Tuesday, December 8, 2015

:: Seram - Hantu Bukit Merah ::

Assalamualaikum & Hi,
Rasanya sejak kebelakangan ni tak berapa nak konsisten update blog. Bukan apa sejak jadi 'mak anak 2' ni punyalah busy. Kan best kalau blog ni boleh auto update dari apa yg terlintas kat kepala otak ni kan?

Kisah yang ai nak cerita ni sememangnya dah dekat 70 hari berlalu. Ye la sesungguhnya tak de masa nak menaip. Ianya berlaku pada hari bidadari dilahirkan, memang bukan ai la yang alaminya sebaliknya my family.

Selepas my family ziarah ai kat HSJ, derang pun amik keputusan nak jalan penang sekejap dan bermalam di Bukit Merah. Ceritanya pun bermula....

Seperti selalu tak kirala cucu yang mana pun ayah ai adalah orang yang akan bertanggung jawap menanam URI. Kali ni kononnya URI bidadari nak disemadikan di tanah peninggalan arwah nenek di Bukit Merah. Malang sekali URI tertinggal dalam kereta dekat sebuah hotel kat bukit merah. *sigh*

Dekat bukit merah tu ada rumah arwah Tok Long, rumah arwah nenek dah tak ada lagi dah. So,alang-alang dah ke sana, the whole family plan untuk ziarah keluarga Tok Long (Tok Long pun dah lama meninggal yang ada anak-anak beliau). Masa sampai tu la ayah ai sedar yang URI tertinggal dalam kereta lagi satu (sebabnya my family naik 2 kereta ke penang, p rumah tok long naik kereta my brother).

Selesai menziarah hari dah hampir tengah malam, so beransur pulang la ke hotel. Dalam perjalanan balik ke hotel, kalau sesiapa yang fimiliar dengan jalan bukit merah ni tau la jalan dalam tu kecik aje lalu tepi tasik yang besar tu. Kereta my bro diikuti oleh sebuah kereta dengan jarak dekat. Kadang-kadang dia cucuk angin, kadang-kadang macam nak potong tapi tak jadi. Lama-lama my bro, panas hati dia terus berhenti tepi jalan nak kasik ruang kat kereta belakang tu. Berhenti je...tup tup kereta tu tak ada (ada ke tak kereta tu sebenarnya?). Tak ada lorong ke kiri atau ke kanan pun kat situ. Masing-masing dah berpandangan sesama sendiri. Tak nak fikir panjang, terus je blah dari situ.

Sampai hotel, ayah ai pegi amik uri dalam kereta bawak masuk hotel simpan dalam peti ais bilik. Malam tu dengarlah bunyi cakar-cakar kat pintu, tingkap. Bunyi orang lalu lalang depan bilik, bunyi mendengus, mengilai. Adik lelaki ai tido dekat ngan tingkap...memang bertuah badan dia nampak 'benda' dok ngintai dalam bilik. Menurut my mom katanya hotel tu pun ada blok yang macam dah tak guna lagi. Takkan la hotel yang gah tu ada blok yg tak utilized? Hurmm........

Esok paginya adik ai tanya kat ayah ai, ayah ai cakap memang benda tu ikut sebabnya masa ayah ai pegi amik uri dia memang dah tunggu dekat kereta. Well.......

Akhirnya uri bidadari disemadi dekat KL, jauh perjalanan URI tu. Apa-apa pun yang penting selamat semuanya.

Bila tanya my brother pasal hal ni dia cakap "tak yah panjang cerita" - ceh! Kedekut cerita dia tu! Mesti dia tau/nampak sesuatu tapi tak nak cakap. Blah la!


Ok..habis! Hehehehehe



watermark

3 comments:

  1. Uuu scary nyaa.. Moga sentiasa dlm lindungan Allah, sis =D

    ReplyDelete
  2. Perghh seram siot..tp ayah u cool je kan..

    ReplyDelete
  3. Bukut merah mmg berhantu sy dh kena biar lah jdi kenangan 😔

    ReplyDelete

komen yang murni-murni sudah, selebihnya SPAM!

Top Post