Wednesday, June 10, 2009

:: Cinta Budak Tadika ::

Korunks pernah bercinta masa kecik kecik tak?? Time paling kecik korang pernah jatuh cinta......



aku ingat lagi nama mamat tu ..LOKMAN. Aku ingat lagi mata sepet dia, kepala botak dia, kulit putih kuning langsat dia, kurus keding dia. Yeahhhh itulah LOKMAN. Orang pertama yang aku macam ala-ala jatuh cinta zaman aku budak budak kecik dulu. Aku bertemu dengan LOKMAN dekat tadika. Kitaorang satu kelas meja kitaorang tak jauh pun. Aku dari kecik semenangnya telah di latih menjadi ala-ala pompuan TOMBOI ...aku memang suka buli budak lelaki!!!!!! Tapi dengan LOKMAN aku suka buli buli manja terutama time recess dengan acara sukan.



aku sedar LOKMAN tu bak enggang dalam kelas sebab dia ANAK SEDARA CIKGU ROS. Dia di minati ramai (ramai ke?). Yang penting aku ngan LOKMAN selalu compete dalam apa apa bidang pun. Hinggalah satu hari aku telah menolak dia dalam acara lari dalam GUNI! Sebab dia tak nak dengar cakap aku time aku dengan dia berpasangan dalam acara IKAT KAKI SAMA SAMA (aku tak tau apa nama saintifik acara sukan nih). Dia bukan tak tau aku tak ske kalah!!!



LOKMAN...LOKMAN kenapala ko comel sangat?!!!! Cinta aku akhirnya berakhir di tadika itu juga. Kali terakhir aku meliohat LOKMAN adalah pada hari aku menerima SIJIL PELAJAR TERBIJAK kat TADIKA. Selepas itu aku dah tak dengar khabar dari dia. Sekarang dah lebih dari 20 tahun ...aku masih lagi ingat pada LOKMAN. bila aku lalu tepi rumah CIKGU ROS aku rasa macam nak berenti...ketuk pintu ...tanya 'CIKGU...LOKMAN mana??????'




LOKMAN ingat kat aku tak rasanya???!

Tuesday, June 9, 2009

:: Sebuah Cerita di HUJUNG MINGGU yang GILA! ::

Salam sejahtera..mintak maafla kerana susah lak skang nak menghapdet benda alah ni...lemaklumlah Lappy belom sehat sangat. Virus MALWARE DOCTOR yg mcm haREm tu belom nak BLAH!

Aku nak bercerita tentang hari hari aku yang agak adventure......kita mulakan dengan hari jumaat...

~~HARI JUMAAT~~

Macam biasala hari jumaat aku akan dihiasi dengan PARTY PARTY yang agak liar dan tak berapa nak terkawal. Seperti yang telah di rancang 3minggu lepas. Malam Jumaat (5 June 2009) aku dan sepupu aku Mr Lee dan kroni kroni kami ke L..kali ini aku telah di seponser oleh Mr Aie yang hensem di dalam gambar lain gilos di luar gambar (baget FOTOGEDIK la tuh).
Maka tepat jam 2300 aku dan Mr Aie sampai di L. Aku pulak telah diFOLO oleh seseorang sampai ke dalam L. Yang mengejutkan bila Mr Aie turun makan, seseorang itu telah datang meghampiri aku..
'are you alone?' dia merupakan seorang MAT SALEH yang dalam lingkungan 60 tahun barangakali.
Aku pandang tepat ke dalam matanya dan menjawap 'i'm sorry i'm not alone and i'm a lesbian'
si TUA tu seakan kecewa pabila aku yang berDRESS merah menyala yang menyerlahkan keayuan aku ini menolak pelawaannya yangbelum dipelawa apa-apa. Not muh TASTE ok!!!!!!

Malam itu bermula bila kesemua 'AHLI' sampai. Malam yang gila!!!
Mr D telah membawa 3 orang awek yang bakal di'BAHAM'nya malam itu.
Mr Lee pulak merupakan official driver untuk Mr Jet.

Party aku habis awal...SEDEH aku. Mana taknya? Mr Aie ahhhhhh cilake betul MUNTAH-MUNTAH macam orang mengandung sejak jam 0200!!!!!! Nasib baik ada kawan yang tabah macam aku nih!

Mr Aie akhirnya merayu rayu kat aku yang dia nak kuar dari L...dia sedar tak nak turun dari L kene guna tangga. Aku ni pompuan yang tak de otot ketul ketul macam getah buku. Kalau aku ngan dia tergolek kat tangga cenggane??!!! Nak tak nak aku kene jugak la papah Mr Aie....nasib baik la MAT SALEH meja sebelah kitaorang datang to the rescue....THANKS!!!!

Sementara menunggu yang lain lain selesai...aku melepak kat PALNTER BOX kat bawah L..dan Mr Aie dah terbaring atas kaki lima pulak - CAM HAREM!!!!



