Assalamualaikum & Hi,
Pada sesiapa yang follow ai rapat or memang kenal ai. Pasti tahu ai setiap bulan, paling tidak 2 bulan sekali akan ke Thailand.
Apa yang buat ai suka sangat dengan Thailand ni selian dari 7-11 nya?
Ai suka akan enviromentnya.
Ai suka pulau-pulaunya.
Ai suka makanannya!
Yang best ai suka sebab ai boleh pergi Thailand by land sahaja tanpa ai berbelanja besar on tiket kapal terbang. Dulu masa berdua, bertiga boleh la tahan lagi nak terbang-terbang je ke Thailand nih. Tapi sejak duit Malaysia kita ni jatuh teruk, maafla, agak berkira2 nak beli tiket flight. Harga tiket flight untuk 4 pax termasuk tax segala dengan transport ke airport lagi...mahal dari kalau ai memandu sendiri ke sana!
So far, Alhamdulillah dah banyak tempat ai sampai dengan hanya memandu ke Thailand. Yang penting berhati-hati dan ikutlah undang-undang dalam Thailand sendiri. Jangan parking sesuka hati (ni banyak ai perati sebenarnya orang Malaysia ada yang masuk sana suka bawak peel kat Malaysia masuk Thai...pls DON'T!)
Dari segi bahasa...alhamdulillah dengan pengalaman yang ada ai dah boleh berkomunikasi sikit-sikit dengan bahasa Thai. Ada sesetengah tempat yang ai pernah sampai, penduduk tempatan takboleh berbahasa melayu atau english. Jangan terkejut kalau uolls sampai tempat yang dekat dengan Malaysia misalannya Satun, ramai sebenarnya yang TIDAK boleh berbahasa Melayu/English walaupun kita fikir "mesti ramai MELAYU kat sana." Tapi orang2 depa ni walau kita atau depa tak leh satu bahasa dengan kita, depa akan gigih membantu.
Nak masuk Thai menggunakan jalan darat sangat tak susah.
Dokumen yang diperlukan adalah :
1. Passport/Border pass
2. Insurance Thai (buat masa isi white kad sebelum masuk border)
3. Geran kereta yang original atau yang jelas NYATA
4. Surat Kastam (ni buat kat border)
Kalau nak tanya apa-apa email je ai : s0undl4cks@gmail.com
Hehehehe sekian.
Pemandangan dari Hotel yang ai duduk masa lasti trip ai hari tu.....tu stesen keretapi. Boleh dengar bunyi keretapi & hon keretapi tu..yang best anak-anak suka. Cantik view ni kalau dari mata sebenar.
Oklah...until next time.
Next roadtrip!

