Wednesday, May 25, 2016

:: Review Bayu Chalet, Puteri Bayu Beach Resort, Pangkor ::



Malas nak menaip sangat sebabnya ngah packed ngan kerja ni haa sebelum puasa la katakan..meh la baca screenshot review ai kat TRIPADVISOR ai memang rajin review kat sana sebenarnya.


Ai sebenarnya dah lama aim nak duduk dalam chalet sea view kat puteri bayu ni sejak pertama kali ai jejak kaki kat puteri bayu ni dulu. Kali ni merasa jugak duduk kat sini dengan rate RM285 je. Tak mahal pun rupanya. Cuma Chalet yg ai sewa tu jauh sikit dari swimming pool & lobby. Kalau ikut jalan pantai dekat. Kalau ikut garden dalam 200 meter macamtu.

Yang best pasal chalet ni adalah dia menghadap laut bila malam korang leh dengar bunyi ombak yang mendamaikan tu. Sunset pun kat sebelah sini kat Pasir Bogak.
Chalet ni sebenarnya ada connecting room. So, kalau korang nak pegi ramai2 leh la amik chalet ni. Dalaman pun cukup luas. Katil King size and kalau korang nak bentang toto leh muat lagi 2 toto tau! N kat balkoni pun leh tidor tapi muat untuk single size mattress je la.

Pantainya adalah private beach. Korang leh bbq kat pantai tu sebab ai ada nampak set bbq kat situ. N boleh memancing jugak to all kaki pancing ye. Kalau nak bbq depan chalet pun ai rasa tak de masalah sebab lapang kawasannya.

Dalam bilik ada water heater, peti sejuk kecik, TV, cermin ada dalam 3 termasuk yg dalam bilik air. Tapi best la chalet nih!

Tu je la nak cerita pun kot..heheheh.

Jap ye nak blanje gambaq.







(ni kira kawasan depan chalet)



(menghadap laut, leh la nampak bot2 lalu lalang, org buat xtiviti air tapi pokok2 besar kat situ kalau tak de korang straight leh nampak pangkor laut)


(Dalam chalet..memang banyak cermin uolls. Bawah TV tu ada peti sejuk. Btw aircond depa punyaa sejuk la sampai berair tombol pintu sebab sejuk sangat!)


(Incik Pinky xcited dapat mandi laut padahal Mimi tengah nangis tu takut pasir)


(see..private beach, tak de orang..kitaorang je kat situ! hahahahha. Kalau korang tengok belah kanan nanti nampak la deretan chalet)




(ai rasa mimi tu propa je takut pasir, padahal selama ni ok je. ni punca nak sangat terjun kolam instead of laut la ni....)

ok habis cerita see you on our next destination.






watermark

2 comments:

eima said...

chalet penuh hari 1 mei lepas ... kami dok bilik standard pun ok juga cuma jenuh panjat tangga

orked violet @ SYA said...

pangkor dekat so klw pegi xpenah nk tdo sane. next time nk try ah :)

tp baby kecik lagik. pose dulu ah. eh. suddenly tuka plan. hahahaha

Uolls Boleh Jadi Suka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...