Friday, December 22, 2017

:: Petua Tradisi Hilangkan Bisul ::


Apa itu bisul?

Bisul adalah sejenis jangkitan kulit dan ia berlaku apabila bakteria menyerang kulit melalui folikel rambut. Kemudian ia akan tumbuh dan membiak di akar atau folikel rambut. Bisul yang timbul ini akan kelihatan kemerah-merahan, bengkak dan bernanah. Cecair bisul pula adalah campuran darah dan nanah.

Bisul ini dikaitkan dengan sejenis bacteria Staphylococcus Aereus. Bisul ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja terutamanya:

  • orang yang kurang menjaga kebersihan
  • orang yang sistem imun badan yang lemah
  • orang yang tinggal di kawasan yang sesak
  • orang yang alergik dan alah terhadap ubat-ubatan
  • orang yang kekurangan nutrisi
  • pesakit diabetis pun berisiko terkena bisul
  • orang yang suka memakai pakaian ketat hingga sehingga menyebabkan kulit melecet dan
  • orang yang mmpunyai masalah kulit


Bisul ni boleh tumbuh di bahagian leher, muka, ketiak, punggung atau paha. Ini kerana kawasan ini antara kawasan yang kerap berpeluh dan terlindung. Dalam masa 24 jam bisul menjadi makin besar dan ketulan bernanah akan muncul. Dan ia akan menjadi lebih sakit dalam masa seminggu.

Tanda-tanda terkena bisul:


  • timbul bengkak atau benjolan warna merah pada permukaan kulit
  • ada nanah berupa bintik putih pada permukaan benjolan merah
  • rasa menyakitkan dan ngilu bila tersentuh permukaan kulit berwarna merah
  • timbul rasa gatal pada bahagian kulit yang terkena bisul
  • Bisul akan hilang selepas beberapa hari, kebanyakannya mengambil masa selama dua minggu untuk benar-benar sembuh



Merawat Bisul Mengikut Kaedah Tradisional

1.Ambil sedikit kapur makan dan sapukan di tempat yang ditumbuhi bisul. Lakukan selalu.

2. Tumbuk bawang putih hingga hancur.Sapukan bawang putih ditempat yang kena bisul dan balutkan supaya bawang putih tidak jatuh. Lakukan beberapa kali hingga bisul itu hilang.

3.Tumbuk beberapa tangkai pucuk daun semalu hingga lumat.Tampalkan pada keliling bisul. Biarkan sehingga ia kering. Amalkan selalu sehingga bisul itu sembuh.

4.Rendam segenggam beras dan beberapa ketul kunyit hidup dengan air sejuk. Kemudian tumbuk hingga hancur. Letakkan pada bisul sehingga ia kering.

5.Asah kulit buah delima yang basah. Campurkan dengan daun lidah buaya. Sapukan pada permukaan bisul.

6. Lada hitam (biji) ambil 10-15 biji ikut besar or kecik bisul tu. Tumbuk sampai jadi serbuk lepas tu campur sikit air sapu pada bisul --> so far Bidadari dah 2 kali  kena bisul kali pertama ai sapu ubat klinik je, kali  ke dua ai buat petua my mom ni..tak sampai seminggu kecut bisul tu.


watermark

No comments:

Post a Comment

komen yang murni-murni sudah, selebihnya SPAM!

Top Post