Tempat : Pak Uda Kitchen & Grill
Konsep Kedai : Western & Hollywood
Di mana? : Tepi highway DUKE berdekatan dengan Taman Samudera
FB : https://www.facebook.com/pages/Pak-Uda-Kitchen-Grill
Food : 4/5
Service : 5/5
Sebenarnya dah lama ai usha kedai ni sejak hari pertama kedai ni dibuka. Hari-hari tengok ramai orang, kedainya 'cerah' dan macam menarik. Terdetik hati nak pergi makan kat sana. Tapi tak ada masa.
At last, 04052014 ai ajak family ai makan kat Pak Uda Kitchen & Grill. Kalau korang nak tahu dekat mana kedai Pak Uda K&G ni senang je. Kepada sesiapa yang biasa dengan DUKE highway menghala ke TOL Gombak, sila pandang ke sebelah kiri jalan selepas sekolah memandu, sebelum Taman Samudera. Korang akan nampak lot perniagaan baru warna merah putih. Haaaaaaaaaaa..dekat situ la restoran Pak Uda K&G ni!
Ok, kat sini langsung tak ada masalah parking, so far parking lot bersepah. Mungkin sebab tak banyak kedai bukak.
Melangkah je masuk dalam kedai rasa amat teruja, sebabnya interior kedai sangat'welcoming' the customer. Putih bertatah Hollywood. Duduk dan tengok menu. Hurm...comel sangat!
Nama-nama menu semuanya based on Holloywood artist. Sama macam yang tergantung di dinding ada gambar Beatles, Elvis etc.
Pintu nak masuk dapur pun menarik, macam bilik persalinan ala-ala hollywood gitu! Heheheheh
Makanan? Not that bad mungkin ada sedikit 'amendment' has to be done. Gravy agak masin. Tapi kalau orang suka masin mungkin suka la. Black pepper sauce just nice.
Cuma rasanya kalau la the 'chips'/kentang goreng di gantikan dengan home-made chips ia akan jadi lebih enak dan nampak la ada 'signature' sendiri.
Ai personally like your meatball, kalau tambah skit raspberry sauce mesti lagi yummy!
Malam tu ai order Bon Jovi Grill Salmon. Tartar sauce anda memang SUPERB! Sedap gila....tak cukup sebenarnya sebekas kecik tu! Hehehehehe...Salmon not to dry. One of the best grill salmon, should do some variety to the sauce ada pilihan with lemon sauce perhaps?
Menu-menu yang lain tak mengecewakan. My family enjoy their time and the food.
Harga? Sangat-sangat berpatutan. Should maintain kot. Next time nak pergi nak try pasta pulak. Sebab tak de sapa pulak order pasta malam tu.
So...trimas for the warm and layanan yang comel. Trimas jugak to the cashier, lupa nak tanya nama abang comel tu. Senyuman anda memang comel. Tak lupa jugak buat abang berkaca mata memakai baju kelabu 'vespa'.
Oh ya...my compliment to the chef ya!
overall - ai keluar dari kedai anda dengan rasa kenyang dan happy! Ai kompem datang lagi as my mom say "Lepas ni kalau kita teringin makan western tak yah p jejauh dah kedai tu sedap!"
Ok...tu je kot my review kali ni. Trimas!
p palang s : kepada sesiapa yang belom join GA anjuran saya, KLIK SINI
nyummm3!! sedapnye tgk.. bila lah dpt makan nih ek.. on diet lagi..kikiki
ReplyDeletehttp://www.norainyusoff.com
macam menarik je suasana kat restorant pak uda ni..tengok menu pun mcm sedap :)
ReplyDeletesalam perkenalan dari group projek Legacy Secret Product