Monday, April 22, 2019

:: Pemenang Peraduan Nivea Sanrio Characters ::

Siapa nak sangka ada rezeki terpilih jadi salah sorang yang lucky untuk peraduan Nivea nih?
Trimas!!!












watermark

Friday, April 12, 2019

:: Review - Beuveu Contact Lense ::



Beuveu Contact Lense ni adalah produk dari Korea dan ianya dijual di kedai-kedai Optik.
Masa pertama kali tengok produk ni, ai sangat tertarik dengan packagingnya yang menarik sebab ai sukakan warna-warna yang macam ni terutama kotak yang pink tu!



Dan warna-warna contact lense dari Beuvue ni jugak memang menarik/cantik.

Contact lense ni jugak satu contact lense yang selesa pada mata dan tak cepat mengeringkan mata (dari pengalaman ai dah pakai dekat 2 minggu ni)

Beuveu ni adalah contact lense yang boleh dipakai selama 3 bulan (pastikan korang handle contact lense korang dengan betul, cuci bersih dan simpan di dalam bekas yang sepatutnya)

Warna yang ai pakai sekarang ni adalah Capricorn Grey - serius cantik.




Semua info yang patut korang tahu pasal contact lense ni memang tertulis pada sisi/belakang kotak.






watermark

Thursday, April 11, 2019

:: Neurofibromatosis - apa yang anda PERLU tahu? ::


Neurofibromatosis adalah keadaan/kondisi genetik. Tanda-tanda dan gejala berbeza pada setiap individu.,bergantung kepada jenis yang mereka ada. Neurofibromatosis belum ubatnya, tetapi ia boleh diurus dan ramai orang dengan keadaan ini menjalani kehidupan normal. Tetapi masih ramai yang MALU untuk tampil.





Neurofibromatosis dicirikan oleh pertumbuhan neurofibroma (benjolan seperti daging lebih). Neurofibroma ini boleh membentuk di mana terdapat sel-sel saraf di dalam badan. Dan ia boleh tumbuh di mana-mana sahaja pada tubuh badan.




Ia bisanya bermula dengan beberapa tanda lahir di sekitar tubuh yang dipanggil CAFE AU LIT




Separuh daripada merela yang mempunyai neurofibromatosis  diwarisi dari ibu bapa, sementara yang lain akan menjadi orang pertama dalam keluarga mereka untuk memilikinya kerana mutasi keatas kromoson.




neurofibromatosis jenis 1 (NF1) - bentuk yang paling biasa disebabkan oleh perubahan dalam gen pada kromosom 17

neurofibromatosis jenis 2 (NF2) - satu bentuk yang sangat jarang berlaku yang disebabkan oleh perubahan dalam gen pada kromosom 22

schwannomatosis - sama dengan NF2, tetapi tidak dikaitkan dengan tumor telinga dalam dan kehilangan pendengaran




Neurofibroma boleh tumbuh melata dikawasan muka.
Dan ia boleh menjadi serius seperti gambar di bawah,





Ai tahu ramai sebenarnya MALU untuk tambil disebabkan keadaan fizikal yang orang kita anggap ianya PELIK dan MENJIJIKAN. Ai bercakap ni dari pengalaman ai sendiri. Bukan sekali ai pernah dilontarkan perkataan "EEEEEEEEEEEEEEEEEEE". tapi tu bukan penghalang untuk ai tampil ke depan.

Ingat!
Neurofibromatosis tak kira type/jenis apa ianya TIDAK BERJANGKIT!

NEUROFIBROMATOSIS bukan penyakit santau/sampuk/terkenan katak puru dan sebagainya. NEUROFIBROMATOSIS adalah satu kondisi genetik yang diwarisi atau terjadinya terubahan/mutation pada kromoson.


//sumber gambar : google dan diri sendiri //



watermark

Thursday, April 4, 2019

:: Pelampung Hello Kitty/Hello Kitty Float (Collab with GetFloaty) ::


Serious pagi ni bila dapat email rasa keterujaannya.
Comel giler kot!!



Ni adalah collab dengan syarikat pelampung popular kat USA sana nun. GetFloaty.
Harga memang reasonable. yang tak berapa nak masuk akal, harga postage hahahahah JAUH kan so harga pos lebih dari harga barang T_T


Nah jamu mata korang!









Serius harganya memang patut







YES! Delivered internationally!




TOTAL semua bila dah beli....






watermark

Tuesday, April 2, 2019

:: Klinik gigi Hello Kitty ::


Bestnya kalau kat Malaysia ada klinik gigi macam nih.
Kalau doktor tu suruh ai visit setahun 2 kali.
Ai sendiri volunteer pergi 2 kali seminggu!
hahahahahhaa


Klinik gigi ni memang wujud ye kawan-kawan!
Bertempat ni Temple City, Parklane, California.








Trimas kepada kawan ai yang tinggal di California untuk gambar ni!












watermark

Top Post