Eh...KureSya ada kembar???
Perlukah KureSya menukar baju baru? Erm.........................
Anyways..Hello Kembar KureSya!!
Saturday, July 26, 2014
Wednesday, July 23, 2014
Tuesday, July 22, 2014
:: KOTAK HITAM MH17 DISERAHKAN KEPADA MALAYSIA OLEH PUAK PEMISAH UKRAINE PRO-RUSSIA ::
DONETSK: Puak pemisah pro-Rusia di timur Ukraine telah menyerahkan dua kotak hitam yang ditemui di lokasi nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 kepada delegasi Malaysia dalam satu sidang media awal hari ini.
Memetik laporan AFP, mereka turut mengumumkan gencatan senjata dalam radius 10 kilometer di sekeliling tapak nahas untuk membenarkan penyiasat antarabangsa memasuki kawasan tersebut di mana pesawat malang tersebut terhempas pada Khamis lalu.
“Kami telah membuat keputusan untuk menyerahkan dua kotak hitam itu kepada pakar dari Malaysia,” kata Ketua pemberontak pro-Rusia, Alexander Borodai kepada wartawan.
Pasukan pakar dari Malaysia dan wakil dari kumpulan pemisah itu kemudiannya menandatangani satu protokol sebelum kedua-dua kotak hitam itu diserahkan.
“Kerajaan Malaysia mengucapkan terima kasih kepada Republik Donetsk kerana memulangkan dua kotak hitam milik Malaysia ini,” kata seorang wakil dari Malaysia.
“Kami tidak menemui kotak hitam milik MH370 (yang hilang di Laut Hindi pada Mac lalu), jadi kami bersyukur kerana berjaya menemui kotak ini.
“Kedua-dua kotak kelihatan dalam keadaan baik, cuma memiliki sedikit kerosakan,” katanya lagi.
Satu daripada kotak tersebut merekodkan semua perbualan di kokpit manakala satu lagi menyimpan data penerbangan.
Beberapa delegasi Malaysia kini akan mengiringi sebuah kereta api berpendingin hawa membawa mayat-mayat ke bandar Kharkiv, yang dikawal kerajaan di Kiev.
sumber : Astro Awani
Monday, July 21, 2014
:: Bila Anak sepatutnya boleh bercakap ::
Bila sepatutnya kita kena jumpa doktor untuk tanya pasal masalah anak yang belum menunjukkan tanda-tanda untuk bercakap?
Menjangkau 12 bulan:
- Masih tidak menyebut 'mama' atau 'papa'
- tidak menggunakan gerakan seperti melambai, menggeleng atau menunjuk sesuatu
- tidak faham dan tidak memberi respon terhadap perkataan seperti "no" atau "bye bye"
- tidak menunjukkan perkara yang sepatutunya menarik minat seperti burung terbang atau aeroplane
- tidak menyebut single word dalam usia 12 ke 15 bulan
- tidak babble (merepek bahasa budak) seolah-olah dia sedang bercakap
Menjagkau 18 bulan:
- tidak menunjuk kepada sekurang-kurangnya satu anggota badan apabila ditanya
- tidak berkomunikasi dengan anda walaupun pada masa itu dia perlukan bantuan atau memerlukan sesuatu yang dia hendak
- tidak menyebut sekurang-kurangnya 6 perkataan
Di antara 19 dan 24 bulan:
- Tidak mempunyai perkembangan perkataan (sekurang-kurangnya 1 perkataan baru seminggu)
Menjangkau 24 bulan:
- tidak memberi respon kepada arahan yang simple
- tidak berpura-pura bermain dengan patung atau diri sendiri (contoh berpura-pura menyikat rambut atau memberi patung makan)
- tidak meniru perkataan atau perbuatan orang lain
- tidak boleh menunjuk kepada gambar yang disebut dalam buku
- tidak boleh menggabungkan 2 perkataan
- tidak tahu fungsi perkakas rumah yang asas (contoh: garpu atau berus gigi)
Menjangkau 25 bulan:
- tidak menggunakan 2 ke 4 perkataan simple untuk satu ayat
- tidak dapat menamakan beberapa anggota badan
- sukar untuk melengkapkan nursery rhymes yang biasa didengarnya
- tidak menanyakan soalan yang simple
Menjangkau 30 bulan:
- Percakapannya tidak dapat difahami oleh sesiapa dalam keluarga
Menjangkau 36 bulan:
- Tidak menggunakan kata ganti diri (saya, awak)
- Most of the time dia tidak dapat difahami oleh orang lain yang bukan keluarga
Menjangkau 3 tahun:
- tidak dapat bercakap dalam frasa pendek / rangkai kata
- tidak dapat memahami arahan yang pendek
- tidak berminat untuk berinteraksi dengan kanak-kanak lain
- sangat sukar berjauhan dengan ibu bapanya
- percakapan yang sangat tidak jelas
- masih lagi gagap dan menunjukkan mimik muka bila cuba untuk bercakap
Menjangkau 4 tahun:
- masih belum mahir single conconants (contoh 'p', 'b', 'm')
- tidak faham akan konsep "sama" dan "tidak sama"
- tidak menggunakan kata ganti diri "saya" dan "awak" dengan betul
Saturday, July 19, 2014
Friday, July 18, 2014
:: MH17 ditembak jatuh di sempadan Ukraine-Rusia? ::
Allah.....Allah...belum selesai isu MH370, Malaysia dan dunia digemparkan dgn kehilangan pesawat MH17 yang dikhuatiri ditembak jatug oleh puak pemisah di sempadan Ukraine-Rusia.
