Friday, May 31, 2013

:: Amalan Zikir Asmaul Husna (99 Nama-nama Allah) ::



First of all ai nak ucapkan trimas so much kat my bff, Robin sebab bagi ai kitab kecil yang penuh makna nih.....


 
Bismillahhirrahmaanirrahim

Bahawasanya Allah SWT mempunyai 99 nama. Barangsiapa yang menghafalnya nescaya akan dimasukkan ke dalam syurga (Hadis Riwayat Imam Bukhari)


Katakanlah: Serulah Allah atau serulah Ar-Rahman (yang Maha Pengasih). Dengan
nama yang mana saja kamu seru. Dia mempunyai Asmaul Husna (nama-nama yang baik).

Al-Isra': 110


Dialah Allah. Tiada tuhan melainkan Dia. Dia mempunyai asmaul husna. Thaha:8

Allah mempunyai asmaaul husna maka bermohonlah kepadaNya dengan menyebut asmaul
Husna. Al-A'raf:180


Apabila berzikir dengan nama-nama Allah hendaklah dibaca dengan dimulai dengan perkataan Yaa (Wahai). Contohnya: ar-Rahman menjadi Ya Rahman.

Allah:

Nama yang Maha Agung dan Mulia. Pemilik utama segala pujian. Di baca 5000x dengan khusyuk, tertib dan dengan kebersihan rohani untuk dekat dengan Allah setiap hari.

Ar Rahman (Maha Pengasih): 100x selesai solat 5 waktu, insyaAllah sesiapa yang membacanya akan menjadi seorang yang pengasih, terang hatinya dan tidak mudah menjadi pelupa.

Ar Rahim (Maha Penyayang): 100x setiap hari. InsyaAllah akan di jadikan orang tersebut penyayang dan di sayangi orang dan di beri kemudahan.

Al Malik (Maha Menguasai): 121x setiap hari selepas fajar, insyaAllah akan di kayakan Allah dengan bersebab atau dengan pintu yang di bukakan Allah.

Al Quddus (Maha Suci): 100x setiap hari setelah tergelincir matahari. InsyaAllah hari-harinya akan bersih dengan kesombongan, iri hati dan hasad dengki.

As Salaam (Maha Sejahtera): 160x setiap hari, insyaAllah penyakit yang di deritai akan sembuh atau bila di bacakan kepada pesakit akan sembuh selagi belum sampai ajal.

Al Mu'min (Maha Pemelihara Keamanan): 136x setiap hari insyaAllah akan aman diri dan hartanya daripada kejahatan.

Al Muhaimin (Maha Menjaga): Sebanyak-bayaknye setiap hari, insyaAllah akan sentiasa di awasi Allah dan di bersihkan zahir & batinnya. Juga bercahaya hatinya.

Al Aziz (Maha Mulia): 40x setiap hari selesai solat subuh selama 40 hari, insyaAllah akan di kurniakan Allah kekayaan dan di muliakan oleh Allah. Tidak akan dia mengharap atau berhajat sesuatu selain daripada Allah.

Al Jabbar (Maha Perkasa): 226x setiap pagi dan petang, insyaAllah tidak berdaya orang yang memusuhi untuk menganiayakannya. Akan tunduk mereka semua dengan pertolongan Allah.

Al Mutakabbir ( Maha Megah): 662x setiap hari, insyaAllah akan terlindung daripada musuh dan tunduk orang yang takabbur. Jika di baca saat bersama isteri, insyaAllah akan di kurniakan anak yang soleh dan sihat.

Al Khaliq (Maha Pencipta): 5000x insyaAllah akan di temui harta, kekasih atau keluarga yang hilang. Jika di baca di waktu malam Allah akan mengirimkan malaikat untuk membantu menempuh hidup di atas jalan yang benar.

Al Bari (Maha Membebaskan): 100x pada siang hari, insyaAllah akan terhindar dan selamat dari kesulitan dan kebinasaan.

Al Musawwir (Maha Pembentuk): 336x, insyaAllah segala perbuatan dan pekerjaannya akan menjadi baik.

Al Ghaffur (Maha Pengampun): 100x dalam keadaan menunggu solat Jumaat di dalam Masjid; dosa-dosa yang terdahulu akak diampun kan Allah SWT, insyaAllah.

Al-Qahhar (Maha Pemaksa/Maha Menguasai): Di baca setiap malam secara terus-menerus sebanyak-banyaknya; insyaAllah akan mendapat ketenangan batin dan bebas daripada kehidupan yang sukar.

Al-Wahhab (Maha Pemberi): 300x setiap hari atau selepas selesai solat 5 waktu; insyaAllah akan dan mendapat kekayaan, kehebatan dan kebesaran.

Ar-Razzaq (Maha Pemberi Rezeki): Baca berulang-ulang kali insyaAllah segala usaha kita akan berjalan lancar serta sentiasa dikurniakan rezeki yang mencukupi.

Al-Fattah (Maha Membebaskan/ Maha Membukakan): di baca 71x setiap selesai fardhu subuh sambil meletakkan tangan di atas dada; insyaAllah akan bercahaya hatinya dan dipermudahkan segala urusannya.

Al-Alim (Maha Mengetahui): 100x sesudah solat 5 waktu, insyaAllah akan memperoleh ilmu ma'rifat dan kasyaf serta iman yang sempurna.

Al-Qabid (Maha Penggenggam): Sebanyak-banyaknya; insyaAllah akan terlepas daripada ancaman jahat.

Al-Basit (Maha Meluaskan): Baca 10x setelah solat Dhuha, insyaAllah akan dikurniakan rezeki yang tidak putus-putus dan di luaskan ilmunya.

Al-Khafid (Maha Mnejatuhkan): 500x dengan khusyukk dan tawadhuk; insyaAllah akan terlindung daripadanya perbuatan dan maksud jahat serta di kabulkan hajatnya.

