Tuesday, July 6, 2021

:: Covid Itu Bukan Permainan - Kisah Syahoney ::



ini catatan seorang syahoney. seorang syahoney yg kecil tapi berjiwa besar, seorang syahoney yg kecil yang mempunyai semangat yang waja. seorang yang kecil tapi hatinya sekuat titanium.
dugaan hidup takkan pernah berhenti menjengah. satu demi satu syahoney tangkis dengan tabah dan gagah. berani melangkah.. itu yg dia sentiasa tanam dalam diri dan jiwa. Allah tak duga kalau kita tak mampu melaluinya. Sesusah susah kita ada yg lebih sengsara. itu motivasi diri. Positif. apa jua datang cuba positif. tak salah menangis sekali sekala.. tapi kita-kita aje. syahoney dan cerminnya.
satu hari covid melanda. bukan calang2.. hampir satu sekeluarga disapunya. Sakit bukan kepalang buat yang tak rasa.. tapi berjuang tetap berjuang. tenang.
Mak, ayah dan sang suami dibawa jauh pergi. tiada jaminan untuk kembali. Alhamdulillah... hati kental, titip doa terus kekal. Mak dan ayah pulang dengan senyum dan buat lega sebentar.
Hening. jiwa hening seketika. tatkala membaca 'ditidurkan'. jantung tersentak.. nafas sedalam-dalam ditarik. ISTIGHFAR. Allah... Allah... Allah...
perjuangan belum berakhir..... jgn kalah. bisik hati. jangan berani air mata jatuh setitik pun jerit dari dalam diri.
Allah tahu apa yg ada dalam lubuk hati... Allah tahu. Semoga Allah bagi syahoney yang kecik itu segunung semangat selautan kekuatan untuk mengharungi semua ini... insyaAllah. لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ





(Incik Pinky dalam tu sedang "tidur" moga Allah sembuhkan beliau seperti sediakala)





watermark

Monday, July 5, 2021

:: Bila Husband Ditidurkan Akibat Covid 19. ::




Kisahnya hari tu.. beli kek ni nak kirim ke wad. ye la, malam sebelum birthday KKM datang amik husband p maeps. Lepas transfer ke Sungai Buloh, boleh hantar2 barang. So.. ai pun plan nak hantar kek, sekali....tak sempat T_T nak hantar doktor bawak husband ke tempat yg kita tak boleh hantar barang... semoga my husband cepat sembuh. nanti kita celebrate okay... cakap je nak makan kek apa.. #syahoneycoviddiary







Ada resah dalam hati
Takut yang tak terkendali
Dunia kita sedang
Tak baik-baik saja
Ini memang tidak mudah
Namun kau tetap berjalan
Aku menunggumu
Untuk segera pulang
Jaga diri, kuatkan hati
Tetap tersenyum
Aku berdoa, terus berdoa
Untuk dirimu
Tuhan, dia sedang berjuang
Jaga dia, lindungi dia
Karena ada yang menunggunya
Untuk pulang
Kita memang sedang berduka
Bukan berarti kita menyerah
Kita harus saling menjaga
Dan menguatkan
Hingga Tuhan menolong kita
Jaga diri, kuatkan hati
Tetap tersenyum
Aku berdoa, terus berdoa
Untuk dirimu
Tuhan, dia sedang berjuang
Jaga dia,




watermark

Wednesday, June 30, 2021

:: Hampir Satu Keluarga Terkena Jangkitan Covid-19 ::

Assalamualaikum & hi,
Dear all... my husband telah dibawa ke red zone, Sungai Buloh (dari maeps) kerana oksigen dalam badan mengalami kemerosotan. Minta jasa baik kawan2 untuk doakan keadaan suami saya kembali pulih ya. Trimas.
covid ni real la... kot konspirasi sekali pun ia tetap REAL! please jaga diri ya semua.
xoxo,
Syahoney..
UPDATE :
24/6/2021 (1100) - Husband dalam keadaan stabil di wad Sungai Buloh. Masih memerlukan bantuan pernafasan.
24/6/2021 (1145) - Ayah saya pula dipindahkan ke Hospital Serdang. Masih menunggu update.
26/6/2021 : mak masih ditahan di maeps, doktor nak pastikan virus dalam badan betul2 lemah baru boleh release
26/6/2021 : husband keadaan stabil. tapi xboleh lepas oxygen machine tu. drip dah off
26/6/2021 : ayah stabil dalam pemantauan di hospital serdang. Alhamdulillah....
27/6/2021 : Husband pagi ni kena tido meniarap..katanya dada terlampau sesak. hang in there! kuatkan semangat!
28/6/2021 : Alhamdulillah.... hari ni ai & mimi dapat surat pelepasan dari KKM. mail still on oxygen sebab oxygen sampai 93% je. Ayah masih di Serdang & Mak masih di Maeps.
29/6/2021 : Hari ni p buat swab test untuk Bidadari.. result dalam 3 hari. Moga negative la resultnya.
30/6/2021 : Alhamdulillah.. mak dah discharge dari Maeps.
DOAKAN KAMI SEMUA SIHAT SEPERTI SEDIAKALA. Dan semoga Allah hapuskan covid 19 dari atas muka bumi ini dan lindungi kita semua.