apa yg sedang berlaku? ya Allah.....lindungilah kami semua........
Thursday, July 17, 2014
:: 10 Syarat Gencatan Senjata dari Hamas untuk Israel ::
Ya Allah...permudahkan urusan mereka dan lindungi mereka. Amin
Antara 10 syarat yang ditetapkan Hamas untuk Gencatan Senjata;
1- Memberhentikan serta-merta peperangan antara kedua-dua belah pihak dan pengunduran kereta-kereta kebal Israel ke pangkalannya serta mengembalikan kawasan-kawasan perbatasan kuning yang digariskan sebelum ini serta tanah pertanian juga membenarkan para petani Palestin untuk bekerja di tanah-tanah pertanian mereka.
2- Membebaskan semua rakyat-rakyat Palestin yang ditangkap sejak 23 Jun 2014 juga jaminan kebajikan mereka khususnya tahanan dari Jerusalem, Gaza dan rakyat Palestin dalam(rakyat palestin yang tinggal dalam Israel).
3- Membuka kepungan ke atas Gaza secara total serta laluan-laluan sempadan untuk laluan barangan-barangan serta individu dan laluan untuk kemasukan semua bahan-bahan mentah seperti makanan dan bahan-bahan binaan serta membina stesen jana elektrik yang cukup untuk semua keperluan Semenanjung Gaza.
4- Pembangunan semula pelabuhan laut antarabangsa dan lapangan terbang antarabangsa yang diselia oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan negara-negara berkecuali.
5- Perluasan kawasan penangkapan ikan bagi nelayan sehingga 10km dari persisir pantai Gaza serta menyediakan para nelayan dengan kapal-kapal nelayan dan muatan/kargo besar.
6- Menjadikan laluan Rafah sebagai laluan antarabangsa yang diselia oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), negara-negara Arab dan negara atas kerjasama.
7- Penandatanganan untuk gencatan senjata bagi tempoh 10 tahun serta menempatkan pengawal-pengawal antarabangsa di setiap sempadan.
8- Jaminan dari pihak Israel untuk tidak menceroboh ruang udara Palestin serta membenarkan mereka dari Gaza untuk menunaikan solat di Masjid Al-Aqsa.
9- Israel tidak dibenarkan masuk campur dalam urusan kerajaan Palestin mahupun dalam pembentukan kerajaan perpaduan Palestin.
10- Pembinaan semula kawasan-kawasan perindustrian di sempadan serta jaminan keselamatannya dan kemajuannya.
Sumber;
Jabatan Media Hamas
Jabatan Media Hamas
Terjemahan oleh;
Aman Palestin
Aman Palestin
Wednesday, July 16, 2014
:: CDM 25 anda sedang diperhatikan! ::
video yang tengah hangat diperkatakan.
dimanakah nilai kemanusiaan?
dimanakah ilmu menghormati orang tua yang kita belajar disekolah dahulu?
kalau mak bapak kita yang kena macam nih?
kalau ayah dia yang kena macam nih?
my p.ov eloknya van jenazah yang bergesel dengan dia masa hari kejadian.
pfttttttttttttttttt......!:: Biskut Raya by Syahoney Kitty ::
Alhamdulillah...sekali lagi semenjak 2008.
Perniagaan biskut raya ai diteruskan.....trimas to all customers.
Enjoy the cookies ye.....xoxo!
Perniagaan biskut raya ai diteruskan.....trimas to all customers.
