Friday, November 24, 2017

:: Review - Coco Movie ::



Assalamualaikum/Hi,

Kali ni ai nak review animated movie COCO.
Seriously korang yang ada anak, bawaklah derang p tengok movie ni. Sebab memang seronok dan menyentuh hati.
Ai bawak Mimi & Bidadari.

Dan............siap ada "FREE" movie tau! - Olaf Frozen Adventure.



Sebelum movie COCO ditayangkan penonton akan dihidangkan dengan movie Olaf Frozen Adventure. Duration movie Frozen ni dalam 30 minit.


Cerita ni ringan je, muzikal. Kisahnya bermula bila Arendale nak sambut Christmas, tapi Elsa & Anna TAK ADA tradition family, ye la parents derang kan meninggal lama dah. 


So, OLAF ni tawarkan la diri nak mencari tradisi yang hilang tu. Dalam perjalanan dia mencari tradisi tu macam-macam orang dia jumpa tapi waktu dia nak balik istana kecelakaan menimpa.......jadinya Elsa & Anna dan seisi negeri pergi cari Olaf. Selebihnya korang p tengok sendiri la ye.



-------------------------------------------------------------------

Habis cerita Frozen ni, mulalah movie COCO.


Cerita tentang muzik tapi movienya BUKAN muzikal. Sangat kekeluargaan. Cerita pasal sorang budak nama Miguel yang sangat minat muzik tapi keluarganya dari nenek moyangnya MELARANG ahli keluarga terlibat dengan muzik malah muzik diharamkan dalam keluarga tersebut. Keluarga Miguel ni keturunan tukang kasut. Miguel ni curi-curi main muzik sebab dia sangat suka kan sorang ahli muzik yang namanya Del La Cruz.

Satu hari ada pertandingan bakat dengan pekan kampung dia, tapi dia kantoi masa nak pergi pertandingan tu sebabnya masa dia kantoi dia terus terang je kenapa dia suka muzik dan kenapa tak de sorang pun ahli keluarga dia cakap kat dia yang Del La Cruz tu moyang dia! Haaaa........semua ahli keluarga terkejut. Dia pun lari dari rumah, degil nak masuk jugak pertandingan tu. Tapi dia tak de gitar sebab nenek dia dah pecahkan gitar dia. Tetibe dia teringat yang dia pernah nampak Gitar dalam makam Del La Cruz nih. FYI, orang kampung dia ni sangat memuja Del La Cruz tau!


Dia pun pergi la curi gitar tu dengan harapan dapat masuk pertandingan, tapi lain pulak jadi. Tau-tau je dia dah ada 'on the other side' bersama orang yang dah mati termasuk la moyang-moyang dia yang terdahulu. 



Tapi dia tak mati, menurut 'admin' kat dunia tu katanya dia terkena 'sumpahan' nak break sumpahan tu dia kena dapat 'blessing' dari ahli keluarga yang dah mati supaya dia boleh balik ke dunia asal.




Bermulalah adventure dia bila ahli keluarga dia yang dah mati pun tak suka jugak muzik dan dia akhirnya nekad nak p cari moyang dia si Del La Cruz tu,




 TAPI...........................TAPI........... TAPI...........cerita ni ada twist yang sangat tak disangka tau. Dalam adventure dia tu dia jumpa kawan baik baru dia nama Hector. Hector ni seorang entertainer. So, Hector ni la yang temankan dak Miguel ni mencapai misinya. Tak nak cerita panjang-panjang nanti spoil pulak kan. 


Movie dia memang best sebab buat Bidadari duduk diam dan cakap "Mama...sian dia..", "mama...sedih", "Lari.....lari....", "No..no..jangan amik gitar tu".
Itu menunjukan bahawa cerita dia dapat menambat mata Bidadari.
Memang ada part yang agak menyentuh hati. ADa part yang boleh buat kita ketawa terbahak-bahak. So, pergi la tengok kalau ada masa.

Ai bari 9/10 bintang untuk movie COCO ni!

 watermark

1 comment:

  1. Dah tak de anak kecik haha.... tapi anak dara bongsu yg umur 14 tahun tu rasanya masih suka lagi cite cite gini ni...

    ReplyDelete

komen yang murni-murni sudah, selebihnya SPAM!

Top Post