Ar-Rafi' (Maha Meninggikan): 100x setiap hari, insyaAllah akan ditinggikan darjatnya oleh Allah SWT.

Al-Muiz (Maha Memuliakan): 140x seepas solat isya' setiap Isnin dan Jumaat, insyaAllah akan dipandang mulia oleh orang.

Al-Muzill (Maha Menghinakan): 75x , akan dijauhkan Allah SWT daripada bahaya orang-orang yang berbuat jahat dan memudaratkan.

As-Sami' (Maha Mendengar): 100x setiap khamis setelah selesai solat zuhur tanpa pengetahuan orang lain akan termakbul doanya, insyaAllah.

Al-Basir (Maha Melihat): 100x sebelum solat Jumaat; Allah akan membuka hati dan fikirannya, insyaAllah.

Al-Hakam (Maha Menetapkan hokum): Dibaca sebanyak-banyaknya selepas tengah malam, insyaAllah akan dikurniakan ilmu rahsia dan hikmah agama.

Al-'Adl (Maha Adil): 104x setiap selesai solat 5 waktu; insyaAllah akan dikurniakan Allah sifat yang adil dan diperlukan pula untuk mengadili orang lain.

Al-Latif (Maha Penyantun / Maha Lemah-Lembut): 133x setiap hari, insyaAllah akan di peroleh taufiq dan hidayah daripada Allah SWT. Akan berhasil dalam perniagaan dan sentiasa dilimpahi rezeki.

Al-Khabir (Maha Bijaksana): Zikir sebanyak-banyaknya; insyaAllah akan berhenti dari segala tabiat buruknya dan akan terhindar dari perbuatan khianat orang-orang zalim.

Al-Halim (Maha Penyantun/ Maha Penyabar): 88x setiapkali selesai solat sunat fardhu; insyaAllah akan kekal berpangkat kedudukannya dan akan bertambah baik kedudukannya, insyaAllah.

Al-'Azim (Maha Agung): 7000x setiap hari dan setiap malam selama sebulan: insyaAllah akan naik darjatnyadan memperoleh kelebihan dan kesenangan yang banyak dalam kehidupan dunia.

Al-Ghafur (Maha Pengampun): Zikir sebyanyak-banyaknya setiap malam: insyaAllah akan dilenyapkan segala kesukarannya dan diampunkan dosa bagi mereka yang bertaubat.

As-Syakur (Maha Mensyukuri): Zikir sebanyak-banyaknya; insyaAllah akan di jernihkan hatinya dan disembuhkan penyakit yang di alaminya.

Al'Aliy (Maha Tinggi): Zikirlajh sebanyak-banyaknya; insyaAllah akan terbela nasib mereka yang membaca nya dan terarah matlamat hidupnya dan jika sedang mengembara akan selamat sampai ke destinasinya, insyaAllah.

Al-Kabir (Maha Besar) : 100x setiap selesai solat fardhu,; insyaAllah akan dibukakan Allah pintu makrifat baginya. Jika ia berhutang insyaALlah akan berkemampuan melunaskan hutangnya.

Al-Hafiz (Maha Memelihara): 16x setiap hari: insyaAllah akan terselamat daripada malapetaka.

Al-Muqit (Maha Mencukupkan): bacalah sebanyak-banyaknya kedalam segelas air dan diberi minum kepada anak yang buruk perangainya; insyaAllah akan berubah perangai anak itu kepada baik.

Al-Hasib (Maha Menghisab): Zikir setiap hari: insyaAllah akn terhindar daripada bahaya dan bebas daripada rasa takut.

Al-Jalil (Maha Luhur): 75x setiap pagi `kira-kira 2.30 pagi setiap hari; insyaAllah usahanya dan kedudukannya akan meningkat dengan tidak diduga.

Al-Karim (Maha Pemurah): 280x setiap kali hendak tidur, insyaAllah akan lapang reqzekinya dan mendapat kemuliaan dan kehormatan dalam hidupnya.

Ar-Raqib (Maha Mengawasi): 50x dengan niat agar Allah memelihara hartanya; insyaAllah akan terpeliharalah.

Al-Mujib (Maha Mengabulkan): 55x setiap selesai solat subuh; insyaAllah akan di kabulkan permohonannya oleh Allah SWT.

Al-Wasi' (Maha Luas): 127x setiap hari; insyaAllah akan di anugerahkan Allah SWT kehidupan yang mencukupi serta jalan keluar daripada segala kesempitan hidup.

Al-Hakim (Maha Bijaksana): Biasakan zikir ini setiap hari; insyaAlllahtidak akan mengalami kesukaran dalam menjalankan segala tugas dan pekerjaannya.

Al-Wadud (Maha Mencintai): 1000x setiap hari; insyaAllah akan diperbaiki segala urusan dunia dan di akhirat.

Al-Majid (Maha Mulia): 99x setiap hari selepas solat subuh dan kemudian ditiupkan ke telapak tangan dan di sapukan ke mukanya; insyaALlah akan dapat kemuliaan dan kasih saying dari keluarganya.

Al-Ba'its (Maha Membangkitkan): 100x sebelum tidur dengan meletakkan kedua-dua tangan di atas dadanya; insyaAllah akan diterangkan hatinya dan di beri ilmu hikmat dan makrifat.

As-Syahid (Maha Menyaksikan): 319x setiap malam; insyaAllah akan meninggalkan segala perbuatan tidak baik dan akan kembali ke jalan yang benar.

Al-Haqq (Maha Haq/Maha Benar): Zikirlah setiap hari; insyaAllah akan tetap hatinya dan keimanannya kepada Allah SWT.

Al-Wakil (Maha Memelihara): 1000x; insyaAllah akan Allah redakan hujan lebat yang berbadaikan taufan dan akan pula dibukakan pintu rezeki oleh Allah.