Enjoy the cookies ye.....xoxo!
tarikan terbaru....Raibow Kitty
hehehehe
hehehehe
Monday, July 14, 2014
:: Resepi - Ayam Masak Ungkep ::
Ayam di potong kecil atau ikut suka saiz cenggane
*2 biji bawang besar
*3 ulas bawang putih
*1 inci halia
*1/2 inci lengkuas
*2 batang serai
*1 sudu besar ketumbar
*1/2 sudu besar jintan manis
*1/2 sudu besar jintan putih
Sedikit kunyit
3 sudu kecil garam
Cara-cara nak masak:
1. Blend semua bahan yang bertanda * (kalau ai...ai sangat suka lebihkan bawang ngan halia)
2. Setelah diblend, tuangkan bahan blend dalam mangkuk yg berisi ayam.
3. Masukkan sedikit kunyit dan garam
4. Perap sekejap dalam 15minit
5. Panaskan minyak dalam kuali.
6. Dah panas, masukkan ayam. Pastikan api dipasang kecil sahaja. Biarkan dan tutup kuali
7. Sekali sekala tengok2 la ayam tu untuk mengelakkan hangus. Kacau-kacau apa yang patut.
8. Kalau korang suka macam basah2 skit..tambah la air skit. Dah masak? Angkat....SIAP!

Friday, July 11, 2014
:: Kempen RM1 untuk Palestine ::
KEMPEN RM1.00...
CIMB Clicks tau kan?
MAYBANK2U tau kan?
Mohon transfer RM1 pun xpe....atau seberapa yg mampu....
CIMB Clicks tau kan?
MAYBANK2U tau kan?
Mohon transfer RM1 pun xpe....atau seberapa yg mampu....
RM1 jerr....RM1...RM1.00... RM1.00.....
KETAHUILAH.....
Gaza dibedil berterusan tanpa henti oleh rejim Zionis sejak Isnin malam. Jumlah kematian dan kecederaan semakin meningkat. Rumah-rumah dan bangunan sudah banyak yang musnah.
Atas rasa sikap bertanggungjawab, Aman Palestin telah melancarkan Tabung Kecemasan Gaza semalam dengan sasaran RM5 juta.
Adakah anda sanggup melabur jumlah yang besar untuk saham akhirat anda di sana kelak?
Ayuh berikan sumbangan anda sempena bulan Ramadhan ini melalui Aman Palestin. Usah bertangguh lagi kerana rejim Zionis tidak pernah menangguhkan hajat mereka memusnahkan bumi Gaza dan Palestin !!
----------
Akaun bank atas nama Aman Palestin Berhad ;
Bank Islam:12029010047880
Maybank: 562263010787
CIMB: 8600460353
Bank Muamalat:12070005133717
RHB Bank: 21245760004907
Bank Rakyat: 220806195922
(JOM SHARE KE SELURUH PELUSUK ALAM termasuk group whatsapp, telegram, wechat, etc)

Thursday, July 10, 2014
:: Doa Qunut Nazilah ::
1. Maksud Qunut Nazilah
Qunut (قنوت) memilik banyak makna, namun dalam hal ini, yang dimaksud adalah berdoa kala berdiri dalam shalat.
Nazilah (نازلة) artinya: Bencana yang sangat berat. Jamaknya adalah nawazil (نوازل)
Maka, yang dimaksud Qunut Nazilah secara umum adalah doa yang dipanjatkan saat berdiri dalam shalat apabila terjadi bencana bencana besar yang menimpa kaum muslimin secara masal. Seperti adanya pihak yang memerangi kaum muslimin, kelaparan masal, wabah penyakit atau sebagainya.
Qunut nazilah merupakan bentuk perhatian dan empati seorang muslim terhadap nasib yang menimpa saudara-saudaranya walau di kejauhan. Yaitu dalam bentuk memanjatkan doa kepada Allah Ta'ala. Di dalamnya terdapat ketergantungan kepada Allah dan persaudaraan terhadap sesama muslim.

Bacaan Qunut merujuk kepada doa yang dibaca di dalam solat pada tempat yang khusus sewaktu berdiri. Qunut Nazilah قنوت نازيله merupakan salah satu daripada tiga jenis qunut yang sunat dibaca mengikut Mazhab Syafii selain qunut dalam Solat Subuh dan qunut pada separuh malam kedua terakhir Ramadan dalam Solat Sunat Witir.
Qunut Nazilah sunat dibacakan ketika umat Islam didatangi bala bencana atau ditimpa musibah seperti peperangan, wabak, kemarau dan sebagainya. Bacaan Qunut Nazilah ini pernah dibacakan oleh Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam ketika kejadian pembunuhan beramai-ramai 60 orang penghafaz al-Quran selama sebulan berdasarkan hadis berikut yang bermaksud:
- Qunut ini boleh dibacakan pada tiap-tiap sembahyang fardhu jika kedatangan bala atau sebarang cubaan dari Allah SWT.