watermark

Friday, May 21, 2021

:: Bani ISRAEL (Dari mana mereka ini?) ::


Kalau lah korang tertanya MANA datangnya BANI ISRAEL ni? Aiolls share untuk pengetahuan kita bersama. Aiolls ada edit sikit cara penyampaian takut ada yg tak faham bila baca.


PENULISAN INI AGAK PANJANG. BACA DENGAN MINTA YG TERBUKA DAN HATI YANG TENANG.

1. Kisah bermula dengan kelahiran Nabi Ibrahim. Baginda AS mempunyai anak bernama Nabi Ishak. Bermula dari Nabi Ishak, lahir kaum Bani Israel. Nabi Ishak ada anak bernama Nabi Yaakob. Nabi Yaakob pula mempunyai 12 orang anak berdasarkan al-Quran.(Surah Yusuf: 4)

2. 12 orang anak Nabi Yaakob melahirkan 12 suku dari Bani Israel kemudiannya. Antara anaknya adalah Nabi Yusuf AS. Kisah Nabi Yusuf di dalam al-Quran bermula dengan aduan mimpi Baginda AS kepada ayahnya tentang 11 bintang, bulan dan matahari yang tunduk kepadanya.

3. 11 bintang (adik beradik Nabi Yusuf), matahari dan bulan (ibu ayahnya). Adik beradik Nabi Yusuf dengki kepadanya lalu mencampakkannya ke dalam perigi. Dari situ, Nabi Yusuf dikutip oleh pedagang dan dijual ke Mesir. Bermula kisah Bani Israel di negeri Mesir.

4. Nabi Yusuf mendapat posisi penting dalam kerajaan Mesir yang dipimpin oleh puak Hyksos. Baginda AS menjada perbendaharaan negara Mesir. Akhir cerita, seluruh ahli keluarga Baginda AS tinggal bersamanya di negeri Mesir. Adik beradiknya bertaubat.

5. Nabi Yusuf wafat. Masa berlalu ratusan tahun. Puak Hyksos dikalahkan olh Ramses I (Firaun). Bermula era pemerintahan kaum Qibti dgn nama Firaun. Ketika ini, Bani Israel tinggalan Nabi Yusuf diseksa & dibunuh akibat mimpi Firaun bhw kerajaannya akn musnah dr tgn Bani Israel.

6. Lahirlah Nabi Musa. Duduk menetap di istana Firaun. Nabi Musa pernah menumbuk seorang Qibti kerana mempertahankan kaumnya. Nabi Musa diperintahkan berdakwah kepada Firaun. Ditemani oleh adik beradik kandungnya iaitu Nabi Harun.

7. Akhirnya Nabi Musa dan Nabi Harun memimpin Bani Israel keluar dari Mesir sambil dikejar oleh tentera Firaun. Firaun mati tenggelam. Bani Israel terselamat. Mereka menuju ke Palestin dan diarahkan oleh Allah berperang melawan kaum Jabbarin yg membuat kerosakan dalam Palestin.

8. Bani Israel ingkar arahan tersebut, dihinakan oleh Allah. Mereka tidak mempunyai negara seperti sebelumnya. Kemudian, masa berlalu dan lahirlah pula Nabi Daud AS. Kisah Nabi Daud adalah berperang melawan tentera Jalut di Palestin melalui kepimpinan Talut.

9. Nabi Daud berjaya mengalahkan Jalut. Bani Israel masuk ke Palestin dan Talut menyerahkan jawatan penguasa kepada Nabi Daud kerana Baginda dilantik menjadi Nabi. Ketika itu Jerusalem menjadi ibu kota Palestin. Saat ini Bani Israel menjadi mulia.

10. Kemudian, Nabi Daud wafat. Lahirlah pula Nabi Sulaiman AS memimpin Bani Israel. Kerajaan Baginda AS lebih hebat dan besar. Baginda membina masjid untuk Bani Israel. Bani Israel mulia pada zaman ini kerana patuh pada Nabi Sulaiman AS.

11. Setelah Nabi Sulaiman wafat, kerajaannya berpecah dan ditawan oleh Nebuchadnezzar dari Babylon. Saat ini Allah tidak utuskan Nabi untuk mereka. Mereka dihina oleh Babylon dan mereka berpecah dan tersebar ke Afrika, Eropah dan Tanah Arab.

