Thursday, August 27, 2015

:: Bayi dalam kandungan kecil (SGA/IUGR) ::

Apakah bayi SGA?


Bayi normal dilahirkan dengan berat badan anggaran 3.4 hingga 3.5 kg, tetapi bayi SGA dilahirkan lebih kecil berbanding bayi normal pada usia kandungan yang sama.

Definisi

Bersaiz kecil berbanding usia kehamilan:

Berat lahir kurang daripada 10 peratus bagi usia kehamilan (minggu kehamilan).

Berat dan saiz bayi ini kecil, kurang dan 90% berat bayi pada usia kehamilan sama.

Berat bayi berada lebih daripada0% berat badan di bawah garisan pembesaran bayi dalam kandungan.





Apakah jenis-jenis bayi SGA?

Bayi SGA:

Cukup bulan atau pramatang.

Bayi cukup bulan tetapi beratnya kurang daripada 2.5kg.



Jenis-jenis bayi SGA:

Setara- pembesaran keseluruhan yang seimbang

Tidak setara - contohnya kepala lebih besar berbanding dengan bahagian tubuh lain.



Apakah yang menyebabkan SGA berlaku?

Sebab-sebab:

Keturunan - ibu bapa yang bersaiz kecil akan melahirkan bayi yang kecil juga

Pembesaran kandungan yang terbantut (IUGR).



Apakah pembesaran dalam kandungan yang terbantut (IUGR- Intra Uterine Growth Retardation)?

Pertumbuhan bayi dalam rahim terbantut disebabkan berlakunya kekurangan bekalan oksigen kepada bayi dalam kandungan. Faktor yang mengganggu aliran darah kepada bayi dalam rahim ibu boleh menyebabkan IUGR.



Apakah faktor-faktor risiko penyebab IUGR?

Faktor risiko seperti berikut :

Faktor Ibu

Ibu hamil yang terlalu muda atau ibu yang telah lanjut usia

Ibu yang menghidapi tekanan darah tinggi

Kandungan gula dalam darah yang tidak terkawal

Sakit buah pinggang yang kronik

Jangkitan kuman

Kekurangan zat makanan

Ibu yang merokok



Faktor bayi

Kandungan kembar

Jangkitan kuman

Kecacatan semasa lahir

Kromosom yang tidak normal



Faktor Uri (Placenta)

Uri yang tercerai daripada rahim sebelum waktunya (abruptio placenta)

Uri terletak di bahagian bawah rahim (placenta praveia)

Gangguan aliran darah ke uri



Apakah sifat-sifat bayi SGA?

Bayi SGA yang cukup bulan, kelihatan matang tetapi bersaiz kecil dan mungkin mempunyai sifat-sifat berikut:

Kelihatan cukup bulan (matang)

Kurus, kecil dan kurang tisu lemak

Kulit berkedut

Keseluruhan badan kemerahan

Mengalami gangguan pernafasan

Kelihatan lesu disebabkan kekurangan gula dalam darah



Apakah kemungkinan masalah yang akan dihadapi oleh bayi SGA?

Komplikasi awal: Hypoglysemia - Kurang gula dalam darah

Policytemia - Berlebihan sel darah merah dalam darah

Hipotermia-tidak dapat mengekalkan suhu badan

Mengalami gangguan pernafasan

Jaundis

Ketidak seimbangan garam galian dalam darah (electrolyte unbalance)

Kebiru-biruan akibat kurang oksigen

Tidak stabil semasa kelahiran





Komplikasi lewat: Bergantung kepada sebab berlakunya SGA, Contoh - Kes kromosom yang tidak normal seperti Sindrom Edward's boleh menyebabkan risiko kematian pada minggu pertama kelahiran.





Sebahagian bayi ini akan membesar seperti bayi biasa manakala sebahagiannya mengalami pembesaran yang lambat.

Berisiko mengalami penyakit kronik ketika meningkat dewasa seperti tekanan darah tinggi, kencing manis dan masalah jantung.



Bagaimanakah cara mengendalikan bayi SGA?

