Friday, September 4, 2009

:: Cinta Pertama ::

Cinta pertama......
Terpanggil aku untuk mencoret di sini. Bukan apa ada seseorang yang layak di panggil adik mengadu hal. dia tak boleh lupakan si dia.
Mereka berdua masih bersekolah tapi rak nak bercinta.
aku memberikan dia nasehat secara percuma.
Cinta pertama aku....
Waktu itu di semester 2. Si dia?
Si dia seorang yang mempunyai ketinggian 177cm.
Berat : 66kg
Berkulit cerah. Anak kacukan melayu cina. Mempunyai tahap EGO yang tinggi setinggi tuannya.
Dia ini pada asalnya adalah seorang 'musuh' di dalam kelas. Aku adalah seorang insan yang sentiasa mahu bersaing dengan dia ni terutama
di dalam kelas Bahasa Inggeris.
Aku tak pernah suka dengan dia. TAK PERNAH ok! Not my type kinda GUY.
Aku minat dengan kawan baik dia - BINJAI.
Sampailah satu hari dalam kelas statistik. Aku tengah kelam kabut time tu nak berlari ke kelas BISNES MATH sebab tertinggal barang.
aku duduk depan BINJAI - saje je nak menggatal
Tetibe masa kat hujung kelas BINJAI panggil aku. Ewah ewah ewahhhhh berbunga bunga hati ni.
"Ermmm..awak nak nombor telefon boleh? Senang nanti kalau ada aapa apa assignment nak tanya"
Tanpa segan silu dan banyak tanya. Aku terus bagi.
BINJAI sebuk menulis si mamat tu pulak sebuk meninjau.
Sebelom aku blah ..aku cakap kat BINJAI 'call me..' dengan senyuman gatal aku.

Maka dari hari itu aku mula la 'sewel' sampaikan ke outdoor activity aku ni dok la peratikan dia. FAKTA : ade sekali tu BINJAI anyamkan aku sarung ketupat
sebab aku cakap aku tak reti buat..dia ajar tapi aku tak reti reti jugak...last last dia buat satu khas untuk aku. Aku masih simpan lagi sarung ketupat tu pai skang!!!

Ok..sambung citer. Aku ni tunggu punya tunguuuuuuu tungguuuu tungggguuuuu tunggggguuuuuuuuuuu tapi BINJAI tak tepon tepon jugak.
dua minggu berlalu. Pada satu malam yang indah....
Telefon ALCATEL aku berbunyi...nombor tak dikenali. Aku angkat.
"Hello....." aku yang cakap nih
"Ermmmm...hai...tengah buat apa?"
"Tengok TV..."
Maka perbualan budak budak aku pun bermula. Aku tak tanya pun dia siapa badget BINJAI je.
Esoknyer pegi kelas tersengih sengih macam orang gila!
Tetibe si Mamat tu datang kat aku.
"Malam ni pegi pasar malam ngan aku nak?"
"Eh apsal lak aku nak kene pegi pasar malam dengan ko?"
"La..semalam aku tepon ko cakap ok je..."
"Erk...." aku kaget. Machiiiiiiiiiiiiiiiii....dia ke yang call aku malam tadik??
"Aku sibuk...nanti la..."

Dengan pantas dan tangkasnya aku mendapatkan kawan baik aku Batman dan Pida. Mati la aku!! mati la aku!!!!
Dan hari itu adalah hari malang bagi aku bila lecturer aku telah memasangkan aku dengan dia dalam satu project.
Malam itu..mamat telefon lagi. Aku buat endah tak endah.
Lama lama aku tak buleh lari jugak. Tah cenggane aku terbukak hati nak pegi pasar malam sri gombak dengan dia lepas kitaorang melepak kat Shareezma.
Zaman budak budak memang kelakar.
Leh tak mamat ni tanya kat aku..aku nak kapel ngan dia ke tidak. Terasa macam nak muntah tapi ku tahan jebat!
"Ko bagi aku dalam 2minggu leh tak aku nak fikir" apasal dua minggu aku pon tak pasti
Masa nak balik buleh pulak mamat ni menjerit dari tepi jalan raya 'I LOVE YOU!!!'
ape dia ingat ni citer yang Azhar Sulaiman belakon tu ke ape???

Aku sebenarnya tak de hati nak kapel ngan dia....tapi tak tau nak cakap cenggane. Aku teruskan kehidupan aje.
Sampailah satu hari dia buat benda yang mengejutkan.
Masa tu aku tengah berseronok dalam kedai alat tulis. Tiba tiba Pida dok siku siku aku bagi signal Mamat tu datang.
"good morning.." aku dengar dia sapa aku. Aku pun tolehlah!!!
Punya terkejut aku di buatnya!!!!
WTF?!!!!!!
Aku pandang Pida. Pida sengih. Aku pandang Bat dia pun sengih.
Mana dia tau?!!!!
Ni sah kawan kawan aku punya mulut nih!!!!
Mamat tadi menyegih nyegih dengan kepalanya yang dah botak!!!!

dan hari seterusnya aku telah disuprise dengan bunga..kad..coklat...teddy bear...dan macam macam lagi.
Lama lama dari tak suka jadik suka....

Lama woo kitaorg bercinta dekat 5tahun jugak la..last last..HANCUR!!!
Ye la masing masing dah besar. Dia pun dah kenal erti FLIRTING.
Setahun setengah jugak aku makan hati.
Tapi akhirnya aku sedar akan potensi diri aku dan aku move on!!!
Dan kini aku bersyukur aku tak jadi kawen dengan dia....sebab what goes around confirm la comes around!!!
Kusss semangat kalau jadik aku tak tau la berapa ramai tentera aku sekarang!!!
Fuh!!!!! bersyukur sangat sangat....
and pai sekarang mak dia masih suka sama aku!!
Lalalalallalalalalalaaaaaaa


Selamat hari raya Mama!!!

WARNING : Jangan main mainkan perasaan orang balasannya kita tak tau bila!

No comments:

Uolls Boleh Jadi Suka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...