- Qunut ini dibacakan pada waktu iktidal selepas ruku’ pada rakaat terakhir.
- Sunat ditambah bacaan doa ini selepas bacaan qunut harian.
- Disunatkan kepada Imam untuk membacanya secara kuat dan diaminkan oleh makmum dalam solat yang berjemaah.
Qunut Nazilah sunah dilakukan apabila ada sebab-sebab yang melatabelakanginya. Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah berkata, "Qunut ini disunahkan ketika terjadi musibah besar. Pendapat ini merupakan pendapat ulama fiqih dari kalangan Ahli Hadits. Hal ini juga dinyatakan para Khulafa Rasyidin." (Majmu Fatawa, 23/108)“Sesungguhnya Nabi sallallahu`alaihiwasallam telah membaca doa qunut pada waktu selain dari Subuh ketika turunnya sewaktu pembunuhan sahabat-sahabatnya penghafaz-penghafaz al-Quran.”
-Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim-
2. Tatacara/Perlaksanaan Qunut Nazilah
Dari Abi Hurairah radhiyallahu `anhu beliau berkata: "Demi Allah, sesungguhnya aku akan mendekatkan kamu cara solat Rasulullah S.A.W. Maka Abu Hurairah melakukan qunut pada solat Zuhur, Isyak dan Subuh. Beliau mendoakan kebaikan untuk kaum mukminin dan memintakan laknat ke atas orang-orang kafir".
(Hadis riwayat Imam Bukhari)
Abu Hurairah radhiyallahu `anhu juga meriwayatkan bahawa sesungguhnya Nabi S.A.W tidak membaca qunut melainkan apabila beliau berdoa untuk kebaikan seseorang atau mendoakan kehancuran seseorang. Apabila baginda berkata: "sami'allahu liman hamidah" Baginda berkata “Rabbana lakalhamd dan Baginda S.A.W membaca doa”.
Diceritakan kepada kami Asim berkata, aku bertanya pada Anas bin Malik tentang qunut, lalu dia berkata sememangnya qunut itu ada. Aku berkata samada sebelum rukuk atau selepasnya, Anas berkata selepas rukuk. Aku berkata lagi, sesungguhnya seseorang telah mengkhabarkan kepadaku bahawa engkau memberitahunya sebelum rukuk. Anas berkata dia berdusta, sesungguhnya Rasulullah S.A.W membaca qunut selepas rukuk selama sebulan dan diperlihatkannya ketika mengutus satu kaum yang dikatakan mereka itu baik bacaannya seramai 70 orang kepada kaum musyrikin yang telah melakukan perjanjian dengan Rasulullah S.A.W.
(mengikut riwayat hadis yang lain, 70 orang al-qura’ yang diutuskan oleh Rasulullah tersebut telah dibunuh). Lalu baginda berqunut selama sebulan mendoakan kecelakaan ke atas mereka.(Hadis riwayat Imam Bukhari)
3. Lafaz dan Maksud Qunut Nazilah (Mari kita sama-sama berdoa...)
Ramadan Giveaway by WeLoveSusuIbu (Pengedar Shaklee Paling Popular)
Cara Join:
1-Follow blog http://welovesusuibu.blogspot.com
2-Letakkan pada bloglist anda
3-Letak tajuk entry 'Ramadan Giveaway by WeLoveSusuIbu (Pengedar Shaklee Paling Popular)'
4-Copy banner di atas, dan 'backlink' ke entry ini
5-Tinggalkan 'link' entry giveaway pada bahagian komen penganjur SINI
Apa Hadiah-hadiahnya?
1-Tempat Pertama: Voucher Tunai Zalora RM150
2-Tempat Kedua: Duit Raya RM40
3-Tempat Ketiga: Duit Raya RM20
Semua peserta akan terima 'Follow' dan dimasukkan ke dalam bloglist http://welovesusuibu.blogspot.com
Tarikh Giveaway:
29 Jun hingga 18 Julai 2014
Pemenang-pemenang akan diumumkan pada 21 Julai 2014
Wednesday, July 9, 2014
Tuesday, July 8, 2014
:: Review Kukis By JLO Gombak ::
Ok......ai nak bercerita dengan uolls. Tentang biskut choc chip (almond/walnut) yang sedap by Puan JLO a.k.a Jijie. Homemade cookies yang famous amos pun kalah. Sedap dan tak kedekut bahan!