Al-Qawi (Maha Kuat): Bacalah Yaa Qawiyyul Matiin 1000x setiap malam; insyaAllah akan kembali bertenaga seperti yang di perlukan bagi mereka yang lemah jasmani dan rohani.

Al-Matiin (Maha Kukuh): Sebanyak-banyaknya dengan hati yang ikhlas dan rendah diri; insyaAllah akan lenyap segala kesulitan yang di hadapi.

Al-Waliyy (Maha Melindungi): 1000x pada malam Jumaat, insyaAllah alan diberi Allah satu wilayah dan apabila dihisab di padang mahsyar akan di hisab dengan cara yang amat mudah.

Al-Hamid (Maha Terpuji): 100x setiap kali selepas solat 5 waktu; insyaAllah akan terhindar daripada tabiat buruk akan akan menjadi orang yang soleh.

Al-Muhsi (Maha Menghitung): 1000x, insyaAllah akan mendapat kemudahanpada hari perhitungan nanti.

Al-Mubdiyy (Maha Memulai): setiap hari dengan hati yang khusyuk; insyaAllah akan di jernihkan hati dan fikirannya.

Al-Mu'id (Maha Mengembalikan): Zikir sebanyak 124x sebeum mengerjakan solat 5 waktu; insyaAllah barang yang hilang akan di jumpai kembali.

Al-Muhyi (Maha Menghidupkan): 68x setiap selesai solat 5 waktu; insyaAllah akan terkeluar dari badannya segala jenis penyakit.

Al-Mumit (Maha Mematikan): Zikir sebanyak-banyaknya sebelum tidur; insyaAllah sesiapa yang tiada kekuatan melawan nafsunya akan berupaya mengawal nafsunya.

Al-Hayy (Maha Hidup): Zikirlah sebanyak-banyaknya; insyaAllah akan diberi hati yang terang dengan cahaya tauhid dan iman. Akan terhindar daripada sifat keji dan mungkar.

Al-Qayyum (Maha Tegak/Berdiri dengan SendiriNya): Zikirlah Yaa Hayyu Yaa Qayyum sebanyak 1000x setiap hari; insyaAllah hartanya akan bertambah, di turuti orang perkataannya, dikasihi dia oleh semua dan ditinggikan martabatnya.

Al-Wajid (Maha Mengadakan): Di bacakan sebanyak-banyaknya setiap hari; insyaAllah akan Allah kurniakan kekayaan batin dan kemantapan jiwa.

Al-Majid (Maha Luas Kemuliaan): 400x setiap hari; insyaAllah di jernihkan hati & fikirannya.

Al-Wahid (Maha Esa): zikir secara berulang-ulang kali di tempat sunyi; insyaAllah akan bebas daripada ketakutan.

As-Samad (Maha Diperlukan): 313x dalam waktu 3 hari dan disertai dengan puasa 3 hari juga; insyaAllah akan di kabulkan hajatnya.

Al-Qadir (Maha Kuasa): Di baca sebanyak 305x setiap hari; insyaAllah akan tercapai segala maksud serta hajatnya dan tercapai cita-citanya.

Al-Muqtadir (Maha Menentukan): 20x setiap kali bangun tidur; insyaAllah di permudahkan segala urusan dan pekerjaannya.

Al-Muqaddim (Maha Mendahulukan): 124x setiap hari; insyaAllah akan maju di dalam apa yang di usahakannya.

Al-Muakhir (Maha Mengakhirkan): 100x setiap hari; akan mendapat rahmat dan redha Allah dan di terima taubatnya; insyaAllah.

Al-Awwal (Maha Awal): 40x setiap hari selama 40 hari; insyaAllah akan di kurniakan anak lelaki. Jika di baca sebanyak 1000x selama 40 hari ; insyaAllah akan di mudahkan hidupnya.

Al-Akhir (Maha Akhir): 200x setiap selesai solat 5 waktu dan di amalkan selama sebulan ; insyaAllah akan dibukakan pintu rezeki yang halal baginya oleh Allah.

Az-Zahir (Maha Nyata): Zikir Ya Zahir sebanyak 1106x setiap selesai solat 5 waktu dan di amalkan selama sebulan; insyaAllah akan di terangi hatinya dan di buka rahsia dari ilmu yang sukar.

Al-Batin (Maha Tersembunyi): 300x setiap selesai solat 5 waktu; insyaAllah akan di bukakan kepadanya keberanian yang sejati.

Al-Waliyy (Maha Menguasai): 10,000x pada waktu siang dan 10,000x pada waktu malam insyaAllah akan di bukakan pintu makrifat baginya; insyaAllah.

Al-Muta'ali (Maha Suci/Terpelihara): 541x setiap hari; insyaAllah akan mendapat hasil yang baik dan di tinggikan martabatnya.

Al-Barr (Maha Dermawan): Di baca 7x kepada anak yang baru lahir; insyaALlah akan terlindung anak tersebut daripada bahaya sehingga akil baligh.

At-Tawwab (Maha Penerima Taubat): Sebanyak mungkin; insyaAllah akan di permudahkan untuk kembali ke jalan yang benar dan di redhai.

Al-Muttaqim (Maha Menyeksa): Zikir sebanyak 690x setiap kali selesai solat 5 waktu atau 6900x pada waktu malam; insyaAllah akan mendapat pertolongan untuk mengalahkan musuh.

Al-'Aff (Maha Pemaaf): Baca sebanyak-banyaknya; insyaAllah akan di ampunkan dosanya.

Ar-Rauf (Maha Mengasihani): Sesispa yang selalu membaca doa ini akan di kasihi Allah SWT. Akan di limpahi rahmat dan tidak pula dia sengsara di dalam hidupnya.