Tetiba datang seorang MAT SALEH lagi, dia pegang tangan aku dan cium tangan aku berkali kali. Mengucapkan kata kata yang sangat manis - MALANG..mat saleh itu ORANG TUA!!!!
'I'm Steve....you're so beautiful...you have a sweet face..' bla bla bla bla bla...
Dia lepas tu cium pipi aku kanan dan kiri. Kemudian cium tangan aku kanan dan kiri berkali kali kali kali kali..
Aku pon sound dia
'Steve..you're so sweet but i'm really sorry i have to take care of my friend can you please sit down??'
Dan Steve pun duduk bersandar kat tiang palnter box - tunggu kawan dia agaknya!

Jam 0300 yang lain turun.
Mr D datang kat aku peluk aku. Cium dahi aku - apsal tah lately suka sangat cium dahi aku. 'Hunn..thanks, i kena hantar minah tu balik..see you okay,' dia peluk aku kuat-kuat sambil memberikan satu pandangan yang mengelirukan. Sementara itu Mr Jet dah berbaring atas planter box. Keadaan memang agak KELAM KABUT. Mr Lee jaga Mr Jet. Aku jaga Mr Aie.

Haih......
aku dan Mr Lee akhirnya memapah dua ekor makhluk ni ke kereta Mr Jet. Bagi derang berehat sekejap. Kekalar betul...sorang tak berenti renti muntah sorang tak berenti renti kencing!!!!!

Aku sebenarnya dah mati akal. Leh pulak Mr Aie tak hengat letak kereta kat mana. Aku kaloot ahh aku last last tepon 'JANDA' Mr Aie. Mintak tolong dia uruskan hal Mr Aie. Masa tu jam 0400 - kesian minah itu....maafkan aku minah. Sementara Mr Lee cari kereta Mr Aie. Aku pegi jemput minah tadi. On the way back ke tempat kejadian Mr Lee call aku.
'hunn!! hunn!!!' terjerit jerit Mr Lee
'apsal cuzn??'
'Jet jatuh longkang!!!!' katanya - BERDERAI ketawa aku!!!!!
'cenggane leh jatuh longkang?!'
'Dia nak kencing tapi dia pegi masuk longkang pulak!!!' Mr Lee sambung ketawa aku.
Adehhhhh macam-macam hal!!!!


Acara ini berakhir pada jam 0600 di mana Mr Jet membawa kereta sendiri pulang dan di eskort oleh Sonata musim salju Mr Aie yang di pandu oleh Mr Lee dan mereka-mereka ini telah pengsan sampai ke tengahari kecuali Mr Lee yang bangun awal pagi untuk meluangkan masa berkualiti bersama kelaurganya di Port Dickson!

Aku jugak bangun tengahari kerana penat. Bangun je terus menjemput Ms Vie untuk ke Rawang. Balik dari Rawang hantar Ms Vie berjumpa dengan POK CIK nya dan kemudian aku ke BBQ party di rumah Mr Firfy yang baru di rompak.
Aku tak tahu tujuaan BBQ party tu yang sebenar kerana ia seolah-olah meraikan rumahnya dirompak orang!!!!!! hmm.....balik dari BBQ party jam 0130. Sampai rumah JEM lagik.

Esoknya bangun jam 0900 dan bersiap untuk ke resepsi Mr Udin di Puchong. Dan aku tiba di rumah jam 1700 dan terus tido. Peniduran aku di kejutkan oleh panggilan telefon dari Sis In Law aku yang beritahu abang aku akan datang jemput aku jam 2000 untuk kami bersama sama makan malam di restaoran STEAMBOAT KAK EITA - macam giler aktiviti tak berhenti!!!!!
Aktiviti hari ahad di akhiri pada jam 2300 di mana aku SAKIT KEPALA dan tido awal.

Maka berakhirlah kisah HUJUNG MINGGU aku. Sekian!!!!!! ChiaaaaaoW!

Wednesday, June 3, 2009

:: Bagaimana? ::

I'm sooooooooooooooooo in LOVE right now...
Ms Vie oso in LOVE
Mr Lee oso in LOVE
sure for Mr Ann he's in LOVE
muh close fwen Miss Tazz oso in LOVE with Mr Beng
Muh close collage fwen oso in LOVE with someguy from Eygpt and they gonna get MARRIED this year...


*smile**smile**smile**smile**smile**smile**smile*




Tuesday, June 2, 2009

:: Kau Telah Pergi ::

Ini adalah sebuah catatan untuk lelaki-lelaki yang pernah aku cintai..........
Saje je..
tak de kije...




kautelahpergi

Monday, June 1, 2009

:: Mantok & Penat ::

Mantok...mantok mantok...mantok ek bukan MANTOL!!! atau PENTUL......ekekekekkekekk
Penat pon ada..tapi berbaloi..
KL>JB>KL

satu perjalanan yang seronok dan banyak DRAMA berlaku yang penting aku bangga dengan diri sendiri.
Mata dah berat....macam nak tido. Tapi tengah fikir pasal murtabak & mee rebus tulang yg zass tuh!!
Bandung Soda lagik...huhuhuhuhuhuhu

Jb...Jb...miss you already!!!
Tapi lagik miss muh H!!!!!

huaargggggggggggggggggggggggggggggggggggggggg~~~~~~

Top Post