Harga memang affordable. Disebabkan sedap sangat ai order sampai 8 balang!
So...kalau uolls berminat nak rasa/makan. Tempah je...beliau a full housewife so no worries about the delivery service. Yeah!
Harga memang affordable. Disebabkan sedap sangat ai order sampai 8 balang!
So...kalau uolls berminat nak rasa/makan. Tempah je...beliau a full housewife so no worries about the delivery service. Yeah!
RM25-50biji
Contact 0172000691
Monday, July 7, 2014
:: Review Mom's Couture By Suri ::
Salam Ramadhan,
Ai tak pasti samada korang pernah dengar atau tidak tentang "Mom's Couture By Suri" ni. Hari ni ai nak buat short review pasal butik ini.
Pertama kali ai berkenalan dengan butik ini di KL Sentral. Time tu ai berjumpa dengan Ida. Bertanyakan tentang nursing kurung. Ai tengok kualiti kain dan jahitannya memang cantik. Terus berkenan kat sepasang baju ibu anak nih.
Bila ditanya harga. Agak terkejut kerana harganya amatlah murah! Sebab seminggu sebelum tu ai ada bertanya sebuah butik untuk baju ibu dan anak...mahal Ya Rabbi! Bila Ida bagitau ai harga baju ibu dan anak ni hanya RM200, ai terperanjat gila!
Terus nak place order, tapi duit tak bawak pulak.
So Jumaat lepas tu ai pergi sekali lagi ke KL Sentral memandangkan tu hari terakhir booth derang kat sana. Ai jumpa Syuhada sebab Ida ke Melaka pula. And i place the order. Katanya lebih kurang 2 minggu. Oh ya, RM200 tu termasuk postage ya.
Tiba-tiba tak sampai 2 minggu baju dah sampai. Melonjak happy hati nih. My mom puji katanya cantik jahitan.
cute sangat baju Mimi
tak sabar nak pakai nih
So, kalau ibu-ibu yang nak cari nursing kurung,jubah dengan harga murah. Bolehlah tempah di "Mom's Couture By Suri". Tak menghampakan dan dijamin puas hati.
So.....i guess i will be a comeback customer. Trimas Ida & team!
Website MCBS
Facebook MCBS

Friday, July 4, 2014
:: Tanda-tanda disukai jin wanita ::
Salam Ramadhan semua,
Dah lama rasanya ai tak bercerita tentang kisah misteri kan? Asyik lupa nak taip je rasanya. Apa kata hari ni ai cerita sedikit tentang sebuah cerita. Tidak berlaku dalam family ai tetapi berlaku dengan family yang close jugak la ngan family ai.
Dalam 2 minggu lepas jugak kisah ni terjadi. Well, Aee ni merupakan best friend adik ai yang bongsu. Macam belangkas jugak la budak berdua ni. Pada satu petang ni waktu lepas je Azan Asar tetibe mak Aee datang rumah laung-laung nama adik ai yang last nih. Macam ada kecemasan je. Hurmmmmmmmmmmmmmm...
Rupa-rupanya Aee ni tetibe mengamuk tak tentu pasal. Dah kenapa? Setahu ai Aee ni seorang yang sangat-sangat cool dan soft spoken. Lawan mak? Memang bukan dia la. Atif (adik bongsu ai) balik rumah bercerita. Katanya dah la mengamuk, solat pun dah jadi lain macam. Ayah ai cakap jom bawak pegi jumpa anak murid Ustaz Ismail Kamus. Derang pun pergi la.
Sampai di sana, seorang Ustaz attend Aee. Mulakan rawatan.
Ustaz tu mula bertanya pada Aee, "Siapa kamu nih?"
Aee : *diam*
Ustaz : Kamu siapa?
Aee : Aee lah....hehehhehehe (lain macam pulak ketawa budak ni)
Ustaz : Itu nama dia...nama kamu?
Aee : Tak nak cakap!
Ustaz : Hurm...kamu asal mana?
Aee : Tak nak cakap!
UStaz : Ok. Kenapa kamu duduk dalam budak nih?
Aee : Dia baik, handsome
Ustaz : Jangan la ganggu dia. Lebih baik kamu balik tempat asal kamu.
Aee : Tak nak!
Lebih kurang gitu la conversationnya.
Rupa-rupanya Aee ni ada jin perempuan suka/duduk dekat dia. Jin ni kemungkinan dari Siam. Sebabnya 2 minggu sebelum kejadian ini. Aee ada ke Satun jalan-jalan. Ada sorang mak cik ni nak bagi satu barang dekat Aee tapi Aee tak nak ambik. Menurut ustaz tu...'barang' itu last-last 'dihantar' juga ke Aee.
