Thursday, January 10, 2019

:: Terengganu ke Cherating ::





Nah.........kisah day trip KL-Terengganu-Cherating-KL.
Siapa kata tak leh pergi Terengganu balik hari?



Kami bertolak ke Terengganu awal pagi Sabtu sampai Terengganu betul-betul azan subuh. Lama sangat dah tak sampai Terengganu. Memang banyak benda dah berubah.





Seawal pukul 9 pagi dah start cari kedai yang jual keropok dekat area Seberang Takir. Ai memula nak pergi kedai Pok Din tapi...bukak lambat pulak. So, try la pergi ke Warisan Bonda. Buat fresh-fresh dekat situ.



Ai siap beli yang baru goreng dengan yang frozen. So makan la yang goreng tu..sekali....perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhh sedap! memang sedap! memang ai suka keropok lekor yang jenis tu. Terasa nyesal tak beli yang frozen banyak-banyak.






Lepas beli keropok, kitaorang pun decide nak jalan-jalan round Terengganu. Jom la pergi Pantai Batu Buruk.


Dah lawa dah pantai Batu Buruk nih...siap ada lot-lot kedai kecik-kecik warna-warni ala-ala Ostolia.




Lepas hari lepak-lepak kat Pantai Batu Buruk, ai pun cakap kat Incik Pinky jom la p Cherating pulak.
Ai memang tak singgah Pasar Payang sebab ai tak berapa minat sangat p sana.



Sampai kat Cherating tengahari. Super panas!
Ai cakap kat Incik Pinky jom p usha tempat ai suka lepak-lepak...try-try jadi surfer masa ai muda remaja dulu.

Hahahahhaa...ai tak pernah bawak Incik Pinky kat spot nih, first time ai bawak nih.
So....maka sampailah Incik Pinky ke Kampung Cherating.

Tempat ni dulu-dulu sangat famous dengan orang yang datang main ombak. Sampai sekarang masih ada sebenarnya cuma ai tak pasti kenapa Kementerian Pelancongan tak commercial kan perkara nih...




//kalau korang nampak yh macam hitam2 kat air tu....org tengah tunggu ombak nak surf la tu//

Tempat ni heaven kot. Kalau kena time ombak tinggi dengan angin, kira musim la...memang best!!!
SERIUS BEST.




Dan selebihnya....ai pun amik-amik gambar & lepak tepi pantai yang super panas tu!
Hahahaha





Sampai bertemu lagi di day trip yang lain....

p palang s : kalau korang nak tau ai ngan incik pinky memang gemar buat day trip even jauh-jauh.




watermark

1 comment:

ejulz said...

cantik pemandangan.. pernah sekali je ke terengganu ni..

Top Post