Monday, March 29, 2010

:: Maafkan aku....::

Saya di sini dengan ikhlas ingin memohon maaf sekiranya terdapat kesilapan kesilapan teknikal atau bukan teknikal yang pernah atau TERPERNAH saya lsayakan terhadap korang korang sekalian.

saya jugak mintak maaf kerana banyak tak dapat hadir pada acara acara berJIMBAJIMBO sejak dua menjak nih.

Kepada kawan kawan yang bertunang tunangan..bernikah nikahan..berkawen kawenan...beranak anakkan...sekiranya saya tak dapat menghadirkan diri pada majlis majlis rasmi anda..saya mohon maaf jugak.

Bukan saya yang mahukan ini semua. Kehendak alam telah menentukan segalanya.
Walaupon saya tidak dapat hadir sama dalam masa yang sama menglemerkan diri saya di majlis tuan/puan, saya senantiasa mendoakan yang terbaik untuk kita semua.

Saya berharap agar pihak tuan/puan dapat memahami situasi saya kebelakangan ini.
Saya juga dengan seikhlas jiwa memohon restu dari semua pehak berkenaan/berwajib/GOV/NGO/Parti politik pembangkang dsb.


Kita hidup di dunia ini sementara sahaja. Pertemuan perpisahan JODOH ajal/MAUT semua di tangan Allah S.W.T . Kita sebagai hamba-Nya hanya mampu merancang.

Sekali lagi...diri yang comel ini ingin memohon maaf andai kata sepanjang perkenalan kita semua adalah terLASER (confim nih!!!!), terSOUND DIRECT, terMAKI, terTIPOO, terRASA HATI, dan TER TER yang lain harap diampunkan dengan SEIKHLAS JIWA RASA anda juga.
Akhir kata setiap yang HIDUP pasti akan MATI. Setiap yang datang CONFIRM akan pergi. Majulah TM untuk Malaysia!!!! (saya tak dapat BONUS pon!!!)

Saya, Hunny dengan comel dan confident mengundurkan diri (buat masa ni la)
Assalamualaikum dan Salam Hormat!!!!!

Khas untuk : BloggerTV!!!

No comments:

Uolls Boleh Jadi Suka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...