So tak semena-mena Aee ni jadi mangsa keadaan. Dah lama jugak ai tak nampak Aee nih. Sekali sekala dengar jugak dia mengamuk-ngamuk dalam rumah. Dah la nak start belajar. Jadi macam ni pulak. Hopefully dia segera sembuh sebab dia masih lagi dalam rawatan.
Apabila seseorang manusia lelaki itu dicintai jin betina maka ia ada beberapa tanda:
1) Mempunyai sikap seperti wanita. Bagi lelaki yang mengalami keadaan ini sikap mereka akan menjadi seperti seorang wanita. Contohnya sangat beremosi seperti pemarah, cepat merajuk, cepat panik dan gelabah, pemalu, mudah putus asa dan sebagainya.
2) Sangat suka menyendiri dan tidak selesa berada dikhalayak ramai. Tanda yang boleh diperhatikan ialah apabila anda berada dikhalayak ramai tambah pula kalau anda menjadi tumpuan masyarakat ialah sekurang-kurangnya jari anda akan menggeletar. Kalau yang lebih teruk anda boleh jadi menggeletar seluruh badan dan menjadi sangat panik.
3) Suka mengelamun dan berkhayal perkara-perkara romantik. Contohnya anda selalu membayangkan yang anda sedang berasmara atau berkasih mesra dengan perempuan, tidak kiralah samada perempuan tersebut anda kenal atau tidak, perempuan yang anda pernah lihat atau perempuan yang anda cipta sendiri dalam bayangan anda.
4) Suka bersendirian ketika berjalan terutamanya pada waktu malam.
5) Suka duduk mengelamun bersendirian melayan perasaan di bawah bulan purnama.
6) Sering merasa sedih, gembira, sayu atau rindu pada seseorang, tetapi anda sendiri tidak tahu siapa orang tersebut.
7) Anda akan sangat mudah untuk jatuh cinta pada mana-mana wanita, tidak kiralah samada wanita yang baru atau pun telah lama kenal. Bahkan mereka yang telah dipikat oleh jin wanita juga akan mudah jatuh cinta pada wanita yang baru sekali dipandang. Dan perasaan cinta tersebut diikuti dengan rasa rindu yang teramat sangat.
8) Anda akan selalu didatangi oleh wanita samada yang anda kenali atau tidak. Wanita yang sama atau berganti-ganti akan datang pada anda ketika anda mula mahu melelapkan mata atau pun di tengah malam, dalam keadaan anda antara tidur dan jaga. Selepas didatangi apa sahaja kemungkinan boleh berlaku, samada sekadar bergurau senda, berasmara atau boleh jadi lebih dari itu.
9) Anda kemungkinan akan bermimpi didatangi dan berasmara dengan seorang wanita. Dan kalau sampai ke tahap di mana anda dan wanita itu melakukan persetubuhan, maka ianya sangat bahaya. Kerana ianya mungkin mimpi bagi anda tetapi baginya ia suatu perkara yang benar-benar berlaku. Akan menjadikan jin itu ketagih dan semakin sayang kepada anda. Dari situ jin tersebut akan terus menjaga anda dengan amat ketat.
Dan kalau ditakdirkan dari perhubungan itu terjadi anak, anda akan selalu termimpikan anak tersebut. Kalau dicuba untuk memutuskan hubungan tersebut, risikonya sangat tinggi kerana akan menyebabkan anda menghampiri atau menjadi gila. Atau anda akan melakukan sesuatu yang di luar jangkaan disebabkan oleh tekanan angin bisa ataupun dirasuk oleh perasaan jin itu sendiri.
10) Kalau melibatkan gangguan yang lebih teruk, jin tersebut akan menjelma dihadapan anda dalam bentuk manusia. Ketika ini anda akan merasakan bahawa betul-betul berhubungan dengannya di alam nyata. Dalam keadaan ini, mangsa akan lebih suka menyendiri untuk bersama kekasihnya dan akan dilihat bercakap seorang diri sedangkan pada pandangannya ada teman yang sedang berbicara dengannya.
11) Apabila anda bangun pagi anda dapat merasakan seolah-olah anda ditemani oleh seseorang dan anda juga dapat merasakan seperti yang menemani anda itu adalah seorang wanita.
12) Apabila anda bangun pagi anda merasakan bahawa pada malamnya ada melakukan persetubuhan dengan seseorang walaupun anda sedar bahawa anda tidur berseorangan.
