Neurofibromatosis adalah keadaan/kondisi genetik. Tanda-tanda dan gejala berbeza pada setiap individu.,bergantung kepada jenis yang mereka ada. Neurofibromatosis belum ubatnya, tetapi ia boleh diurus dan ramai orang dengan keadaan ini menjalani kehidupan normal. Tetapi masih ramai yang MALU untuk tampil.
Neurofibromatosis dicirikan oleh pertumbuhan neurofibroma (benjolan seperti daging lebih). Neurofibroma ini boleh membentuk di mana terdapat sel-sel saraf di dalam badan. Dan ia boleh tumbuh di mana-mana sahaja pada tubuh badan.
Ia bisanya bermula dengan beberapa tanda lahir di sekitar tubuh yang dipanggil CAFE AU LIT
Separuh daripada merela yang mempunyai neurofibromatosis diwarisi dari ibu bapa, sementara yang lain akan menjadi orang pertama dalam keluarga mereka untuk memilikinya kerana mutasi keatas kromoson.
neurofibromatosis jenis 1 (NF1) - bentuk yang paling biasa disebabkan oleh perubahan dalam gen pada kromosom 17
neurofibromatosis jenis 2 (NF2) - satu bentuk yang sangat jarang berlaku yang disebabkan oleh perubahan dalam gen pada kromosom 22
schwannomatosis - sama dengan NF2, tetapi tidak dikaitkan dengan tumor telinga dalam dan kehilangan pendengaran
Neurofibroma boleh tumbuh melata dikawasan muka.
Dan ia boleh menjadi serius seperti gambar di bawah,
Ai tahu ramai sebenarnya MALU untuk tambil disebabkan keadaan fizikal yang orang kita anggap ianya PELIK dan MENJIJIKAN. Ai bercakap ni dari pengalaman ai sendiri. Bukan sekali ai pernah dilontarkan perkataan "EEEEEEEEEEEEEEEEEEE". tapi tu bukan penghalang untuk ai tampil ke depan.
Ingat!
Neurofibromatosis tak kira type/jenis apa ianya TIDAK BERJANGKIT!
NEUROFIBROMATOSIS bukan penyakit santau/sampuk/terkenan katak puru dan sebagainya. NEUROFIBROMATOSIS adalah satu kondisi genetik yang diwarisi atau terjadinya terubahan/mutation pada kromoson.
//sumber gambar : google dan diri sendiri //