Al-Malikul Mulk (Maha Menguasai Kerajaan): Zikir sebanyak 212x atau lebih setiap hari; insyaAllah akan di anugerahkan harta dan kekayaan kepadanya.

Dzul Jalaali wal Ikram (Maha Memiliki Kebesaran dan Kemuliaan): Baca sebanyak 1065x setiap hari selama sebulan maka Alllah akan memakbulkan hajat dan doanya.

Al-Muqsit (Maha Mengadili): Di baca sebanyak 700x dengan niat; insyaAllah di kabulkan niatnya.

Al-Jami' (Maha Mengumpulkan): Baca sebanyak-banyaknya; insyaAllah akan jumpa barang yang hilang dan keluarga yang jauh akan di ketemukan semula.

Al-Ghani (Maha Kaya): Di baca sebanyak 1007x setiap hari; insyaAllah akan di anugerahkan kepadanya kekayaan zahir & batin dan juga di permudahkan jalan hidupnya.

Al-Mughni (Maha Mengkayakan): Zikir sebanyak 1,000x; insyaAllah akan menjadi kaya dengan kurnia Allah.

Al-Mani' (Maha Menolak/Melarang): Baca sebanyak 164x sebelum solat subuh; insyaAllah akan di kurniakan kehidupan kekeluargaan yang baik dan terhindar daripada kezaliman.

Ad-Dharr (Maha Memudharatkan): 1001xsetiap hari ; insyaAllah akan sembuh daripada penyakit yang telah lama tidak dapat di sembuhkan.

An-Nafi' (Maha Pemberi Manfaat): setiap hari sebyak-banyaknya: insyaAllah segala penyakit dan kesusahannya akan hilang.

An-Nur (Maha Bercahaya): sebanyak 256x setiap hari; insyaAllah akan terang hati nurani dan jiwanya untuk makrifat kepada Allah SWT.

Al-Hadi (Maha Pemberi Petunjuk): Sesiapa yang selalu menyebut asma' ini; insyaAllah akan memperoleh ilmu kerohanian.

Al-Badi' (Maha Pencipta Yang Baru): Di baca yaa Badi' as Samawaati wal Ardh sebanyak 70x; insyaAllah akan bebas dia dari sebarang kesulitan.

Al-Baqi (Maha Kekal): 1000x; insyaAllah akan hilang segala dukacitanya dan kemudharatan.

Al-Warith (Maha Mewarisi): 707x setiap malam; insyaAllah akan memperoleh kejayaan di dalam bidang kehidupan yang di ceburi.

Ar-Rashid (Maha Pemberi Petunjuk): zikir sebanyak 1000x antara Maghrib dan Isya'; insyaAllah segala kesusahan dan kepayahannya akan hilang.

As-Sabur (Maha Penyabar): Zikirlah sebanyak 3000x; insyaAllah akan hilanglah penderitaan dan kesusahan yang sedang di hadapi.



Thursday, May 30, 2013

:: Misteri - Pintu Gerbang Halimunan di Lebuhraya Tanjung Malim ::


Dah lama tak bercerita misteri dengan korang. Meh ai nak cerita misteri pendek ngan uolls. Kejadian terjadi bulan April 2013. Waktu ni kami nak balik KL dari Perda.

Tempat kejadian Lebuhraya Utara-Selatan arah Kuala Lumpur sekitar radius Tanjung Malim. Waktu dalam kul 2300. Mimi tido ai ngah tahan mata meneman Incik Pinky, hujan rintik-rintik air bergelombang. Kenderaan kami adalah KureSya.




Tetibe Incik Pink jerit "Honey...honey...nampak tak? nampak tak?"
"Nampak menda?"
"Tu haaaaaaaaaaaa....besarnya pintu gerbang nih!!!"
Mamun ke hape laki ai nih?
"Mana ada pintu gerbang kat sini...hutan sokmo D oii!"
"Erk...dah tu apa yang D nampak tu?"
Aku terus kumat-kamit baca Ayat Qursi segala 4Qul.
Suh Incik Pinky Azan dan minum air. Last-last dia berenti tepi sebab termenggeletar tak tau dia nampak apa sebentar tadi.

Sampai kat rumah terus bercerita kat ayah. Ayah cakap..."tempat tu lagi, dah la lain kali jangan balik malam-malam sangat bawak anak kecik sama"

Ok tu je cerita tak seram ai. Sekian! Hahahahhaa

p palang s: PLUS ada buat projek pintu gerbang halimunan ke ek?



Wednesday, May 29, 2013

:: 2006 Memory - X-Xfresh FM Blog-A-Thon Winner ::


Godek punya godek punya godek hard disc lama terjumpa screen capture nih...
It was back in 2006
Tanggal 24/02/2006 kalau tak silap....

trimas xfresh fm (now xFM) kerana menyokong diri ini.

...dan hatiku terus kental berblog hingga kini.
Rasanya ai start blogging dari tahun 2002 kot...tak ingat la..
trimas BLOGDRIVE sebab kenalkan diriku dengan dunia blog...Sekian!


Tuesday, May 28, 2013

:: Segmen Nabeel Fikree Mencari Bloglist #2 ::







Nabeel Fikree sedang mencari bloglist untuk bulan Jun dan Julai iaitu pencarian bermula dari 26 Mei 2013 dan berakhir pada jam 11:59 malam 30 Mei 2013 nanti. 20 orang yang bertuah akan dimasukkan ke dalam bloglist Nabeel Fikree bermula 1 Jun nanti.


Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog NabeelStories.com.
  2. Buat satu entri bertajuk Segmen Nabeel Fikree Mencari Bloglist #2
  3. Sila copy code yang telah disediakan dan paste pada ruangan HTML entry
  4. Tinggalkan link entry pada ENTRY INI sahaja

Harap segmen ni mendapat sambutan.

Jumlah peserta yang akan di pilih untuk masuk ke dalam bloglist bergantung kepada penyertaan anda.





