Thursday, July 3, 2014

:: Resepi Pakapau Daging ::

Ehem..ehem salam Ramadhan.
dah 4 hari kita berpuasa. Tapi sebelum terlupa ai nak berkongsi ngan uolls resepi simple untuk berbuka puasa. Ai jamin bukan takat simple sedap dan senang di masak oleh orang bujang, malah yang dah bekeluarga pun leh cuba resepi ni. Setiap kali Ramadhan ini adalah antara resepi/menu wajip.

Ai perkenalkan uolls dengan Pakapau Daging (ayam pun boleh)

Bahan-bahan :
1) Daging cincang
2) Kacang Panjang (hiris halus)
3) Cili Api (optional)
4) Cili Merah (hiris halus)
5) Minyak
6) Bawang Merah & Putih (tumbuk lumat)

Cara :

1) Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan merah tadi. Berapa banyak ikut suka hati atau ikut sesedap rasa biar telly ngan daging cincang
2) Lepas tumisan tadi nampak cantik, masukkan daging cincang. Gaul rata biar sampai daging tu hampir empuk.
3) Masukkan hirisan kacang dan cili. gaul rata dan biarkan daging serta bahan lain masak empuk.
4) leh masukkan sedikit garam atau minyak ikan.
5) Empuk? Dah masak la tu...sila angkat.




Simple? Memang simple dan sangat sedap.
Leh la cuba!




Hello Kitty  Wink Peace - Hellokitty

1 comment:

komen yang murni-murni sudah, selebihnya SPAM!

Top Post