Rawatan khas mengikut keadaan berdasarkan dan keperluan bayi tetapi kebanyakan bayi ini memerlukan:

Pengawasan kadar gula dalam darah

Penyusuan yang awal dan kerap kali



Sebahagian bayi mungkin perlu dimasukkan ke wad bayi (Neonatal) untuk:

Pemberian susu berkalori tinggi melalui tiub

Air dektros melalui intravena

Bantuan pernafasan

Pertukaran darah

Rawatan fototerapi untuk jaundis



Apakah langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan SGA?

Penjagaan semasa mengandung sangat penting :

Awasi kesihatan ibu

Rawat ibu bermasalah seperti tekanan darah tinggi

Pantau pertumbuhan janin dalam kandungan

Periksa uri bagi mengesan keluar biasaan

Kesan kecacatan pada janin

Rancang kelahiran yang selamat



watermark

Wednesday, August 26, 2015

:: WW- Eustoma Wedding Bouquet By Syahoney Kitty ::







yellow eustoma for Billa's wedding




Sebenarnya tak sangka pulak tetibe ada orang suruh buatkan wedding bouquet. Dah la lama tak buat.
Kebetulan pulak dia nak eustoma. Mujur jugaklah tau nak carik kat mana.






So presenting Eustoma Wedding Bouquet by Syahoney Kitty.
Nak tempah? Email me at s0undl4cks@gmail.com






watermark

Monday, August 24, 2015

:: KureSya in Cucur Bawang Kopi O - Episod 8 ::




Sekian lama mencari..jumpa pun.
Ingat lagi my Hello Kitty car dalam drama Cucur Bawang Kopi O?

Nin dia.............

minit :5:37 & 32:56



watermark

Friday, August 21, 2015

:: Kisah Panda - Tengok Panda Secara Percuma! ::



Sempena Birthday Fu Wa & Feng Yi, Zoo Negara Malaysia nak belanja masuk tengok Panda secara percuma untuk kanak-kanak di bawah umur 12 tahun dan mereka yang menyambut hari lahir pada 23/8/2015 juga akan diberi masuk secara PERCUMA!

Maklumat seperti di bawah :





p palang s : Untuk makluman semua, jangan kecewa atau marah kerana pada hari berkenaan hanya Fu Wa/Xiang2 yang akan keluar ke ruang pameran. Ini kerapa Feng Yi/Liang2 masih lagi berada dalam fasa 'pantang' dan akan dikuarantinkan sehingga 2 bulan.


Apa-apa pun enjoy!


watermark

Thursday, August 20, 2015

:: Kisah Panda - Cerita bagaimana Liang Liang melahirkan anaknya ::



Meh kita sambung cerita panda memandangkan Liang Liang baru je melahirkan seekor anak betina. Semalam my brotha balik rumah dengan segeranya kami semua interview dia, mintak dia cerita apa jadi sebenarnya.


this is my brotha


Kalau korang nak tau, Panda bunting tak lama..3 bulan je. Lepas tu bersalinlah. Mula-mula my brotha cakap derang memang dah saspek Liang liang ni preggy tapi masa amik darah for the 1st time dalam bulan 6 yang lepas keputusan makmal tak menunjukkan hormon Liang Liang ni macam dia preggy. Tapi dia menunjukkan gejala macam preggy sebab tak lalu makan dan moody. So, bulan lepas nak amik sekali lagi darah kali ni sample darah tu bawak p UM kalau tak silap. Dua pakar analisa darah tu sorang cakap tak sorang lagi cakap ye Liang Liang preggy.

Di sebabkan nak kompem lagi sekali dalam 2 minggu lepas try nak amik darah Liang Liang lagi, tapi kali ni dia tak nak bagi. Pujuk beriya pun tak nak bagi jugak. Siap merajuk bagai. Panda memang manja dengan penjaganya ok. Hehehehe

So kehidupan pun diteruskan lah, sambil-sambil tu alert je la kalau apa-apa berlaku. Nak di jadikan cerita, 18/8/2015 my brotha masuk ruang pameran waktu tengahari sebab nak bagi makan kat panda-panda berkenaan. Masa tu pengunjung pun tak ramai ada la dalam 3 family.

