Thursday, January 30, 2020

:: Roadtrip Thailand - Koh Khao Ta Lo Baen Tae ::


Antara gambar yang memang ai suka dari roadtrip ai baru-baru nih....
Koh Khao Ta Lo Baen Tae

Nanti la ada mood dan masa menulis ai cerita ya!
Sementara tu layan gambar je la dulu¬




watermark

Monday, January 20, 2020

:: FAQ tentang Seller Online yang korang perlu tahu ::


FAQ tentang seller online. Apa yang uolls perlu tahu?

1. Adakah seller online ni sentiasa melekat dekat HP/computer/laptop 24 jam?
Jawapan : TIDAK! seller pun perlu mandi,makan,tidur, menguruskan keluarga atau diri sendiri.

2. Adakah kedai seller online ni TERBUKA 24jam macam 7-eleven?
Jawapan : TIDAK! Seller pun ada waktu rehat/break atau cuti (rajin-rajin la tengok atau baca notification atau status dalam FB/Instagram dan sebagainya)

3. Kenapa seller ni kadang-kadang postage pun caj lebih-lebih? Contoh caj postage sebenarnya RM8.50 tapi caj RM9-10?
Jawapan : Seller pergi ke pejabat pos atau tempat hantar barang tu biasanya pakai minyak motor atau kereta. Kadang-kadang naik public transport, rasanya tak salah kalau seller caj sikit untuk upah/duit minyak dia. Lagipun seller ni tak berkolobrasi dengan tokey stesen minyak atau syarikat prasarana untuk hantar barang yang dibeli.

4. Dah caj postage pembeli kena bayar, takkan la COD (Cash on delivery/mintak seller hantar kat lokasi pilihan pembeli) pun ada caj juga?
Jawapan : Minyak dengan tol tidak ada dalam subsidi seller online. Kalau nak "FREE" boleh datang ambil sendiri dari kedai/rumah seller.

5. Kenapa seller tak tolong track-kan sekali barang yang dipos dekat mana? Bukan tu tanggungjawab seller?
Jawapan : TIDAK itu bukan tanggungjawab seller. tanggungjawab seller ialah memastikan barang dibungkus dengan baik dan nombor tracking diberi kepada pembeli.

6. Kenapa ada seller yang cakap barang ena Pre-Order. Apa itu pre-order?
Jawapan : Pre-order tu adalah barangan yang seller perlu order terlebih dahulu kerana barang berkenaan tidak ada dalam simpanan seller.

7. Berapa lama nak tunggu barang pre-order nih?
Jawapan : Bergantung pada atau dari mana barang itu di order. Kalau dari luar negara barang berkenaan akan sampai kepada seller anda dari temphon 2 minggu ke 30 hari!

8. Dah kenapa lama sangat nak tunggu pre-order nih?
Jawapan : Seperti yang disebut sebelum ni bergantung dari negara mana barang itu asalnya di order. Kalau naik apal laut memang agak lewat sikit. Tapi kalau naik kapal terbang mungkin cepat, TAPI.....jangan marah kalau seller charge mahal sikit sebab barang naik kapal terbang MAHAL dik!!!!

9. Kenapa ada seller jual barang yang sama dengan seller lain tapi harga lain-lain?
Jawapan : Tidak ada harga siling untuk barang-barang ini semua kecuali seller anda meniaga awam, sayur atau barang yang memang kerajaan dah tetapkan harga siling-nya.

10. Jawapan tadi tak menjawap soalan no 9?
Jawapan : Ada seseparuh seller mungkin dapat harga yang tinggi sikit dari seller lain sewaktu dia membeli stok. Jadi pilihan ditangan anda.

p palang s : FAQ ini akan di update dari masa ke semasa kiranya terdapat sebarang pindaan atau soalan baru. Kalau nak share silakan (tapi bagilah kredit sikit).

Sekian, Trimas.





watermark

Top Post