Friday, February 3, 2017

:: Seram - Bau Harum Waktu Malam ::


Dah lama tak menulis secara agak panjang. Busy & MALAS!
Kali ni disebabkan lama tak bercerita tentang beberapa perkara, ai nak cerita pasal kejadian yang jadi dalam lebih kurang 2 minggu lepas.

Tempat : Rumah
Pelapor : Deq Wan & Adeq (adik no 4 & 5)

Kisahnya bila satu malam Deq Wan tidur kat ruang tamu rumah sebab "takut" nak tidur dalam bilik (bilik beliau ni eerie sikit secara bermusim). So deq wan pun tidur la kat ruang tamu malam tu sampai ke tengah malam sikit tiba-tiba dia rasa angin datang menyapa ala-ala angin tepi pantai. Bukak mata nampak langsir pintu dapur melambai-lambai dek ditiup angin. Dia pun biarkan aje la. Tutup mata balik semula.
Nak dijadikan cerita.......tak semena-mena bau harum menusuk dalam hidung. Nak kata bau perfume Adeq yang suka balik tengah-tengah malam - BUKAN.

Dia bukak mata sekali lagi, mata melilau tengok sekeliling - tak ada siapa/apa. Dan sekali lagi time tu jugaklah angin pantai tadi datang balik semula...terus dia tarik selimut tidur.


Malam berikutnya.
Adeq - mamat ni memang suka balik rumah lambat. Kadang-kadang tak balik rumah sebab dok melepak dengan member-member kat showroom kereta tak jauh dari rumah. Malam rabu (malam kejadian) dia balik dekat-dekat pukul 3 pagi. Lepas waktu hujan. Macam biasa semua orang dah tidur termasuk Deq Wan yang tidur kat ruang tamu lagi malam tu.

Sampai pintu rumah, bukak grill, bukak lock, bagi Salam - masuk. Adeq terberhenti bila nampak ada sosok tubuh tengah duduk ditengah-tengah ruang tamu. buat tak tau kejap sebab nak kunci pintu. Bila dia toleh balik semula. DAH TAK DE. PELIK. Dia pun buat tak tahu pergi masuk bilik salin baju, singgah bilik air. Disebabkan naluri nak tahu sangat. Dia sekali lagi pegi check ruang tengah tadi. Tak de sesiapa! Waktu jalan balik bilik, bau harum tu pulak ikut dia. Eh~

Jadi siapa punya angkara kali ni bawak balik 'sesuatu' dalam rumah? Budak-budak ni bila nasihat tak nak dengar. PFfffttttt!

Somewhere last week Deq Wan datang bisik "akak tau tak...benda tu ada lagi la dalam rumah kita ni"
Ai pandang dia "mana ko tau?"
Selamba dia jawap "Semalam adik kena lagi..."

Ai #mengeluh




watermark

No comments:

Uolls Boleh Jadi Suka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...