIS ::

 Siapa sangka, cucur bawang telah mempertemukan mereka dalam satu ‘sketsa perang’ di tepi jalan. Dari insiden itu mereka bagai dijodohkan untuk bersua lagi. Kerana terdesak dan kabur mata dengan gaji yang ditawarkan, Rudiana terpaksa berkahwin dengan Iskandar dalam rahsia atas dasar kerja semata-mata. 

Bila sudah duduk serumah, mulalah berputik satu perasaan aneh di hati mereka walaupun masing-masing masih keras kepala. Namun, egois masing-masing terlalu tinggi melampaui Gunung Everest! Perkahwinan mereka hanya sekadar di atas kertas dan terus menjadi rahsia. 

Kemunculan Khairulnizam membuatkan Iskandar gelisah bila kawan baiknya itu tertarik hati dengan Rudiana, isterinya yang mula dicintainya tanpa sedar itu! Mampukah Iskandar melihat isterinya menjadi kekasih kawan baiknya sendiri?


Hello Kitty  Wink Peace - Hellokitty

Top Post