12. Ada yg masih di Palestin. Nabi Isa AS dilahirkan di Bethlehem memimpin mereka. Sebahagiannya ingkar & melakukan percubaan m'bunuh Nabi Isa. Nabi Isa diangkat oleh Allah. Bani Israel hilang pedoman lagi & mereka menanti pula Nabi akhir zmn yg disebutkan dlm taurat & injil

13. Mereka melihat tanda Nabi akhir zaman lalu berhijrah ke Yathrib kerana mengkaji tanda-tanda tersebut. Tunggu punya tunggu, Nabi Muhammad lahir dari bangsa Arab. Bani Israel jadi ingkar lalu bermusuh dengan Nabi Muhammad.

14. Zaman Nabi Muhammad, kaum Yahudi dihalau keluar dari Madinah dan Khaibar selepas perang Ahzab dan perang Khaibar. Lalu sekali lagi mereka berserakan di atas dunia seperti ke Eropah dan Afrika. Mereka dihina kerana tidak mengikut Islam.

15. Zaman Saidina Umar, Palestin dibuka oleh umat Islam. Palestin menjadi milik Islam setelah berperang melawan Rom. Waktu ini tiada berita mengenai orang Yahudi. Sejarah dipenuhi dengan pertembungan antara Islam dan Kristian sahaja.

16. Kemudian, Kristian tawan semula Palestin. Lalu lahirlah tokoh Islam, Salahuddin al-Ayyubi dari bangsa Kurdi mengalahkan Kristian di Palestin dlm banyak siri peperangan salib. Umat Islam kembali membuka tanah Palestin & memilikinya dari Kristian. Bkn Bani Israel yg berperang.

17. Sehinggalah zaman moden, Palestin diperintah oleh Islam sehingga zaman Uthmaniyyah. Palestin di bawah kekuasaan Syam pada waktu itu. Uthmaniyyah jatuh dan kalah perang dunia pertama. British dan Perancis buat perjanjian Sykes-Picot bahagikan tanah Islam.

18. Palestin diserahkan kpd British. Tahun 1917, British lakukan deklarasi Balfour dgn mnyatakn Palestin diserahkn kpd Yahudi. Bermulalah era org Yahudi b'tpk di Palestin. Sblmnya pd awal tahun 1900, Theodore (Yahudi Zionis) mohon Khalifah jual tnh Palestin utk langsaikn hutang.

19. Masa berlalu, berlaku peristiwa Nakbah 1948. Imigrasi besar-besaran kaum Yahudi masuk ke Palestin melalui bantuan UK. Mereka mengumpulkan semula orang Yahudi yang bertebaran di Afrika dan Eropah untuk masuk ke Palestin. Populasi mereka meningkat.

20. Sehingga hari ini, pelbagai siri serangan dan perang seperti Yom Kippur telah berlaku kerana untuk menempatkan kaum Yahudi di Palestin. Hakikat sebenar mereka bukanlah kembali kepada tanah yang dijanjikan. Sebaliknya mereka kembali ke dalam kubur yang digali sendiri.

**Sedikit tambahan kot ada yg confius. Dari Nabi Ibrahim lahirnya bangsa Arab & bangsa Israel.

Hasil pernikahan Baginda & Siti Hajar, lahirlah Nabi Ismail, iaitu Bangsa Arab sehingga kpd Nabi kita Muhammad.

Hasil pernikahan Baginda & Siti Sarah, lahirlah Nabi Ishak, Bani Israel.

-- Kredit Saudara Abdul Razak Ramli & Saudara Syahrul Azlan --





watermark

Friday, October 9, 2020

:: Wabak Spanish Flu ::



SPANISH FLU.
Uolls tahu tak?




Foto di tahun 1918 kelihatan dua org Wanita sedang berjalan dgn memakai Mask muka disebabkan oleh wabak 'Spanish Flu'.

Spanish Flu yg bermula pada Januari 1918 sehingga disember 1920 merupakan antara wabak penyakit terburuk dlm sejarah manusia.

Seramai 500 juta orang telah dijangkiti dan dianggarkan seramai 17-50 juta org telah meninggal dunia disebabkan wabak ini.




Cara wabak ini dihentikan adalah dgn langkah Social Distancing.

Negara di dunia yg terjejas mula menutup sekolah,rumah ibadat dan tempat orang ramai berkumpul sehinggalah wabak ini perlahan lahan hilang.



Walaupun ramai yg djangkiti dan meninggal dunia,sangat difahami kerana teknologi masih belum 'advance' selain Perubatan belum semaju skrg dan hebahan sampai lambat kepada kawasan terjejas.

Namun langkah pencegahan masih sama. Social Distancing dan mengamalkan kebersihan diri pada tahap optimum.




Adakah kita mahu kembali spt keadaan Spanish Flu dahulu?! Jika tidak,please

#stayathome #stopcovid19



watermark

Top Post