13) Kemungkinan pada wajah anda akan ada aura dan cahaya kelembutan, kesan dari jin yang mencintai dan mendampingi anda. Masyarakat sekeliling akan menjadi lembut hati apabila memandang anda seolah-olah mereka sedang memandang seorang wanita cantik. Dan cahaya kelembutan itu akan bertukar kepada cahaya mendung apabila jin tersebut menjadi marah terutamanya disebabkan oleh amalan pendinding yang diamalkan mula memberikan kesan.
14) Sekiranya melibatkan gangguan yang lebih teruk, kemungkinan anda akan mengalami kerasukan atau kesurupan dimana anda dirasuk oleh jin betina yang telah jatuh cinta pada anda.
15) Anda juga akan dapat merasakan bahawa anda sedang diekori oleh seseorang ke mana sahaja anda pergi.
16) Orang lain juga akan perasan seolah-olah ada bayangan hitam atau seperti seorang wanita sedang menemani anda. Tetapi apabila menghampiri bayangan hitam atau kelibat wanita tidak kelihatan.
17) Sekiranya jin yang mencintai anda merupakan jin yang kuat sifat cemburunya, maka anda kemungkinan akan dihalang dari berkahwin kerana dia tidak mahu berkongsi kekasihnya dengan orang lain.
18) Sekiranya ditakdirkan anda berkahwin, maka ia akan cuba memporak perandakan rumah tangga anda. Anda dan isteri akan selalu bergaduh walaupun disebabkan perkara kecil. Ia akan cuba sedaya-upaya menjadikan anda dan isteri bercerai supaya anda hanya menjadi miliknya.
19) Nafsu anda juga akan menjadi tidak terkawal. Anda akan selalu menginginkannya tidak kira masa dan tanpa sebab yang munasabah. Dan tidak mustahil kalau jin betina itu menjadikan isteri anda terhalang untuk melaksanakan tugasnya supaya anda akan memuaskan nafsu anda dengan cara yang tidak elok. Dan kemungkinan juga ia antara faktor yang menyebabkan terjadinya keganasan seks, seperti merogol, terutamanya kalau jin tersebut kuat seks supaya ia boleh turut serta.
20) Kalau ditakdirkan anda mendapat anak, tak mustahil ia akan mendatangi anak tersebut seperti mana-mana cara yang dilakukan oleh anda ketika mendatangi anak anda, terutamanya kalau anak itu anak lelaki.

Thursday, July 3, 2014
:: Resepi Pakapau Daging ::
Ehem..ehem salam Ramadhan.
dah 4 hari kita berpuasa. Tapi sebelum terlupa ai nak berkongsi ngan uolls resepi simple untuk berbuka puasa. Ai jamin bukan takat simple sedap dan senang di masak oleh orang bujang, malah yang dah bekeluarga pun leh cuba resepi ni. Setiap kali Ramadhan ini adalah antara resepi/menu wajip.
Ai perkenalkan uolls dengan Pakapau Daging (ayam pun boleh)
Bahan-bahan :
1) Daging cincang
2) Kacang Panjang (hiris halus)
3) Cili Api (optional)
4) Cili Merah (hiris halus)
5) Minyak
6) Bawang Merah & Putih (tumbuk lumat)
Cara :
1) Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan merah tadi. Berapa banyak ikut suka hati atau ikut sesedap rasa biar telly ngan daging cincang
2) Lepas tumisan tadi nampak cantik, masukkan daging cincang. Gaul rata biar sampai daging tu hampir empuk.
3) Masukkan hirisan kacang dan cili. gaul rata dan biarkan daging serta bahan lain masak empuk.
4) leh masukkan sedikit garam atau minyak ikan.
5) Empuk? Dah masak la tu...sila angkat.
Simple? Memang simple dan sangat sedap.
Leh la cuba!

:: ZAKAT FITRAH 2014 ::
Perlis - RM 6,50
Kedah - RM 7.00
Pulau Pinang - RM 7.00
Perak - RM 7.00
Selangor - RM 7.00
Negeri Sembilan - RM 6.50
Melaka - RM 6.70
Johor - RM 5.00, RM 8.00
Pahang - RM 7.00
Terengganu - RM 4.50, RM 7.00, RM 7.60
Kelantan - RM 7.00
Sabah - RM 7.00
Sarawak - RM 7.00
WILAYAH PERSEKUTUAN
Kuala Lumpur - RM 7.00
Putrajaya - RM 7.00
Labuan - RM 7.00
Sedikit tambahan maklumat mengenai zakat fitrah
Waktu menunaikan zakat fitrah terbahagi kepada 5:
1. Waktu Wajib
Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
2. Waktu Paling Afdal
Sebelum sembahyang Hari Raya
3.Waktu Sunat
Sepanjang bulan Ramadhan
4.Waktu Makruh
Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal
5.Waktu Haram
Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.