My brotha dok seru-seru nama Liang Liang panggil dia nak bagi makan tapi dia tak datang-datang, nampak Liang Liang duduk menyorok kat satu sudut ni diam je. Panggil lagi tak toleh pun. My brotha rasa pelik la..apsal tak nak makan nih? Tup-tup dia terdengar satu suara halus nyaring sangat. Ah sudah.......Liang liang beranak ke? Dia pun berlari kat Liang Liang tengok-tengok memang ye ada baby. Kelam kabut dia call boss dia suruh datang cepat sebab Liang Liang dah beranak.

Memang suara anak panda sangat nyaring dan kuat. I tengok video yang my brotha tunjuk. Alaaaaaaaaaaaaahai comelnya. Liang Liang sangat protective terhadap anak dia, anak dia pun sangat manja kalau Liang Liang bergerak sikit nak ke lain amik makan ke apa ke mula la dia bising. Anak dia jenis nak berkepit je kat mama dia. So makanya terpaksa la Liang liang makan bersuap sebab anak tak nak berenggang.





gambar : from my brother's phone


Mesti ada yang terfikir tali pusat segala ke mana? Mak panda makan semua tu.
Anak Panda yang Liang Liang lahirkan adalah betina dan seberat 175gram sahaja! Tapi dia akan cepat membesar. Anak panda ni hanya akan minum susu ibunya SAHAJA. So kalau ada berita cerita cakap nak beli susu anak panda sampai berjuta tu..semua tu BOHONG belaka!

Bila ai tanya my brotha Liang Liang ngan anak dia kena kuarentin kan? Yes, kena kuarentin sampai 2 bulan. So nanti masa cuti sekolah yang panjang akan datang anaknya akan dipamerkan kepada orang ramai - In Sha Allah....



Haaa..my brotha cerita lagi selepas kelahiran tu Liang Liang memang sorok anak dia tak kasik org sentuh atau tengok. Sebenarnya sesiapa yang ada kat ruang pameran waktu tu memang beruntung menyaksikan perkara nih. Yang part kelakarnya penjaga yang dari China tu siap kena kejar ngan Liang Liang waktu dia 'curi' anak Liang Liang. Sebabnya nak bawak p jumpa VET sebab nak timbang segala. Hehehehehe

Kalau korang nak tau jugak dalam banyak-banyak negara kat dunia yg China bagi loan Panda ni, Malaysia la negara pertama yang paling cepat membiakkan Panda. So far, dalam sejarah paling cepat pun nak tunggu panda beranak kat negara lain dalam 5 tahun tu paling cepat dan tak salah ai kat San Diego Zoo. Pihak China pun mintak laporan setiap hari dan setiap jam derang pun nak tau sangat cenggana leh biak dengan cepat Panda kat Malaysia nih.

Fakta yang lain korang kena tau adalah Liang Liang dan Xiang Xiang merupakan Panda yang dilahirkan dalam kandang, dan anaknya pun sama.

Apa lagi ye nak cerita? Rasanya macam tak de yang ai missed kot dari apa yang my brotha cerita semalam. So kalau ada soalan nak tanya leh ajukan nanti ai tanya kat my brotha so ai leh cerita kat uolls pulak k.

Till then....jangan macam-macam, cintailah semua makhluk Allah. Kbai!

p palang s : i dah tanya my bro pasal video tu...SORRY sangat tak leh nak share sebabnya P&C..so sorry ya!


watermark

Wednesday, August 19, 2015

:: Eksklusif - Gambar Anak Panda Pertama Lahir Di Malaysia ::


Tahniah buat Zoo Negara Malaysia terutama buat my brotha atas kelahiran anak panda pertama di Malaysia. I'm so excited!

Anak panda ini dilahirkan tengahari tadi pada jam 1345. Sebenarnya tak de sapa pun sedar akan kebuntingan panda nih tup tup dah beranak itupun sebab terdengar buyi 'tangisan' anak panda waktu kemas kawasan tu tadi.