.



Monday, May 27, 2013

:: Al-Fatihah buat Arwah Nurul Fateha Binti Mohamed - Blogger Bride 2013 ::


Assalamualaikum semua...

Arwah adalah seorang Blogger Bride 2013.
Arwah meninggal duania akibat sakit buah pinggang.
Kepada mana-mana pihak yang ingin bersedekah, bolehlah refer to the below details :


Maybank 102064028715
Mohd Aizal bin Taman
013-6811641 (suami arwah)


TIA uolls. Semoga rohnya tenang di sana.


Al-fatihah buat Nurul Fateha Mohamed..semoga kamu tenang di sana...amin.




Tuesday, May 21, 2013

:: Petua/Pantang Larang Demam Campak Halus ::


Dear Mimi,
Ini adalah catatan mama buat mimi, manalah tau berguna kemudian hari nanti bila mimi pulak dah ada anak...hehhehehe

Tanggal 17/05/2013 badan Mimi macam dedar sikit, kejap panas macam demam kejap macam normal lepas tu panas balik. Mama ingat demam biasa, so mama pun bagi la makan ubat demam & lap-lap badan mimi dengan air sejuk.

Esoknya bila mama nak mandikan mimi, mama pelik sebab badan mimi merah-merah macam naik ruam. Mama terus tunjuk kat nenek...nenek cakap 'Eh....mimi kena demam campak halus ni!' sungguh konfident nenekmu wahai mimi...sangat konfident. Mama pun tanya la kat nenek. "La...mana mak tau ni demam campak halus, tah-tah ruam tak?"
Nenek dengan konfident jawap lagik..."Meh bawak dia kat cerah sikit..."
Dalam keadaan mimi yang comel tak berbaju tu, nenek inspection mimi.."Haaa...tengok nih...dah sampai ke betis dah..takkan ruam habis satu badan, ni demam campak halus nih...." sekali lagi guru pencen tu menegaskan kata-katanya. Ewahhhh!!!!

So Mama pun redha je la..Mimi kena demam campak pada usia mimi tak sampai 10 bulan.

Nenek pun mula la mengeluarkan segala jenis ilmu di dadanya serta cerita pengalaman mama,pak ngah,maklang,pak chik & pok cu bila zaman kami terkena demam campak halus nih.

Mula-mula nenek kata :

[1] "Jangan duduk kat dapur time orang tengah memasak...tak elok"
[2] "Beli air kelapa ORI..hari2 mesti beli kelapa baru or beli je banyak2 buat stok..sehari mesti sebijik kelapa fresh, untuk buat mandi, minum and campur dengan bedak sejuk"
[3] "Disebabkan masih lagi breastfeed, sila elak makanan yang boleh menyumbang kepada keGATALAN. No Ayam No Telur!"
[4] "Jangan pakaikan Mimi dengan baju yang tebal2..baju lubang sudah..nanti berpeluh bertambah gatal"
[5] "Cari daun semambu..untuk buat lapik tidur & mandi"
[6] "Jangan bagi kena hujan! Nanti bentan!"


Fuh!!!! Mencabar jugak bila mimi terkena demam campak halus nih.
Tapi Mimi demam semalam sahaja. Esoknya dah sihat wal'afiat tak de demam, tak de selsema ataupun batuk. Selebihnya AKTIF macam biasa.


So, kepada semua mak/mama/mommy/umi/bonda kat luar sana....kalau anak diserang demam campak halus jangan panik ye...meh la amalkan petua-petua serta pantang larang yang ada ni...


ni la rupa daun semambu/bambu tu






Thursday, May 16, 2013

:: Gigi Pertama Si Comel Kita! ::



Melihat gigi pertama bayi merupakan saat yang menggembirakan. Namun untuk menjaga giginya itu perlu dilakukan sejak kecil lagi. Percaya atau tidak, itulah hakikat yang mesti anda akui bahawa gigi mula terbentuk sejak bayi berusia beberapa bulan.

Kebanyakan bayi mulai tumbuh gigi sekitar usia enam bulan. Malah ada juga sesetengah bayi mulai tumbuh gigi pada usia 4 bulan dan ada juga yang tumbuh gigi pertama selepas berumur 1 tahun. Manakala dalam sesetengah kes, ada bayi yang dilahirkan sudah mempunyai gigi. Ia dikenali sebagai gigi neonatal. Gigi ini telah tumbuh dan hadir dalam mulut bayi semasa bayi dilahirkan. Ia amat jarang berlaku.

Reaksi
Apabila gigi susu tumbuh, jangan hairan jika anak anda menunjukkan perubahan sikap. Antara perubahan sikap atau reaksi yang biasa ialah :

Kegatalan Gusi
Ini boleh dikurangkan dengan memberi teether atau tuala sejuk untuk digigit agar bayi lebih selesa.

Gusi Sakit
Ini boleh dilihat dengan gusi kelihatan berwarna merah dan terasa panas. Bayi juga mungkin banyak merengek dan menangis kerana tidak selesa.

Demam
Ada juga bayi yang mungkin demam setiap kali tumbuh gigi. Ini boleh diatasi dengan memberikan bayi ubat tahan sakit seperti paracetamol. Namun pastikan dos yang diberi betul dan tidak melebihi had maksimum dalam sehari.

Kurang Makan
Selera makan bayi juga akan kurang. Jika bayi tidak mahu makan, pastikan dia mendapat cukup cecair. Berikan lebih susu dan air.

