Monday, November 30, 2009

:: Permainan apa nih? ::

Jumaat...Sabtu...Ahad
Adalah hari hari yang mengelirukan dan mengecewakan dan menggembirakan (sikit sikit la)
Jumaat...di kala saat Muslimin dan Muslimat meraikan kedatangan Aidil'adha. Aku kebosanan duduk rumah.
Tak ada siapa nak ajak keluar! Gaji pon tarak. Sehinggalah Cik Vin mengajak aku keluar berbelanja duit gaji dia!
Trimas for the Mekdi.
In the other hand aku takkan ada cerita lain selain dari topik Mr Kitty.
Mr Kitty buat keputusan di saat saat akhir untuk pulang ke kampung halaman pada jam tengah tengah malam raya.
Atas sebab musabab yang teramat peribadi.

Sabtu. Dia pulang ke Kuala Lumpur. Tidur di ruman kawan dia Wan Surfboard @ Kajang.
Petang kami bertiga keluar ke Alamanda. Sebelum aku keluar rumah, tak tau kenapa aku merasakan yang bahawasanya
aku bakal MENYAKITI hati aku sendiri kali ini. Sampai di Alamanda aku jadik tak de mood.
Aku bukan jenis yang sangat suka menunggu orang! ITU BUKAN HOBI AKU!
Melainkan orang itu terlambat atas sebab yang amat amat tidak dapat di elakkan.
Aku memang tak de rasa nak senyum. Nak ketawa. bla bla bla~
Percubaan Mr Kitty mengorat seorang awek mat saleh bermuka melayu pure tidak berjaya. PADAN MUKA.
cakap je nak ngorat awek....nak g ayat sendiri tak berani.
Last last aku offerkan diri. Dia nak sangat kan?
Aku pon bersembang ngan awek tu dalam bahasa orang puteh sebab dia memang suka cakap orang puteh.
Namanya Fiza. Pelajar Engineering di UitM Perlis. Dan nak tau ape respon dia?
"I'M NOT INTERESTED!"
Aku gelak puas puas dalam hati.
Balik dari Alamanda...kami berdua berkonvoi.
Aku nak bawak kereta pun tak de mood. Selalunya pantang orang lain panaskan line aku ..... tgk la terbakar jalan raya tu!
Tapi mood aku jadik super sentimentel...
Berhenti kat Petronas persimpangan Country Heights.
Maka terjadilah drama sebabak yang telah mengguris hati wanita aku.
Dah lama aku tak menangis meraung raung cenggitu.
Dah lama mata aku tak bengkak dek menangis berjam jam lamanya.
Dah lama aku tak menangis sampai sakit kepala yang teramat sangat.
Dan........malam Sabtu lepas. Bersaksikan Petronas...
Apa yang aku pertahankan selama ni..
Apa yang aku impikan selama ni...
BAKALKAH IA BERAKHIR?
Aku masih dalam tanda tanya sebenarnya.
Apa yang terjadi.
Dia cakap benda yang masuk akal tapi tak masuk akal (perbuatan dia)

Ahad..
lepas apa yang berlaku pada hari Sabtu.
Apa yang dia kata tak serupa dengan yang dia buat.
Masih lagi kiss pipi aku bila perlu.
Masih lagi salam cium tangan aku.
Bertambah manja pulak dia.....

Ape sebenarnya aku dah tak tau nak kata apa.
Dia kata :
"Saya rasa kita akan lebeh rapat dan sesuai kalau kita berkawan baik"
"Saya rasa kita kene mula semula"
"Saya sayang awak"
"Awak pandang saya....awak pandang saya...dalam hati saya ni ada awak je....kalau awak leh baca hati saya skang...tak ada orang lain"
"Tak da siapa perfect, tapi awak yang terbaik setakat ni"
"Awak relax je....tak semestinya saya tak kawin dengan awak"
"Saya dah uji awak macam macam perkara....semua awak lepas kecuali satu..."
"Awak tak pernah berkira dengan saya...susah ke senang ke saya awak tetap dengan saya"
"Awak jangan risau saya sentiasa kat sisi awak..."

Apa sebenarnya yang dia nak???
Aku dah tension!!!!
Aku dah tension!!!
Aku ada perangai iaitu aku adh SET kan minda aku..IF orang tu BF aku..maka dia akan jadik BF aku bukan best fren aku...IF ko bestfren aku...sampai mampos pon ko takkan jadik BF aku....



p palang s :

Vin cakap mungkin dia masih nak test aku lagi
Adik aku pon cakap cenggitu...mungkin dia nak tgk if dia buat cenggitu kat aku....boleh tak aku bertahan dengan sikap dia yg mcm setan tu?


dan....Emie..BFA aku...suh aku dengar lagu ni..apasal tah dia marah betul ngan Mr Kitty



Ikhlasnya hati
Sering kali disalah erti
Tulusnya budi
Tidak pernah engkau hargai
Berlalu pergi dengan
Kelukaan ini
Kumengalah... ku bersabar
Bertentang mata seolah-olah tiada apa
Berpaling muka ada saja yang tidak kena
Mencari sebab serta alasan yang kukuh
Supaya tercapai hajatmu
Manis dibibir memutar kata
Malah kau tuduh akulah segala penyebabnya
Siapa terlena pastinya terpukau
Pujukmu, rayumu, suaramu
Yang menagih simpati dan harapan
Engkau pastinya tersenyum
Dengan pengunduran diriki
Tetapi bagi ku pula
Suatu ketenangan
Andai kita terus bersama
Belum tentu kita bahagia
Selagi tidak kau ubah
Cara hidupmu
Ada rahmatnya
Bila tidak lagi bersama
Terasa jauh
Diriku ini dengan dosa
Ku tinggalkanmu walau tanpa kerelaan
Yang nyata kau tidak berubah...
Katalah apa yang kau ingin
Selagi kau dapat berkata
Memang begitu sikapmu
Semenjak dahulu

No comments:

Post a Comment

komen yang murni-murni sudah, selebihnya SPAM!

Top Post