Friday, April 18, 2014

:: Resepi Puding Roti Syahoney Kitty ::

Asalnya ai campak-campak je semua bahan yang ada sebab tak nak terikat dengan resepi yang ai pernah baca kat internet. Tak sangka pulak bila dah siap....tak sampai 10 saat dah habis semua.....terima kasih para pembeli ketika itu...gambar pun tak sempat nak snap sebab lagak macam piranha mereka semua.

-Bahan-Bahan-

1) Susu cair 1 tin
2) Roti Gardenia 1 bungkus
3) Susu Pekat 3 sudu besar
4) Telur ayam 1 biji
5) Planta/Butter 3 sudu besar

-Bahan-Bahan Sos-

1) Tepung kastad
2) Susu cair/fresh milk
3) Susu pekat

~ bahan-bahan ni semua di masak atas api yang perlahan. Tiada sukatan minimum atau maksimum sebabnya kalau suka banyak..leh buat banyak janji susu mesti lebih dati tepung kastad ~




-Cara-

1) Pukul planta/butter bersama susu cair dan telur ayam sampai kembang. Kalau rasa lambat, korang masukkan dalam blender dan kisar je (hahahahhaha)
2) Roti tadi kalau nak sedap, sapu planta or butter then bakar dalam kuali. Ini untuk memastikan roti itu masih lembab berkrim ketika di bakar. Kalau nak bakar dalam toaster pun boleh tapi roti akan jadi kering.
3) Ketepikan roti yang siap di bakar. bagi sejuk dulu.
4) Loyang jangan lupa sapukan sedikit butter/planta. Lepas tu carik-carik roti tadi masukkan dalam loyang.
5) Tuang adunan (1) ke dalam loyang berisi roti. Tekap-tekap bagi ala-ala padat gitu dan biarkan selama 20 min. Untuk apa? nak bagi adunan (1) tadi menyerap dalam roti.
6) Panaskan oven dalam 170-180 darjah celcius.
7) Sebelum masukkan loyang ke dalam oven. Sapukan susu pekat ke atas adunan yang dah siap. Ini akan menjadikan puding roti anda nampak 'caramelized' dan garing serta sedap!
8) Bakar adunan lebih kurang 30-1jam ikut korang suka garing/rangup atau basah.
9) Bila nak hidang leh la tuang 'Sos' ke atasnya. Leh jugak ganti dengan aiskrim atau whipped cream.





SELAMAT MENCUBA!



Hello Kitty  Wink Peace - Hellokitty

1 comment:

Anizz Annisa said...

menarik nie.. boleh cube.. :)

Uolls Boleh Jadi Suka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...