Atasi Masalah Ketika Tumbuh Gigi
1.Cuba memberinya sesuatu yang keras untuk di kunyah, seperti kepingan keju atau lobak merah atau gegelang gigi pertama yang sejuk. Jangan tinggalkan anak anda seorang diri ketika dia sedang mengunyah bedan keras, dikhuatiri jika ia tercekik.
2.Jika gusi bayi merah dan bengkak, urut lembut dengan jari anda atau ketulan kecil ais (tapi awas, bayi boleh mendapat frost bite). Cuba gunakan sedikit gel theeting bebas gula.
3.Jika si manja kelihatan sakit ketika tumbuh gigi, cecair paracetamol boleh membantu. Berikan mengikut nasihat doktor. Jangan berikan aspirin untuk kanak-kanak di bawah usia 12 tahun.
4.Dakap dan tenangkannya. Dukung dan bawanya berjalan-jalan atau bersiar-siar dengan kereta.
5. Sekali sekala bawa dia mengunjungi doktor gigi. Doktor gigi akan memberikan nasihat yang betul bagaimana untuk menjaga gigi pertama.
Penjagaan Gigi Dengan Berus Gigi Yang Lembut
Setelah gigi tumbuh, gigi perlu dibersihkan sekurang-kurangnya dua kali sehari. Gunakan tuala basah yang lembut untuk membersihkan gigi. Terdapat juga berus gigi bayi yang lembut di pasaran. Bayi yang kecil tidak tahu meludah jadi penggunaan ubat gigi tidak perlu untuk bayi pada umur begini.

Masalah Gigi
Menyentuh masalah pergigian yang serius boleh dialami oleh kanak-kanak ialah karies rampan (rampant caries). Keadaan ini adalah di mana gigi kanak-kanak menjadi reput dan hancur dan akhirnya tinggal tunggul-tunggul sahaja. Keadaan ini menyebabkan kanak-kanak sentiasa sakit gigi akibat infeksi dari gigi dan gusi. Ia diakibatkan oleh kehadiran gula dari susu, susu formula dan jus yang sentiasa bertakung dalam mulut bayi untuk masa yang lama.

Juga berlaku apabila bayi tidur dengan botol susu dalam mulut semalaman atau penggunaan botol susu untuk jangka masa yang lama sepanjang hari. Tindak balas bakteria dalam mulut terhadap gula ini akan menyebabkan kerosakan gigi berlaku

Jika merujuk kepada masalah nursing bottle caries ini lebih ketara selepas bayi berusia tahun. Jadi langkah-langkah pencegahan mesti diambil awal iaitu sejurus selepas gigi tumbuh.

Sementara itu amalan pemakanan sihat perlu diamalkan. Berikan makanan yang seimbang. Lebihkan pemberian buah-buahan dan sayur-sayuran untuk pembentukan tulang, gigi dan kulit yang sihat. Elakkan dari memberikan bayi sebarang makanan yang manis pada umur semuda ini. Jangan lupa bahawa bayi dan kanak-kanak gemar meniru gelagat ibu bapa. Jadikan proses pembersihan gigi satu aktiviti yang dibuat bersama.
** Mimi masa nak tumbuh gigi meleleh2 air liur n suka sangat menyembur n gigit semua benda termasuk mama dia....
p palang s : trimas pa & ma

Tuesday, May 14, 2013

:: Review - Today Publishing Mom & Baby Expo May 2013 ::

What : Mom & Baby Expo
When : 10 - 12 May 2013. 
Where : Midvalley ExhibitionCentre Hall 1, 2 & 3. 
Time : 10am - 10pm

ai pegi 2 kali ok! hahahahahaha



Antara yang menarik adalah pembelian diapers secara pukal!


Harga petpet tak la begitu menerujukan sebab kalau nak ikut if time JJ or Giant tengah sale satu bag leh jatuh RM31.00 size besar.
Harga Huggies Murah tapi disebabkan stock huggies mimi ada lagi ai pun membeli Whoopee untuk kegunaan kat rumah pengasuh nanti...

Selain dari harga runtuh diaper, Auntumz jugak menawarkan harga runtuh untuk produck derang especially Nursing Bra, serendah RM20! Yang RM 20 tu yang style sports bra tu ye.yang lain semua dari RM22-28 gitu. Di situ ai telah menghabiskan beberapa ratus ringgit heh!








Dengan jayanya juga ai telah menghabiskan funding di NUK, Fiffy dan Pigeon!
Pureen?! Tak payah la....beratur je dah beratus2 orang...gila berlengkor2 quenya oi!! tak sanggup mak cikkkkk..HAI!




BabyLove jugak tak kurang hebat ngan harga tawaran derang.




Stroller World pun sama.
Kalau korang pandai cari dan lihat dan sanggup stay lama2 korang memang leh cari romper yang sangat murah..semurah RM10!




Carter's set pun paling murah yang i jumpa RM35 (tapi kawan ai cakap kat kuantan dia beli RM25 je set yang sama)





p palang s : sila la berjimat cermat dan belilah dengan bijak



borongan hari ke-2



So leh diringkaskan cerita kali ni punya MBE boleh tahan jugak la hebatnya...tu je la kot...so see u in the next expo kat PWTC!
daaaaa




Mother, Baby & Kids Expo
Date: 31 May 2013 - 02 June 2013
Venue : Tun Razak Hall 2
Organiser : EG Group (M) Sdn Bhd

Friday, May 10, 2013

:: Live from Today Publishing Mom & Baby Expo 2013 ::

What : Mom & Baby Expo
When : 10 - 12 May 2013. 
Where : Midvalley ExhibitionCentre Hall 1, 2 & 3. 
Time : 10am - 10pm















Review? Next entry....till then happy shopping mommies!


Wednesday, May 8, 2013

:: Petua untuk bengkak susu ::


Selama ai bf kan mimi...baru sekali ai kena bengkak susu tapi...sakitnya..mak aiiii...so my mom pun adalah bagi beberapa petua, ada jugak kawan-kawan yang bagi..so meh kita tgk beberapa petua yang ada untuk kurangkan bengkak susu.

