Ada orang email dan PM ai bertanyakan tentang proses membuat passport antarabangsa di UTC tempoh hari. Pengalaman ai membuat passport antarabangsa di UTC tak secantik mana segah nama UTC tu pun.
UTC yang ai pergi adalah UTC Sentul, berdekatan dengan rumah. Di buka setiap hari kecuali PUBLIC HOLIDAY. Hari Jumaat TUTUP dari jam 12-2 petang tak silap.
Kalau korang nak tahu, proses mengambil nombor sahaja kat UTC tu dah complicated. Mana tak nya..kali pertama ai ke UTC Sentul adalah pada waktu selepas waktu bekerja 02052014. Sampai sahaja di kaunter tertera notis "Nombor Giliran Habis" - ai jadi BLUR. Eh?! Waktu operasi masih berjalan tapi nombor giliran dah habis? macam tak masuk akal!
Ai pun pergi tanya akak RELA sorang ni. Dia pun explain kat ai. Katanya "Maaflah adik, kalau adik nak nombor adik kena datang pagi-pagi. Selalunya orang dah beratur depan pintu dari pukul 0630" - oh.....malam tu ai rasa macam nak hamuk je dalam UTC tu...tapi cakap kat diri sendiri. SABAR!
Bagi ai la number shud be running selagi waktu operasi berjalan. Tapi itulah yang membezakan GOV & Swasta!
Maka dengan itu hari Ahad berikutnya, Incik Pinky pun seawal pagi pergilah UTC tu balik semula dengan harapan dapat nombor, tak kisahlah nombor berapa. Dia sampai kat UTC kul 0800. Katanya barisan dah panjang giler sampai org kena beratur dekat tangga naik ke UTC. UTC sentul ni berada di tingkat 1 so, orang beratur dari level G ok!
1212,1213,1214 - adalah nombor giliran kami. Nak tau tak pukul berapa number tu di panggil?? Ye, number tu di panggil pada jam 1700! Oh...sangat menggila! (bagi ai la...dah la ai ni nak renew passport je pun)
Dah la system kejap online kejap offline. Kaunter tak semua beroperasi. Mula-mula lepas nombor dipanggil, pegi amik gambar dulu tak kira la buat passport baru or renew. Lepas tu kena tunggu pengesahan oleh pegawai atasan. Selesai urusan yang ni kena tunggu nombor di panggil untuk bayaran pulak. Lepas bayar. Kena tunggu kurang lebih 1 jam sebelum serahan di buat. So...korang kira dan agak sendiri la berapa lama proses buat passport kat UTC ni!
Peringatan ye...ada lebih baik korang bawak gambar back-up berukuran passport berlatar belakang putih in case of anything like camera tak leh function etc.
Bayaran untuk kanak-kanan minimum RM80, orang dewasa RM100 (kalau renew pun sama tau) dan warga emas RM80 tak silap. OKU percuma tak salah.
So total menunggu passport siap adalah SEPANJANG HARI! Teruk? Best? Korang nilai sendiri.
Ada yang tanya kenapa tak p pudu? My friend yg kije kat imegresen ckp utc pudu tu utc mini...sabtu ahad tak beroperasi. sebab tu tak p sana....ngeeeeeeeee
Kalau korang nak tau Syarat & Cara untuk Permohonan Pasport Malaysia Antarabangsa dengan lebih padat KLIK SINI ada entry special untuknya. So..kepada semua. Selamat membuat passport/renew passport dan happy vacation!
Ok..sekian bebelan ai. Trimas
ha ah OKU percuma..
ReplyDeletekalau nak renew, buat online dan collect kat pudu pun boleh.bukak sampai malam..
Skrg ni boleh lagi x kalau buat renew guna online?
Deletewahh dahsyatnye... nak menunggu tu yg azab.. T______T
ReplyDeletesalam
ReplyDeletejenjalan dari group review :)
follow sini yeee :)
Boleh
ReplyDelete