Kalau orang lain tak suka ai tak leh nak kata apa dah.....suka hati uolls.


my brotha (in red) ..tahniah ye.

trimas my brotha for the picture...ce korang carik mana anak panda tu? nampak tak nampak tak?


p palang s: Liang liang sangat protective ketika ini...tak leh nak belek nak usik anaknya. See, panda pun ada naluri keibuan.... ai tak faham ngan manusia yang kejam buang-buang anak tu.




so ni je update dari ai malam ni.....kita tunggu berita panda seterusnya nanti.




watermark

:: SEGMEN KLIK-KLIK NUFFNANG ::




JOM JOIN


Kebaikan bila join segmen ni,duit meningkat
Traffic korang pun meningkat,kerana 
Ana akan mengunjungi blog anda.


Syarat nya mudah :

 1) Follow blog ana
                         2) tampak gambar di atas dekat 
                                 blog anda dan Pastekan link ana 
Segmen ini diadakan selama seminggu..

watermark

Tuesday, August 18, 2015

:: Review - SugarMallow by Yang Azliyang ::



Assalamualaikum & Hi,
Hari ni ai nak bagi free review kat Yang Azli Yang my high school junior dan bisnes beliau SugarMallow.

Ceritanya bermula bila birthday Mimi tinggal lagi seminggu dan mama Mimi konon nak buat suprise last minute kat Mimi. Yang bestnya preparation last minute - biasala Mama Mimi kan bz mengalahkan menteri. So, mama Mimi pun cake hunting la untuk mencari sesiapa yang sanggup buat kek bertemakan Hello Kitty untuk Mimi yang tinggal lagi 3-4 hari cenggitu. Ada la jugak runner dalam 5-7 baker. Tapi semuanya samada tak leh nak buat sebab dah full or jauh untuk COD.

Last-last teringat kat Yang. Nak try luck kot Yang boleh tolong hakak skolah dia nih. Tak kisahla berapa harga janji masa hari tu nanti Mimi jadi super excited dan happy. Ai pun wassap yang dan Yang cakap "BOLEH".

Oh...gumbira hatiku ini. Yang pun suh pilih design. Ai pilih dan minta letak gambar Mimi sekali. Yang kata "OK".

Kek yang ai minta adalah Butter cake with buttercream topping n edible. Harga? Berpatutan dengan service dan juga rasanya. Next time leh tempah lagi nak letak gambo kereta sendiri..hahahaha konon.



So, bila hari kejadian..pagi-pagi lagi papa Mimi bawak Mimi p peti ais konon nak tunjuk. Ai tak bagi takut kang tak sempat nak potong kek depan kawan-kawan dia. Ai cakap kat Mimi "NO".. tengok gambar je...yang lain suprise. Makanya terpaksalah nyanyi lagu b'day untuk dia sampailah dekat nak acara potong kek.

Bukak je kotak tunjuk kat dia..melompat-lompatlah Mimi kegembiraan tengok hello kitty dan mukanya terpampang atas kek tu.




Siap suruh semua orang nyanyi untuk dia dan-dan tu jugak. Sengih sampai telinga. Habis nyanyi tiup lilin dia lompat-lompat lagi. BFF Mimi pun super excited bagi pihak Mimi. Sama-sama tak penyabar. Hahahahaha.....


So, ai nak ucapkan terima kasih dekat Yang sebab membantu ai menggembirakan budak-budak kecik ni. Lepas ni ada rezeki akak tempah lagi. Teringin pulak nak rasa cream puff yg gebus tuh.


So...kalau korang mencari baker untuk Kek Hello kitty dan tema-tema yang lain. Call la Yang..dia peramah n sedia melayan korang. Cakap kat dia konsep apa korang nak dia leh tolong punya.

Ok...cara nak contact.

FB : KLIK SINI or SINI

IG : SINI YE

Whatsapp : 012-3175656

watermark

Monday, August 17, 2015

:: Mimi 3rd Birthday ::

Sekejap je masa berlalu...dah 3 tahun Mimi.
15/8/15 buat b'day Mimi kecik-kecik je panggil kawan-kawan dia.....hehehhee punya la eksited bila dia tengok kek bday dia. Dah besar, dah faham apa tu bday cake.

