Tuesday, January 17, 2012

:: Bandar Hello Kitty!!!! ::

Petikan dari UTUSAN MALAYSIA :

KUALA LUMPUR 28 Dis.- Pusat Hiburan Keluarga (FEC) yang bakal menjadi taman tema tertutup empat tingkat terletak di Puteri Harbour, Johor dijangka dibuka pada akhir 2012.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Themed Attractions and Resorts Sdn. Bhd., Tunku Datuk Ahmad Burhanuddin berkata, pembinaan bangunan itu sudah 80 peratus siap.
Menurut beliau, taman tema tertutup itu bakal menjadi 'kediaman' pertama Hello Kitty di selatan Asia. Syarikat itu juga akan menampilkan karakter My Melody dan Little Twin Stars.
Bandar Hello Kitty itu turut menawarkan semua barangan Hello Kitty daripada pedagang-pedagang, persembahan pentas, nyanyian dan lagu termasuk jamuan teh Hello Kitty.
Selain Bandar Hello Kitty, FEC juga akan menampilkan karakter kanak-kanak di bawah The Little Big Club yang mempamerkan Thomas and FriendsTM, Barney the Friendly DinosaurTM, Bob the BuilderTM, Pingu the PenguinTM dan Angelina BallerinaTM.
Menurutnya, FEC turut bercadang memperkenalkan sentuhan Malaysia dengan membuka Dunia Lat, kartunis tempatan dengan mempamerkan elemen karakter kartun Kampung Boy.
Ia termasuk menampilkan rekaan set kampung seperti dalam babak kartun popular itu.




oh!!! tidak sabar rasanya~

Hello Kitty  Wink Peace - Hellokitty

5 comments:

Fariza said...

wah. raden sgt suka !!! :)

Hunny Kitty said...

harus la suke.....kumpul duit dah ni......kompem beribu habis nnt kalo p sana!

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail said...

akan ada tmn tema kat johor? wah..best2..

r.i.n.a said...

dekat dgn bakal rumah kite...yeay!tak sabar nak tunggu siap :D

miss ain said...

best nye. suke2. :) i link n follow u dear. salam perkenalan..
http://nurulainlatif.blogspot.com/

Uolls Boleh Jadi Suka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...