Wednesday, October 26, 2016

:: Review - Yazid Automart ::


Kisahnya bermula bila sekali 3 kereta aircond kong!
KureSya dah tersadai kat Taiping tak berani nak bawak KL lepas dari Northern Gath hari tu.

Yang tinggal si MinaCY ni, owner asal memang tak suka pakai aircond tah-tah tak guna pun aircond masa beli aircond memang dah tak de.

Si Cik CT pulak aircond kong sebab radiator buat hal rupanya.
Tetiba satu hari sorang member nama Ajam suggest satu bengkel dekat betul dengan rumah.
Apa lagi bergegas la kitaorang bawak MinaCY p Yazid Automart.

Terletak berhampiran Petronas Jalan Gombak (menghala ke Ong Tai Kim/Batu 6), pastikan anda pandang ke kiri jalan sebelum anda sampai ke Petronas, pasti nampak sighboard Yazid automart.



Selama kami dok Gombak ulang alik Ong Tai Kim/Pos Laju/Batu 6 tak pernah nampak bengkel tu.
Last-last eh eh eh....wujud pulak rupanya bengkel yang bagus sebelum PETRONAS menuju ke Ong Tai Kim tu.

Sesampai sahaja...kami disambut dengan senyuman manis Faizal & Yat (muka familiar sangat Yat ni..hurmmmmm) ok moving on!




Faizal menawarkan diri nak check MinaCY..dia check gas katanya gas tak ada...lepas tu bila tengok magnet compressor macam ada problem jugak, lastly kitaorang dengar nasihat pakar baik terus tukar je compressor baru...kereta dah umur 24 tahun baik tukar je kan.



Makanya bermulah proses menukar compressor dan segala berkaitan dengan aircond Si MinaCY


Apa yang bagus tentang bengkel ini selain dari pekerja yang mesra alam, bos (En Yazid) yang tegas,
Bengkel amatlah bersih!
Haa........minyak tumpah sikit atas lantai, mengalir...lekas2 depa bersihkan.
I likeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee! kebersihan sebegitu yang kita cari.

Lantai bengkel ni tak seberkarat bengkel2 lain yang ai pernah pegi.

Good job to Bos n mekanik Yazid automart yang mementingkan kebersihan sekitar yang mana selain bagi keselesaan dekat customer ia juga memudahkan korang buat kerja!
Yang pastinya persekitaran lebih SELAMAT.

Selain itu bengkel ni bukan sahaja leh buat aircond, nak tukar enjin pun boleh. 
Kalau dah boleh tukar enjin makanya apa sahaja masalah berkaitan kenderaan korang leh la korang tanya depa nih.

HARGA?
sangat berpatutan bersama upahnya sekali!






Tapi.............................................
tapi..........................
TAPI..................................................

DECEMBER 2016

Bengkel ini akan berpindah lokasi.......huuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu~
Ini lokasi baru mereka nanti :


Kalau uolls mencari bengkel air tangan anak muda..ini adalah satu bengkel yang bagus dan reliable bagi ai. Yang duduk sekitar Sentul/Setapak/Gombak atau KL sekali pun boleh la dapatkan khidmat depa ni ya.



Ikhlas,
Syahoney @ Raden.

watermark

1 comment:

luqman zakaria said...

Barang2 keta tersusun jer. hehe

Uolls Boleh Jadi Suka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...