Trimas Sugar Mallow for the cake. Review for you later.


Door gift bagi kat kawan-kawan Mimi ngan anak-anak jiran




Butter cake from Sugar Mallow



Budak eksited tengok kek 3 hari berturut3 kena nyanyi lagu bday kat dia ...upon request tau.



Hahahhaa..yg ni kelakar sebabnya Bella geram ngan kek nih.....terpenyek sikit. Tak pe..budak xcited. Paham.. :P
watermark

Saturday, August 15, 2015

:: Happy Birthday Mimi ::


Happy bday sayang mama..semoga menjadi anak yang baik dan solehah serta di sayangi semua......mama sayang Mimi!!! Kejap je dah 3 tahun!



Trimas Sugar Mallow for the cake...nanti akak buat review......

watermark

Friday, August 14, 2015

:: Kuala Lumpur Banjir Kilat - Ogos 2015 ::


Al-kisah..............toyyibbbbbbbbbbbbbbb...al-kisah maka tersebut lah kisah...sang kancil datang beramai-ramai...hehehehhe

Semalam antara pengalaman yang agak teruk sepanjang pregnancy kali ni. Tak sangka hujan lebat yang leh dikatakan SEKEJAP petang semalam mengundang kacau-bilau di Kuala Lumpur.

Macam biasa ai balik naik komuter dari KL Sentral arah Batu Caves. Waktu arrival agak delay tapi cuma beberapa minit - dah biasa tak kisah. Masuk je dalam coach...komuter tak bergerak hampir 20 minit. Announcement pun lambat bagitau yang ada kerosakkan teknikal bahagian pengaliran kuasa elektrik. Aircond pun tak ada, mujur pintu tak tutup. Tak berapa lama lepas annuncement, tren bergerak macam biasa. Sampai aje antara stesen Bank Negara dan Putra, tren stop tengah landasan lebih 30 minit. Ai dah sakit pinggang dah dok lama sangat. Sabar lagi. Announcement tak ada jugak. Last-last dengan tetiba tren reverse balik ke arah Bank Negara tanpa pengumuman. Sampai je Bank Negara baru ada announcement. Katanya tren tak leh meneruskan perjalanan. Sebab? Tidak diketahui, orang ramai terpaksa keluar dari tren dan tukar platform. So, sepenuh-penuh gerabak pun keluar la berbondong-bondong memenuhi platform dah rupa macam kat MUMBAI!


See...macam kat MUMBAI..cuma tak de orang nak panjat naik bumbung je















Rupanya mana-mana tren yang menuju ke arah Rawang/Batu Caves memang tak leh melalui kawasan/rel/route yang biasa sebab banjir kilat. T_T...terdengar katanya akan ada lencongan yang mana tren hanya boleh sampai ke Taman Wahyu sahaja. So, lama jugak ai cuba reboot otak ai nak cari alternatif...baru teringat kat Sogo ada STAR..makanya berjalan kakilah ai dari Komuter Bank Negara ke STAR Bandaraya.



Teruknya rupa KL semalam, banjir..jem..pokok tumbang semua ada. Semua orang kompem lambat! Dah tak tau la nak kata apa lagi pasal banjir kilat yang menyusahkan warga KL nih...sistem saliran dah tak betul..pembangunan rakus sangat inilah jadinya tambah lagi orang tak nak jaga alam sekitar. Yang sedar beberapa kerat je. Dah jadi macam nih....bising tak de kesedaran termasuk pemaju yang rakus yang pentingkan keuntungan.



air sungai naik tinggi........jalan kuching stuck ada banjir kilat jugak



Malas la nak komplen banyak nanti kena GAM..tak memasal pulak. So redho..moga Allah lindungi kita semua. Amin.






Bawah : jambatan baru untuk potong jalan dari Sogo rasanya dah ditenggelami air awalnya.....