1.      Susukan bayi anda dengan kerap, iaitu setiap dua atau tiga jam, walaupun terpaksa mengejutkan bayi anda daripada tidur. Pastikan bayi menyusu daripada kedua-dua belah payu dara pada setiap penyusuan. Cuma pastikan sebelah yang pertama tadi telah dihisap sepenuhnya sebelum memberikan yang sebelah lagi. Pada sesi penyusuan yang berikutnya, mulakan dengan sebelah payu dara yang terakhir dihisap.
2.      Satu cara untuk memudahkan pengeluaran susu ialah dengan meletakkan tuala panas di dada, ataupun mandi dengan air suam sebelum memerah. Air suam mandian itu sendiri mungkin boleh menyebabkan susu keluar dengan sendirinya dan dapat melembutkan areola. Ini mungkin akan memakan masa. 

3.      Semasa bayi sedang menyusu, urut payu dara yang sedang dihisapnya perlahan-lahan. Ini dapat membantu pengaliran susu dengan lebih lancar dan turut melegakan sedikit ketegangan dan ketidakselesaan pada payu dara.
4.      Jika payu dara terlalu penuh dengan susu, menggunakan pam sekali-sekala untuk mengeluarkan susu berlebihan adalah elok dan tidak akan memburukkan keadaan. Penghasilan susu yang berlebihan hanya akan berlaku jika si ibu mengepam lebih daripada keperluan bayinya sedangkan bayi itu sudah menyusu dengan baik.
5.      Menyikat payu dara yang bengkak. Sikat pakai belakang sikat keyh! Sikat ke arah nipple.
6.      Sesetengah wanita mendapati, meletakkan daun kubis segar pada payu dara boleh membantu melegakan kesakitan, walaupun tiada bukti untuk menyokongnya. Daun kubis itu mungkin ada kesan penyejukkan tetapi ia tidak dapat mengubati penyebab sebenar payu dara bengkak iaitu susu tidak dikeluarkan daripada payu dara dengan efisien (buat sesekali sahaja kerana jika diamalkan selalu boleh menyebabkan susu kering). << this one my mom tak berapa nak setuju..my mom cakap kalau nak keringkan susu boleh la...ishhh tak nak la ai!
7.      Ambil cuka makan dan campurkan dengan air di dalam piring. Ambil kapas, celup dan sapu pada sekeliling payu dara. Jangan sampai terkena bahagian puting. Lakukan setiap hari sehingga tiada lagi masalah bengkak.
8.      Ambil beberapa helai daun sirih dan disapu minyak zaitun di permukaan hadapan. Layur daun sirih tersebut di atas tudung periuk. Tekap pada payu dara bila daun agak-agak suam. Selain daripada melancarkan pengeluaran susu, ia juga mengurangkan rasa sakit bengkak.
9.  Urut payu dara sedikit sebelum mengepam. Buat urutan membulat seperti pemeriksaan payu dara pada kawasan yang ada rasa berketul-ketul.
10. Jika anda tidak dapat menahan sakit, anda boleh ambil ubat tahan sakit seperti paracetamol dengan nasihat daripada doktor.



Monday, May 6, 2013

:: Kejadian Pagi Isnin Serangan Sawan/Kancing Gigi ::


Di satu pagi yang damai berdekatan dengan sungai pantai, macam biasa la ai nak menapau breakfast kat wak. Sambil-sambil tunggu wak siapkan roti telur yang the boom tu, mata ai pun meliar la...tengok gelagat orang.

Sekali ai ternampak sorang brother nih, pergelangan tangan dia bengkok n cuba cakap kuih dalam pinggan depan dia. Terdetik dalam hati, kesian brother tu OKU barangkali. Tetibe brother tu angkat tangan dia tinggi-tinggi sambil angkat muka n mulut senget sedikit macam nak cakap sesuatu...dan-dan tu juga....


DUUUMM!!!!!!!!
brother tu terjatuh ke belakang macam tiang lampu tumbang..kepalanya terhempas ke kerusi fibre food court kemudian terjelepuk jatuh ke lantai...kaki tangan dia macma tertarik-tarik.

"Allahuakhbar!!!!" ai menjerit, terkejut...ahhh sudah!!! stroke ke?!!!

Segera ai terus dial 999 ....adeyhh banyak betul soalan. ai dah sebut nama ai bagitau lokasi n apa jadik dia tanya banyak2 pulak. Sambil2 tu ai tengok ada dua orang kakak...tengah sibuk tlong brother tu..sorang pegang lutut dia sorang lagi sibuk masukkan sudu. Terus kakak tu jerit "ehh tak de orang lelaki nak tolong ke?" - lepas tu barulah ada 2-3 orang lelaki yang tadinya tengok je datang tolong.

Wak pun datang tolong..lepas tu ada lah lagik 3-4 orang datang tolong brother tu...derang bawak ke tempat lapang skit n alas kepala dia ngan guni beras... brother tu nampak macam meronta-ronta tapi sebenarnya badan dia kejang...perghhhhh 1st time nampak depan mata!

