Wednesday, February 7, 2018

:: Cara ke Krabi Melalui Koh Samuii ::


Assalamualaikum & Hi!

Jom sambung cerita ....

Dari Donsak kami ke Aonang. Hotel kali ni Heritage Hotel Krabi. Kami disambut dengan welcome drink. Hotel service 4 star. Tapi harga satu malam tak sampai RM100 pun!
Perkara pertama sampai Aonang lepas settle urusan hotel adalah sewa motor dan cari makan. Makan dekat Aonang bukan satu masalah, makanan halal sangat senang diperolehi.






Krabi Day 1 =
Check in hotel. Cari motor sewa. Makan.
Malam sewa van pergi pasar malam. Makan. Makan. Makan. Shopping. Makan.
Balik dari pasar malam, makan dan rehat.

Krabi Day 2 =
Ms Apple bawak kami jalan-jalan Krabi sebab cuaca sangat tidak mengizinkan untuk kitorang pusing pulau. So kitaorang ke Emerald Pool, Hot Spring dengan satu Temple nih.
Emerald Pool kalau korang tak pernah pergi sila bersedia mental fizikal pada yang tak larat berjalan kaki atau ada athma, rasanya Emerald Pool tak berapa sesuai untuk pergi sebab dari pintu gerbang
nak ke dalam sampai ke Emerald Pool tu jauh ye. Hanya boleh BERJALAN KAKI.
Emerald Pool ni kalau tak de orang sangat best la kalau orang ramai - air jadi keruh.
Lepas Emerald Pool, kami ke Hot Spring.



Hot Spring pun kalau tak rajin jalan kaki boleh naik service Buggy derang, tapi kena bayar la. Dalam sorang RM3.
Lepas habis main-main air kat Hot Spring, Ms Apple bawak kitaorang pergi temple tapi masa tu kitaorang dah penat sangat nak jalan-jalan pun dah tak berapa nak best so duduk situ dalam 15 minit amikgambar sikit. Cakap kat Ms Apple nak balik.

Balik, sampai hotel. Budak-budak ni nampak swimming pool, terus terjun lagipun tak de orang memang conquer habis la.
Malam tu pergi cari makan, dan lepak-lepak kat depan pantai Aonang tu sambil makan aiskrim kelapa dengan makan pancake.

Krabi Day 3 =
Pagi pagi buta ai bangun terus ke AoNang Longtail Boat Office, kaunter longtail boat ni senang sangat nak cari betul-betul dekat corner depan Aonang Beach. Cuaca masa trip kali ni memang agak
menyedihkan sikit sebab kekerapan hujan yang teramat sangat sampai nak pergi snorkelling memang berisiko. So ai plan pergi Railay Beach je dengan longtail boat. Murah dan cepat dan agak dekat.





So, lepas beli ticket. Balik hotel, sarapan, prepare nak pergi naik longtail boat. Tiket longtail boat sistem dia open. Asal ko ada tiket, mana-mana boat ko leh naik.



Kul 1000 tepat kami naik longtail boat ke Railay Beach, lepak hitamkan kulit, main kayak, makan. Tak sempat nak mendaki je sebab susah sikit nak mendaki dengan 2  budak kecik nih. Hehehehe.
So dalam kul 1500 kitaorang pun balik Aonang.







sampai Aonang, rehat sekejap sebelum pergi lepak-lepak tengok matahari terbenam.




Rehat, lepas Maghrib keluar cari makan dan cenderahati kat area Masjid AoNang.



Krabi Day 4 =
Hari berehat dan pulangkan motor sewa, dan melepak-lepak tepi pantai sebelum balik Malaysia melalui udara.
Kul 1100 Ms Apple datang jemput kitaorang dekat hotel dan bawak kami ke airport.

Habis macam tu je 7 hari kitaorang.
Kuala Lumpur-Krabi-Samui-Krabi-Kuala Lumpur.

Perbelanjaan kami 4 beranak adalah seperti di bawah :


Ticket AA = RM500 (4 orang, termasuk luggage)
KrabiCab = RM798 (satu minivan pergi-balik)
Hotel Samui = RM420 (3 hari 2 malam)
Snorkelling = RM240
Entrance Fee = RM20
Van Samui = RM32 (pergi-balik untuk 2 dewasa 2 kanak-kanak)
Raja Ferry Ticket = RM 64 (dewasa pergi-balik) + RM16 (kanak-kanak, pergi-balik)
Sewa motor Samui = RM20
Sewa Motor Krabi = RM60
Hotel Krabi = RM290 (4 hari 3 malam)
Van Krabi = RM30 (2 dewasa, 1 kanak-kanak)
Long boat = RM 20 (2 dewasa)
Makan seminggu Samui-Krabi = RM350
lain-lain benda mengarut = RM200



Grand Total = RM3044
untuk 7 hari, 4 beranak.

Kalau korang nak pergi dan kurangkan lagi perbelanjaan dah tentu boleh.
Naik bas ke Donsak adalah lebih murah, ai tak nak naik bas kali ni sebab takut NF couple tak selesa dan takut anak-anak tiba-tiba crancky sebab Bidadari dalam fasa tantrum.
Kalau naik bas korang boleh jimat dalam RM600 dari kos naik minivan tu. Sebab tiket bas last time RM30-35 sorang.
Kos makan pun kalau korang bijak bawak la maggi ke benda-benda lain yang boleh di bawa, senang dimasak (ai sebenarnya bawak jugak bekal tu).
Hotel: baik di  Samui mahupun Krabi, banyak hotel lagi murah. Macam di Samui sendiri banyak hotel budet (tapi tanpa swimming pool atau pemandangan pantai) yang rata-rata dalam RM50 semalam pun ada.
Kalau hotel dekat krabi lagi la banyak yang budget-budget. Jadi ikut korang la nak pilih yang mana.
Snorkelling : pandai nego pandai cerita boleh dapat harga murah

watermark

3 comments:

farhanna jafri said...

cantiknya view dekat krabi!

Chekgu Azrine said...

teringin nak bwk anak2 pergi krabi ke phuket ke..alahai..best sgt!

Hunny Kitty said...

krabi mmg cantik tapi samui lawa lagi @farhanna

@chekgu sila bawak Phuket ok je nak bawak anak2 cuma malam2 kat sana happening sangat krabi tenang sikit kalau bawak budak2

Top Post