Tuesday, July 1, 2014
:: Percutian Budget - Memandu ke Krabi Part 6 ::
Eh....mesti korang cakap cenggini kan?
Ada lagi? Tak habis2 lagi ke? Kalau nak diikutkan jujukan cerita memang belum habis sebab ai belum bercerita pasal p pulau dan perjalanan balik.
So now ai nak cut it short. Nak terus cerita pasal perjalanan balik, nanti pasal p pulau-pulau tu ai cerita lain kali je la. Hehehehhe
So, hari terakhir kami di AoNang kami tak buat apa-apa sangat. Just pergi bergambar kat sekitar kawasan AoNang dan makan tengahari.
The only k-Car dalam konvoi
Kami berhenti makan tengahari di sini katanya kedai ni famous di kalangan rakyat Malaysia sebab pernah feature dalam cerita Bikers Kental.
Muslim-Menu-Halal
geram dengan ketembaman budak nih
satay thai
awek ni dia amik order dia buat order..peramah jugak tapi tak tau cakap malay or english
Pearl Center, Krabi. Sempat lagi sementara tunggu ayah sakura pergi beli pasu bunga.
Berhenti isi minyak sebelum balik ke Malaysia.
Harap maklum ye harga minyak agak mahal kat sini.
sila tengok gambar di bawah untuk senarai harga minyak Thailand up to May 2014.
...dan sekali lagi KureSya terpaksa hadap highway nih!
ok....teruskan perjalanan.
Sewaktu perjalanan balik kami berhenti jugak la 4-5 kali untuk makan dan isi minyak.
Kali ni tak de langsung stop kat Hat Yai. Cuma berhenti makan di Dannok sebelum keluar border.
Kami bertolak dari AoNang jam 1230, sampai di Dannok lebih kurang 2030 macam tu la.
Makan-makan sambil try habiskan Bhat. Tapi tak berjaya habis. Simpan je la. Next time nak pegi lagi.
Sampai sahaja di border.
Ingat!
SEMUA penumpang sekali lagi kena turun dari kenderaan masing-masing.
Pergi ke kaunter imegresen untuk buat proses 'check out' yang sekejap je.
Sebab nak balik dah kan? So tak de banyak soal dah. Hehehehe.
Dah selesai cop dan white card di ambil....you can say sawadee dah balik la ke Malaysia semula.Dan ai nasihatkan untuk mereka yang memandu jauh contohnya mahu pulang ke KL mahupun terus ke arah selatan untuk berhenti rehat. Bukan setakat diri sendiri, malah kenderaan anda juga perlu rehat.
Bermalamlah di Penang or Perak. Penat ok.....
Pasti korang tertanya-tanya berapa RM ai habis sepanjang percutian ai di Hatyai-Krabi kan?
Jujur ai cakap kami sekeluarga berbelanja untuk perjalanan+minyak+tol+tempat tinggal+boat transfer for island hopping+makan+cenderahati+sewa motor adalah RM1340.
Puas hati ok.....perjalanan naik kereta tak sama macam perjalanan naik kapal terbang.
Pengalamannya berbeza...terlampau berbeza.Itu sahaja rasanya yang ai nak cerita pasal perjalanan kali ini.
Lain kali kita cerita pulau pulak.
So jangan takut-takut nak memandu ke Krabi. U can do it!kalau rasa macam ada soalan nak tanya, boleh email ai. s0undl4cks@gmail.com
See you and Ramadhan mubarak to all muslims!
Subscribe to:
Posts (Atom)
Top Post
-
Kat sini ai list down kan klinik/tempat yg tawarkan scan 3d/4d sekitar Malaysia. Maka dengan itu..call la dulu n tanya la macam2 sebelum ...
-
Dah lama rasanya tak menyumbangkan cerita...hahahhaha.. ingat tak cerita yang lepas pasal pintu bilik meeting dalam opis iolls tu? Haaa...
-
Dear Mimi, Ini adalah catatan mama buat mimi, manalah tau berguna kemudian hari nanti bila mimi pulak dah ada anak...hehhehehe Tanggal 1...
-
oh..sejak dua menjak ai..badan kadang2 rasa tak besh....rasa nak muntah tu pun ada lah jugak....dari segi nafsu nak makan....membuak2 macam...
-
Tarikh: Penolong Pengarah, Bhgn Nikah, Cerai dan Rujuk Pentadbiran Undang-undang Syariah Tingkat 3, Blok Perpustakaan Ko...