Wednesday, November 28, 2018

:: Our Sanrio Times di Quill City Mall Yang Menerujakan ::


Meowwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwww


23 November 2018.
Ai adalah antara insan yang bertuah untuk mengikuti program pelancaran Our Sanrio Times di Quill City Mall, Kuala Lumpur.
Yang menyeronokkan adalah ai antara orang yang terawal masuk ke dewan pameran yang dipenuhi karektor comel Sanrio terutama Hello Kitty!

Bukan saja Hello Kitty, Dear Daniel, Ichigoman, Gudetama, Twin Star, My Melody, Pompurin, Keroppi, semua-semua la ada! Yang mana kenal ai mesti dapat bayangkan betapa terujanya Si Syahoney tu kan?

Memang ai sangat teruja. Dapat bergambar dengan maskot, peluk-peluk lagi. Hahahahaha~




Ohhh....that happy face!












Apa yang ada dekat pameran nih:


Mula-mula masa korang masuk pintu utama korang akan dibawa menerusi TIME TUNNEL di mana kat situ korang leh tengok perjalanan karektor Sanrio.



Korang akan dapat tengok koleksi vintage Hello Kitty, My Melody dan sebagainya. Barang RARE habis!







Dan kemudian bermulalah sesi yang menerujakan (BAGI PEMINAT KIPAS SUSAH MATI je ye) bila korang akan melalui satu kawasan yang dipenuhi dengan plushies Hello Kitty dan kawan-kawannya!!!











dan jugak korang akan di jamu dengan Hello Kitty gergasi setinggi 3.5 meter! Uiyoooooooooooooooooo!!

Tak nak cerita panjang la jom layan gambar.






Hahahaha sebenarnya muka tahan teruja melampau tu






Andai la ai boleh simpan coin purse ni untuk diri sendiri........bahagia!





Belon yang comel







Mesti ramai yang tak kenal Strawberry King kan?





Photobooth



Haaa...Sanrio CM uolls! Kat sini je tau!



Kalaulah KLCC tu pink! Awwwwwwwwwwwwwwwww


Sanrio Malaysian feel katanya




Sebelum korang keluar dari kawasan pameran ada beberapa booth game disediakan..boleh participate kalau menang dapat hadiah special....and i won LET ME ROLL game!!


Antara barangan yang dijual kat Our Sanrio Times



I've made new friends! Seronok tak terhingga!








Harga Tiket tidak termasuk RM2 processing fee:


Malaysian Resident: RM33
Special Ticket for OKU & Senior Citizen: RM20
Non-Malaysian Ticket: RM60



p palang s : gambar banyak sebenarnya kalau nak tengok sila follow Instagram Syahoney Kitty Shoppe.


Ni baru round 1, tunggu round 2 pulak ye!

watermark

2 comments:

komen yang murni-murni sudah, selebihnya SPAM!

Top Post