P palang S : dengarnya sampai kul 10 malam tadi komuter belum restore operasi..so how?


watermark

Thursday, August 13, 2015

:: Kisah Minum Air Gula/MGGT di Klinik Kesihatan Ibu Anak ::


Assalamualaikum n Hi!
Nak ceria sedikit pasal MGGT. Dulu masa pregnantkan Mimi tak de kena MGGT or minum air gula kat KKIA. Tapi preggy kali ni tetiba kena minum pulak. "Faktor usia" kata doktor. T_T

So semalam sewal kul 0730 ai dah sampai kat KKIA, konon nak dapat number awal la..sekali number ai dapat selang 23 orang!! Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...menangis nak tunggu punya lama.

Ai ni sejak pregnant memang ada gastrik...dah tunggu dengan keluh kesah rasa tak selesa bagai. Dah la ala-ala nervous sebab dok terbayang air gula yg likat pekat tuh!

0930 baru panggil ai. 2 jam tau tunggu. Dah la puasa dari kul 2100. Mujur la tak pitam. So masuk je..nurse amik darah. Lepas amik darah dia suh ai p minum air gula dalam cup yg derang dah susun banyak-banyak depan kabinet bagi habis.



Ai tengok air gula tu...berwarna. FUH!!! ada flavor..lega sikit tapi yang tak syoknya...SEMUT berkerumun punya banyak menunjukkan tahap kebersihan tak berjaga...nak amik gambar pun takut kena sound lak nanti. So ai pun amik la cup yang tak dihurung semut. Rasa sikit....oh ai tak mampu nak buat one shot. Sebabnya? Rasa air gula ni walaupun berperisa amatlah pekat macam air mirinda oren yang tak de gas tapi tahap kelikatannya melampau. So minum je sikit-sikit, hampir termuntah tapi ku telan semula!

Habis je minum...nurse cakap dalam kul 1130 ke atas derang panggil balik. So, tunggu je la lagi dan lagi dan lagi.

1210 baru derang panggil. Amik darah sekali lagi. Lepas tu balik. Result? Dalam dua minggu...

Tu la cerita MGGT ai. Tips nak minum air gula? Tarik nafas dalam-dalam dan minum sambil selawat. Tu je la yang mampu pun.

Sekian



watermark

Monday, August 10, 2015

:: Mimi bercerai Susu ::

Selama ni ai baca je pengalaman mak-mak yang bercerai susu dengan anak. Tak sangka perasaan yang ditanggung sememangnya amat berat dan menyedihkan. Bila doktor suruh berhentikan Mimi susu badan, memang berat hati. Rasa macam kesian dekat dia. Dah la jenis tak nak minum susu formula. Serabut fikir nak buat cenggana. Haih!!!

Bermula ngan kaedah melumur garam - tak jadi. Letak minyak kapak - tak jadi. Dan akhirnya kaedah ignore sahaja permintaan dia time dia nak susu..itu menjadi tapi kena buat diversion. Bagi dia tengok video cerita kartun fav dia. Berminggu jugak mencuba akhirnya berjaya. Tapi still dia tak minum susu dah sampai skang cuma kadang-kadang dia minum la susu HL ke Yakult ke ikut mood dia.

Memang mula-mula dia tak leh nak tido malam sebab dah terbiasa tidur melekat kat mama dia nih. Tapi Alhamdulillah bila dah start masuk minggu 12 or 14 macam tu terangkan kat dia..dia nak ada adik. Tunjuk kat dia baby. Dia suka dan dia macam faham je. Tapi datang pulak tabiat dia yang lain..tak semena-mena selak baju mama dia, cium perut bertubi-tubi. Pernah sekali dia buat kat public kalut mama dia turunkan baju..apa daa Mimi nih!

Pendek je cerita cerai susu Mimi, tak leh nak cerita panjang. Sedih rasa hatiku ini. Sekian.



watermark

Friday, August 7, 2015

:: Threatened Miscarriage - Dugaan Mengandung ::


Boleh ai katakan pregnancy kali ini tak sekritikal yang pertama. Memang ai mabuk-mabuk jugak tapi Alhamdulillah tak de la sampai warded. Berat tetap turun pada trimester pertama. Ai siap buat list makanan yang bila ai makan ai kompem muntah so ai boleh avoid makanan-makanan ini.