Wak amik air sapu2 kat muka brother tu, meanwhile ai ni ngan on call ngan customer service 999 tu lagi... HAIH!!!!

ada sorang brother lagi nak call number2 yang ada kat phone brother yang kejang tadi tu. Dah la brother ni tak pakai tag...tak tau dia staff mana.

tak lama lepas tu brother tu macam dah tak kejang..tapi dia macam mamai2..tanya pun dia macam ingat2 lupa..lepas tu dia tenung je muka orang. Mungkin sebab terhentak kuat kat kerusi n lantai tadi kot. (sambil terbayang cara dia terbalik ke belakang tadi)

Bother tu pulak bila dah sedar sikit dia terus nak berdiri padahal dia tak larat nak angkat tangan pun. dia pun cuba mengesot sikit...jenuh la kami2 ni suruh dia baring je..tapi dia tak nak. last2 ada la 2 orang pak cik ni papah dia duduk kat kerusi.

few minutes later ada sorang abang berbaju kuning hitam belang datang...dia cakap "ni kawan saya" - fuh! lega...rupanya brother tu kije kat CIMB!

kawan brother cimb cakap selalu dia p breakfast ngan kawan-kawan hari ni ramai yang lambat so dia p breakfast dulu. tak sangka benda nak jadik macam ni pulak..kawan brother tu pun panik.

dalam 2-3 minit lepas tu ambulance pun sampai...paramedic tu tanya la kat ai apa yang jadik cos i rasa macam ai sorang je yg nampak kronologi yang sebenar sebab ai memang perhatikan brother cimb tu dari mula dia angkat pinggan sampai la dia jatuh ke lantai...

dan akhirnya dia di usung ke ambulance...so kat sini ai nak bagi sikti tips rawatan if let say satu hari nanti kawan-kawan pun menghadapi situasi yang sama....


Apa yang boleh anda lakukan?

1. Jangan panik!

2. Terus menunggu di sebelah pesakit iaitu jangan tinggalkan pesakit walau seketika

3. Catatkan tempoh sawan dan perhatikan simptom-simptom di atas sama ada ia ada atau tidak.

4. Tidak perlu memegang pesakit. Cuma, perlu jauhkan pesakit daripada sebarang objek atau perabot keras. Dan mungkin boleh alihkan pesakit ke atas tilam atau alas yang lembut. (yang ni kalau ada dalam rumah boleh la kot..kalau macam situasi ai tadik ada kat kedai makan...mungkin kita boleh cari tempat lapang & seswatu yang sesuai untuk baringkan pesakit)

5. Jangan letakkan apa-apa barang ke dalam mulut pesakit. (yang ni lagi tak sure org kita selalunya letak sudu bagai untuk elakkan lidah putus katanya)

6. Selepas sawan berhenti, segera letakkan pesakit di dalam keadaan mengereng supaya sebarang muntah atau lelehan air liur tidak menyebabkan pesakit tersedak atau tercekik.(memang air liur pesakit akan meleleh ok...tapi ai tak tau pun kita kena mengerengkan dia sebab brader tadi tu tetiba nak bangun/berdiri)


7. Kemudian, baru dapatkan bantuan daripada orang lain atau menelefon 999 atau 112 (telefon mudah alih). Semua sawan mesti dirujuk ke hospital dan bukannya ke klinik-klinik kecil. (ni perkara pertama yang ai buat..bukan yang ke tujuh!)

8. Redakan sebarang demam panas dengan membasahkan (tepid sponging) badan mangsa supaya pesakit tidak mendapat sawan yang ke dua. (jika ada demam kot)

9. Jangan beri sebarang ubat demam melalui mulut semasa atau selepas sawan. Boleh gunakan ‘ubat punggung’ (suppositories).(jika ada demam kot)

10. Pemerhati sawan atau witness mesti hadir ke hospital supaya doktor dapat mengambil keterangan dengan teliti dan jelas. (tak dapek nak turun hospital sebab ai dah bagi keterangan yang jelas kat MA yang datang ngan ambulance tadi)


Tanda-tanda kancing gigi
  • Kelesuan
  • Kekejangan atau ketegangan
  • Kesukaran untuk mengunyah
  • Otot semakin mengeras dan sakit
  • Susah dan sakit apabila senyum
  • Pengecutan otot yang kuat
  • Kekejangan yang amat menyakitkan



Secara kesimpulannya, ai belajar sesuatu yang baru hari ni dari experience ai sendiri.
Yang penting kita jangan panik, mintak tolong orang sekeliling jika ada. Telefon kalau boleh kena sentiasa ada kredit atau tidak di barred.

Tapi saya mintak sangatla customer service 999 untuk tak terlampau banyak sangat VERIFICATION process bila orang dalam kecemasan cenggini..kesian kat pesakit.

To all yang ai kenal n tak kenal sewaktu kejadian tadi. Trimas banyak2 sebab menolong brother CIMB tu. Semoga brother CIMB tu sembuh dan selamat sebab kepala dia terhantuk kuat dekat kerusi food court n lantai..fuh!!!!

n jangan lupa pakai tag kerja sekiranya kita sedang bekerja..sekian!





Sunday, May 5, 2013

:: Marilah Mengundi - PRU13 ::


Marilah mari
Pergi mengundi
Jangan lupa kewajipan pada negara

Marilah mari
Pergi mengundi
Jangan lupa kewajipan pada negara

Hari undi akan tiba
kekalkan demokrasi
gunakan hak kita yang asasi

Fikir terlebih dulu
Dengan akal bestari
Sebelum membuang undi
Yang dihargai

Marilah mari
Pergi mengundi
Jangan lupa kewajipan pada negara

Marilah mari
Pergi mengundi
Jangan lupa kewajipan pada negara

Jangan lupa kad pengenalan
Serta nombor daftar undi
Masa tidak kerugian
Membuang mengundi

Bila memangkah kertas undi
harus kita berhati-hati
kalau salah tak berganti sesal sendiri

Marilah mari
Pergi mengundi
Jangan lupa kewajipan pada negara

Marilah mari
Pergi mengundi
Jangan lupa kewajipan pada negara


Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2009/08/lirik-lagu-marilah-mengundi-jabatan.html#ixzz2SDPsJXMX



[[ pilihlah dengan BIJAK! ]]


Friday, May 3, 2013

:: Al-Fatihah buat Aqil Hamzah ::

Damailah kamu di sana Aqil.
Buat Pojie n Erina semoga Allah memberikan kekuatan buat kalian berdua...
Al-Fatihah....

:: Menjelang PRU-13 ::




so i hidangkan uolls gambar ni je la...
cari benda tersembunyi....yeah~





Top Post