Thursday, August 31, 2017

:: Seram - Siapa sangkut dalam lif? ::





Memandangkan ramai rupanya yang suka kisah yang adik ai cerita, ai amik keputusan nak tulis semula kisah-kusah pendek yang Adik ai cerita pada ai.

Kali ni ai nak cerita pada uolls kejadian awal bulan Ogos baru-baru ni waktu adik buat OT lagipun ada sorang member bahagian maintainence mintak teman kejap sebab dia tengah nak check lif.

Masa tu dalam bilik maintainance. Tiba-tiba ada dengar bunyi orang picit loceng kecemasan lif. Kawan adik tadi kena la amik tindakan cepat sebab dibuatnya orang pengsan ke apa ke pulak nanti.



Dua tiga kali penggera bunyi. Kawan adik pun intercom la tanya siapa? Tapi tak de jawapan. Tanya lagi siapa? sekali dengar macam bunyi "krooohhh....krohhhhh" ala-ala suara Darth Vader gitu.

Kawan adik cakap jom la p tengok siapa dalam lif takut intercom pulak masalah. Sambil tu dia contact jaga sama.

Derang sampai kat tempat lif sangkut...ketuk pintu lif. Dapat balas. Jerit dari luar. Siapa kat dalam? Dengar ketuk-ketuk lagi. FYI, dalam lif tu tak de cctv pulak sebab lif blok lama.
Tanya lagi siapa dalam lif? Tak de jawapan. Kali ni ketuk-ketuk pun tak de.

Jaga sampai derang cuba bukak pintu. Tapi tak boleh. Nak dijadikan kisah ajaibnya, kemudia pintu lif terbukak. Tapi tak de orang!!! Lepas dari tu terus dengar suara menyerigai ketawa........................

Bertempiaran budak-budak ni lari termasuk jaga.
Esoknya p check lif tu memang lif tu tak rosak pun.

So...............heheheheheheheeeeeeeeeeeeeeeeee

watermark

Tuesday, August 29, 2017

:: Kena Sondol ::




Assalamulaikum & Hi,

Tak sangka sangat dalam keadaan jalan jem pun orang boleh langgar belakang kereta.
Mujur la anak-anak tak ada apa-apa. Dan mujur jugaklah impact kuat tapi disebabkan bawak 4wd tak berapa nak terasa cuma terasa 'gedebab'!! tertolak ke depan je kalau bawak kereta yang bukan 4wd nescaya tercampak ke depan jugak la.




Kereta si pelanggar? Teruk jugak tapi radiator tak pecah. 
Airbag dia pun tak pecah (TAK PAKAI seatbelt la tuh!!!!) - lampu pecah sepatutnya airbag jugak terkeluar.
Masa Incik Pinky p tengok keadaan kereta dia, HANDPHONE dia atas seat. Jadi teorinya adalah dia MAIN HANDPHONE masa bawak kereta!


Tengok la keadaan kereta beliau.

Menurut Sarjan dan lain-lain, beliau ni masa buat report tak berenti-renti menangis. Dari mula sampai, sampai balik dok nangis. 

Begitulah hujung minggu kitaorang berakhir.......



Monday, August 28, 2017

Friday, August 25, 2017

Top Post