Pregnancy kali ini ada dugaannya yang tersendiri juga di mana doktor sahkan ai ada fibroid pulak. Berkali doktor tanya betul ke masa lahirkan Mimi ai bersalin normal? YES....memang normal. Doktor macam tak percaya pulak. Ai pun baru tau ai ada fibroid. Period ai normal. Tak pernah overflow. Tak ada senggugut. Dari manakah datangnya fibroid ini? Wallahu'alam.....ai sendiri tak pasti. Korang ada petua tak nak kecutkan fibroid or hilangkan fibroid or tips mengandung ngan fibroid nih? Ai kalau boleh tak nak la bersalin c-sec (macam menakutkan aje.... T_T). Doktor kat KKIA/HKL keep on menakutkan ai dengan kata ai akan kena c-sec. Doktor private pulak keep on cakap...fribroid tu leh berubah kedudukan...tunggu je. Peluang bersalin normal masih ada kata doktor Norliza.

Minggu ke-16, ai kena warded sebab bleeding tetiba. Doktor cakap ai stress dan terlampau kuat bekerja. Memang pun ada org kat opis ni yang membuatkan ai jadi stress melampau. Seminggu jugak cuti rehat. Cuak tau bila di diagnosis sebagai "threatened miscarriage". Walhal, masa tu ai tak rasa sakit perut dan sakit-sakit lain, rasa macam biasa je.

Masa cek "threatened miscarriage" ai tak tau la dekat 7-8 kali jugak la kena seluk. Hadoi la...memang redha je la..3-4 doktor jugak la yang menyeluk. Sumpah ai cakap dari ai leh relax sampai ai rasa stress kena seluk bila dah stress seluk pun menjadi sakitlah!

Habis cerita "threatened miscarriage" pada minggu 16. Ai pun cubalah untuk tak stress semasa bekerja walaupun ai di tekan2 dengan pelbagai jenis ugutan dari 'mereka'. Ai amik pendekatan buat tak tau. Bumi Allah luas.

Satu la yang ai perhatikan pregnancy kali ni ai tak suka melawa, masa pregnantkan Mimi ai sangat suka melawa. Secalit eye liner pun ai tak lalu nak pakai. Contact lense pun tak nak pakai...biarlah rabun tak nampak pun tak pe. Berjalan, bercuti pun ai dah tak suka. Masak memang tak la....tengok dapur pun nak muntah.

Entah lah makin menjadi-jadi malas time mengandung kali ni. Jumpa orang pun kalau boleh tak mau.Incik Pinky pun dok komplen cakap apasal la bini dia ni jadi malas berganda-ganda. Tak leh nak buat apa dah...yang best ai suka makan nenas start minggu ke 18 sampai sekarang. Cuma ai tak makan pulur nenas (bahagian yang keras). Sebab doktor kata boleh je kalau nak makan.

Jadi kalau korang kat luar sana ada tips/petua pasal fibroid tu kongsi la ngan ai ye..memerlukan sangat nih.......trimas.

watermark

Thursday, August 6, 2015

:: Senarai Jalan Yang Ditutup Sempena Perlumbaan Grand Prix KL 2015 ::


Berikut adalah senarai nama jalan yang akan ditutup sempena perlumbaan Grand Prix KL yang akan berlangsung pada 7 hingga 9 Ogos 2015 :-

Jalan Ampang
Jalan Sultan Ismail
Jalan Raja Chulan
Jalan Perak
Jalan P Ramlee




watermark




:: Sidang Media Penemuan MH370 ::



Percaya? tak mahu percaya? Me? The truth is still out there................







KLIK SINI untuk melihat sidang media tersebut


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan serpihan pesawat yang ditemui di Pulau Reunion di Perancis Julai lalu adalah daripada pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370. Najib mengumumkan perkara berkenaan dalam satu sidang media tergempar awal pagi Khamis di sini.

sumber : Astro Awani


Al-Fatihah buat semua yg muslim @ MH370
watermark

Top Post