Monday, November 20, 2017

:: Review - Justice League ::


Akhirnya berkesempatan jugak nonton Justice League ni. Padahal plannya hari Khamis lepas.




Ai macam biasa bawak anak-anak ai pergi tengok sekali, memang akan bawak Mimi sebab dia akan cakap paling jujur sekali, lagipun dia memang dah kenal hampir semua character DC.

So, jom ai mulakan.

Permulaan cerita oklah sebab boleh  buat si Bidadari diam kat seat dia, maksudnya starting cerita dapat buat dia duduk diam dan fokus pada screen sampai dia tersebut "terkejut cha.." masa part Batman letopkan 'jembalang'.

Movie ni berkenaan Batman mencari TEAM untuk defeat orang jahat, sebab dia sendiri tak boleh nak kalahkan orang jahat tu sendiri. Dia berjaya buat Wonder Woman join team dia. Dalam hati Batman dia macam salahkan diri dia sebab Superman mati sebab dia. Dia cuba yakinkan Aquaman, tapi Aquaman macam menolak sebenarnya. Part dia merisik The Flash tak berapa nak susah sebab 'budak-budak' macam The Flash memang jenis excited memanjang.




Kemudian, seperti biasa cerita-cerita DC agak slow sikit...intro kan dulu alkesah mana,sebab musabbab dia "mother box", "stephhenwolf", puak amazon, puak atlantis, cyborg,  intro the flash sikit..bla bla bla.





Yang tak buat cerita jadi boring pada pengamatan ai adalah sisi LAWAK "The Flash". Tak de action yang extreme.





Part Superman hidup balik semula pun tak menerujakan ai. Hahahahaha.




Jadinya apa yang boleh ai cakap cerita ni wajar jugak dibagi pujian. Sebab bila tanya Mimi best ke idok..katanya "BEST!" tapi nada dia tak seseronok masa dia tengok THOR RAGNAROK.

So, sesiapa nak pegi tengok bolehlah berbuat demikian - berbaloi jugak bayar ticket.

Overall ai bagi 7/10 stars!


watermark

1 comment:

komen yang murni-murni sudah, selebihnya SPAM!

Top Post