Thursday, February 8, 2018

:: Review - Restoran Terra Pong, Hulu Langat ::

Alamat: 49, B52, Pekan Batu Lapan Belas, 43100 Hulu Langat, Selangor
Waktu Perniagaan:  12PM - 12AM
Contact: 017-298 2285

Assalamualaikum & Hi,

Kali ni ai nak review Restoran Terra Pong (disebut Terapung) di Hulu Langat.
Restoran ni terletak dekat Hulu langat dan lebih kurang 1 jam perjalanan dari KL melalui Ampang yang maha jem tu ye. Nak pergi senang je dari Ampang, naik ke Bukit Ampang terus ke arah Hulu Langat. Restoran ni tepi jalan je.





Hari tu masa ai pergi atas tiket nak sambut birthday ayah ai. My brother dah booking siap-siap  meja dan makan untuk almost 30 pax (ramai kan keluarga kitaorang?).







So sampai je makanan dah tersedia atas meja. Kitaorang pergi waktu malam. Ai agak kagum jugak la dengan landscape yang ada dekat Restoran Terra Pong ni sebab ala kampung dengan seni binaan kayu yang cantik, kalau pergi siang confirm lagi lawa. Ada kolam ikan di bawah restoran (kolamnya agak luas) sebab kiri, kanan, tengah, depan, belakang semua air. Ada air terjun mini lagi.






Ok, nak stop puji keindahan restoran ni. Jom kita cerita bab makan. Masa kami semua duduk, my brother check sama ada makanan semua dah sampai ke belum. Nasi tak cukup satu, 2 menu belum sedia dan air belum ada.





So, my brother mintak la pada seorang Supervisor ai rasa sebab dia sibuk mengarahkan beberapa pekerja masa tu. Tak lama lepas tu ai nampak sorang awek datang bawak dulang berisi beberapa jag air dan gelas. Dia tuju kat meja tengah (tempat ai duduk). Ni part yang paling ai tak suka. Dia hempas-hempas je letak gelas dengan jag. Lepas tu ayah ai cakap kat dia "dik, jag yang satu tu boleh tolong hulur kat pak cik?". Dia pandang ayah ai, tarik muka, sekali lagi dia hentak je jag tu atas meja. Ai tegur,  " kasarnya buat kerja...." terus dia tak pandang tak cakap apa blah. Lepas tu datang dengan magkuk nasik - sama jugak caranya. FINE! tu dah mengguris hati ai. Supervisor dia ada kat situ kot - pandang je!



Lepas baca doa, semua lapar kot. Makanlah.

Menu :


Sawi ikan masin
Kangkung Belacan


Sup Ekor


Green curry




Siakap 3 rasa




Sotong Petai


lain-lain menu :
Butter Prawn
Kerabu Mangga

Maaflah, sama ada tukang masak makan tu bad moon, atau bahan dekat dapur tak cukup ai tak tahulah. Ai kecewa sekali lagi. Restoran dah cantik, perfect, tapi.......2 perkara ni buat semua jadi failed.

Siakap 3 rasa - rasa cili semata-mata, pedas pedar- masin garam pun tak rasa.
Sawi ikan masin - so plain
Sup Ekor - ceroi, pucat tak de bahan macam depa blend semua bahan tu sampai tak nampak berenang-renang dalam bekas hidangan
Green curry - tak tahu apa yang kurang tapi tak de sense of thai pun
Butter Prawn - yang ni ada sikit rasa. cuma udang agak dry.
Kerabu Mangga - lobak & mangga semata-mata, tak de udang kering, tak de gula, garam, sos ikan, kacang...hmmmmmmm
Kangkung Belacan - tak rasa sebab bukan my cup of tea
Sotong Petai - sedap la jugak tapi cili macam masak tak sempurna

Seriously ai agak merasa tak sedap di tekak ai. Sampai rumah ai terus muntah dan esoknya doktor cakap ai food poisoning. Another failure.
Maaf la pihak pengurusan Restoran Terra Pong, restoran anda cantik tapi service dan masakan anda kurang sampai ke tahap yang sepatutnya. Masa kita orang sampai ada satu kumpulan belakang kitaorang tengah duduk tunggu order. Kitaorang habis makan, menu derang tak sampai lagi. Maksudnya? Service uolls adalah LAMBAT.





Ai akan datang semula untuk repeat di siang hari. Nak tengok lain ke tak nanti.
Overall

View/Lanscape/enviroment : 4/5
Masakan : 1.5/5
Service : 2/5
Happiness index : T_T

Tarra-BEST-Pong









watermark

1 comment:

ejulz said...

cantik pemandangan. makanan pun nampak sedap..

Jemput singgah tgk entry terkini k.. :)
1. PolicyStreet Menawarkan Insurans Terbaik di Malaysia Serendah RM5/Sebulan
2. SEGMEN BLOGWALKING BY ZATI

Top Post