Wednesday, May 24, 2017

:: Lokasi Baru Pasar Malam Brinchang, Cameron Highlands ::


Assalamualaikum & hai korang!

Lama tak menulis akibat kekangan masa.
Ni nak cerita sikit jugak lah sementara ada sedikit masa terluang ni.
Lagipun ai rasa ada keperluan perkongsian kali ni.

ai nak bercerita tentang Cameron highlands kali ni, memandangkan ai Frequent visitor Cameron Highlands, kalau tak sebulan sekali, 2 bulan sekali itu MESTI!

Sekarang ni Cameron dah lain sikit, memandangkan Nova pun dah siap, KEA Farm lepas terbakar pun dah lain sikit, Pasar Malam Brinchang pun bukan lagi ditempat asal, rasanya ada keperluan juga untuk ai bercerita.

Lokasi Pasar Malam Brinchang yang baru. Klik Sini.



Mula-mula, pada mereka yang suka atau hendak ke Cameron Highlands selepas ni anda perlu tahu bahawasanya PASAR MALAM Brinchang TIDAK lagi terletak di tengah-tengah Pekan Brinchang. Tempat ini telah berpindah lokasi ke "Jalan Golden Hill" - kat mana Jalan Golden Hill tu? Golden Hill ini sebenarnya kawasan yang baru di bukan berhampiran dengan Tanah Rata.



Senang je nak pergi. Dari Pekan Brinchang jalan terus sahaja dalam lebih kurang 3km nanti korang akan nampak sign board "Smurf Inn" sebelah kanan jalan terus je lagi nanti korang nampak Padang Golf sebelah kiri, nanti korang nampak sign board GOLDEN HILL di kanan jalan, masuk situ. Pasar malamnya terletak beberapa ratus meter ke dalam.



Untuk korang yang suka nak duduk dekat dengan Pasar Malam,ai cadangkan korang menginap dekat Golden Hill resort atau mana-mana homestay/apartment dalam kawasan Golden Hill ni, memanglah banyak!

Kalau nak lari keluar sikit menginaplah di Smurf Inn atau Casa De La Rosa sebab ke dua tempat ni memang kat luar jalan besar masuk Golden Hill.Kalau nak dok homestay kat Golden Hill pun okay tapi harga mahal sikit la.

Brinchang sekarang bila malam dah tak serancak dulu, yang rancak sekarang ni bila malam adalah Tanah Rata. Sunyi je Brinchang waktu malam. Kalau korang nak travel ke Cameron bawak anak kecil, dekat sebelah Nova (tempat ni terletak di hadapan jalan masuk Ladang Boh Sungei Palas) ada mini fun fair. Boleh bawak anak-anak enjoy their time kat sana.



Selain tu kalau korang suka duduk dalam kawasan kebun berhampiran KEA Farm, duduklah dekat KEA Farm Guest House. Dalam kawasan KEA Farm sendiri, keluar bilik pun dah ada kebun starwberi depan mata, dengan landskap bunga yang cantik lagi. Kawasan tepi gunung. Bangun pagi terus je leh jalan kaki masuk KEA Farm.





Kalau korang suka tempat ala-ala inggeris ala windmill segala dengan tempat menarik untuk anak-anak. Smurf Inn memang best!



Dan korang harus ingat Ladang Teh Boh Sungai Palas TUTUP pada hari Isnin. Dan sekarang dah ada shuttle bas naik sampai atas Ladang Boh sungei palas tapi yang tu korang kena arrange dengan pihak hotel (biasanya) kalau tak korang bawak kereta parking kat bawah dan sila menapak sampai atas ye.

Cuaca sekarang ni tengah agak musim sejuk-sejuk hujan berangin. Kalau tak tahan sejuk dalam 20 degree or lesser bawak la pakaian yg sepatutnya.





Eh...! dari nak cerita pendek jadi panjang pulak. Tu je la kali ni lain kali cerita lagi. Gambar kurang sebab tiap kali pegi sama je gambarnya! Hahahaha...sekian!

watermark

8 comments:

Shahida Dzulkafli said...

Owh.. dah tukar eh.. Lamanya tak gi sini..

mrs kayrul said...

klu ramai org g pasar malam tu..jauh gak nak menapak...penat jalan kat tempat baru nie

atiqah mutaza said...

suka tempat pasar malam baru ni macam tak menganggu traffic kan

Hunny Kitty said...

@shahida - haah dah tukar dah jauh sikit dr brinchang dekat ngan tanah rata

Hunny Kitty said...

@mrs Kayrul kalau parking tepi jalan luar lepas dr gerbang GH tu mmg jauh menapak kena park dalam kawasan aparment

Hunny Kitty said...

@atiqah kalau p dekat2 senja ke malam sesak jugak situ....trafik luar tu mungkin la tak seteruk brinchang dulu tapi jem dia mmg membawak sampai iris house kat brinchang jugak la

nor shahida said...

Cantik tempat2 di cameron ni kan..hehe

nurain adam said...

Thanks for the info sis... I sampai xde pasar malam terus google!��

Uolls Boleh Jadi Suka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...