Pasport Malaysia
Antarabangsa
1. Pengenalan
Pasport Malaysia adalah
suatu Dokumen Perjalanan yang sah yang dikeluarkan kepada
warganegara Malaysia bagi maksud perjalanan keluar negara.
a. Kelayakan - Warganegara
Malaysia.
b. Tempat Memohon - Permohonan
boleh dikemukakan di semua Pejabat Imigresen Negeri di
Malaysia dan di Pejabat Perwakilan Malaysia jika berada di luar negara.
c. Tempoh Sah Laku - Tempoh sah
laku selama dua (2) tahun atau lima (5) tahun sahaja dari
tarikh dikeluarkan.
d. Spesifikasi Gambar Pasport
Polikarbonat
1.Kepingan gambar bersaiz 35mm x 50mm berlatar
belakang PUTIH tanpa bayang
2.Saiz wajah pembawa passport berukuran minima
25-30mm
(50% - 60% ukuran ruang gambar mengikut
ICAO)
3.Lebihan ruang di antara kepala dan hujung
kepingan gambar berukuran 10mm
4.Lebihan ruang antara dagu dengan hujung bawah
kepingan gambar berukuran 10mm
5.Pakaian berwarna gelap serta menutupi bahu dan
dada
6.Tiga suku profil tidak dibenarkan
7.Pemohon memandang tepat ke arah kamera
8.Mata perlu dalam keadaan terbuka dan mulut
tertutup
9.Rambut tidak melindungi wajah
10.Tidak menutupi dahi bagi yang memakai
tudung
2. Bayaran Pasport
a. RM100.00 untuk 2 Tahun
b. RM300.00 untuk 5 Tahun
3. Bayaran Bagi Warga
Emas (berumur 60 tahun ke atas) dan Kanak-Kanak (berumur dibawah 12 tahun)
a.
RM80.00 untuk 2 Tahun
b.
RM150.00 untuk 5 Tahun
4. Bayaran Separuh
Harga (RM 150.00 untuk 5 Tahun)
Bagi pelajar berumur di
bawah 21 tahun yang menerima tawaran melanjutkan pelajaran di Institut
Pengajian Tinggi (IPT) di luar negara)
a) Dokumen Sokongan :
i.
surat tawaran IPT atau
Agensi Pengambilan Pelajar atau surat tawaran biasiswa / tajaan
ii.
Resit bayaran yuran
pendaftaran
iii.
Kad Matrik Pelajar (jika
sedang belajar)
5. Pengecualian Bayaran
/ Percuma (Gratis)
a. Golongan orang kurang
upaya (OKU) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajiikan Masyarakat dan
mengemukakan Kad Pendaftaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat
sebagai bukti.
6. Bentuk Bayaran
a. Tunai
b. Wang pos atau bank draf yang dipalang
i. Malaysia - Atas nama KETUA PENGARAH IMIGRESEN
MALAYSIA atau PENGARAH IMIGRESEN NEGERI dimana permohonan dikemukakan.
ii. Luar Negara - Atas nama SURUHANJAYA TINGGI
MALAYSIA/PENOLONG SURUHANJAYA TINGGI MALAYSIA/KEDUTAAN BESAR MALAYSIA/KONSULAT
JENDERAL MALAYSIA (di mana berkaitan).
*Cek persendirian atau syarikat tidak diterima.
7. Cara Memohon Pasport
Kali Pertama
Pemohon perlu mematuhi
prosedur berikut:
a. Pemohon hadir sendiri di Pejabat Imigresen
atau Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara
b. SEMUA permohonan kali
pertama harus mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan di bawah :
Buku pasport baru akan dikeluarkan kepada permohonan gantian pasport.8. Permohonan Gantian Pasport Melalui Kaunter
Jika pemohon ingin memohon Pasport baru menggantikan Pasport yang belum tamat tempoh sahlakunya , baki tempoh (had maksima 6 bulan sahaja) yang ada dalam Pasport lama akan dimasukkan ke dalam Pasport baru dengan syarat-syarat berikut:
a. Bukan kes hilang atau rosak
b. Bukan kes dalam siasatan
c. Bukan permohonan gantian pasport untuk tempoh
sahlaku dua(2) tahun
Kategori
|
Dokumen yang
diperlukan
|
Pemohon bawah 18 tahun
|
§ Sama seperti dokumen yang dinyatakan pada kali pertama permohonan kecuali
sijil lahir yang hanya diperlukan jika anak di bawah usia 12 tahun bagi
tujuan dokumen pengenalan diri.
§ Pasport Malaysia yang terakhir digunakan.
§ 2 keping gambar bersaiz 35mm x
50mm berlatar belakang putih tanpa bayang.
§ Kehadiran ibu/bapa/penjaga sah untuk tujuan
kebenaran permohonan.
|
Pemohon atas 18 tahun
|
§ MyKad Pemohon
§ Kad Pengenalan Sementara (Resit JPN.KPPK 09
atau 11)(sekiranya tidak memiliki MyKad)
§ Pasport Malaysia yang terakhir digunakan.
§ 2 keping gambar bersaiz 35mm x 50mm berlatar
belakang putih tanpa bayang.
|
9. Kes
Kehilangan/Kerosakan Pasport Malaysia
a. Kes Kehilangan
i. Permohonan gantian bagi Pasport yang
telah hilang boleh dikemukakan di mana-mana Pejabat Imigresen yang berdekatan
dengan mengemukakan:
o
Kad Pengenalan (KPT)
o
Sijil Lahir
o
2 keping gambar
bersaiz 35mm x 50mm berlatar belakang putih tanpa bayang.
o
Borang Soal Selidik
Kehilangan Pasport (IMM.42c) yang boleh dimuat turun dan didapati di
mana-mana Pejabat Imigresen dan telah diperakui oleh Suruhanjaya
Sumpah/Mahkamah.
ii. Kelulusan permohonan gantian Pasport yang telah hilang adalah
bergantung kepada keputusan Ketua Pengarah Imigresen dan keputusan siasatan
dimaklumkan dalam tempoh lima (5) hari dari tarikh permohonan diterima.
iii.
Kategori Kes Kehilangan
BIL
|
KATEGORI HILANG
/ ROSAK
|
1
|
Kehilangan akibat
bencana alam (tsunami, gempabumi, banjir dan seumpamanya)
* bukti bencana alam
(surat Pegawai Daerah / Penghulu / Ketua Kampung / Perwakilan Malaysia di
luar Negara atau Pihak Berkuasa Negara terlibat dan seumpamanya)
|
2
|
Kehilangan / rosak
akibat kebakaran
*Perlu laporan pihak
bomba
|
b. Kes Kerosakan Pasport Malaysia
Pasport Malaysia diistilahkan rosak jika :
i. Basah
ii. Diconteng / terconteng
iii. Dikoyak / Terkoyak
iv. Dibakar / terbakar
v. Dimakan anai-anai/serangga
vi. Gambar pudar / luntur
vii. Butiran dalam pasport dipinda
Permohonan gantian pasport yang rosak boleh
dikemukakan di mana-mana Pejabat Imigresen yang berdekatan dengan mengemukakan
o
Dokumen-dokumen sokongan
(asal beserta salinan) seperti Kad Pengenalan (KPT)
o
Sijil Lahir dan
o
2 keping gambar
bersaiz 35mm x 50mm berlatar belakang putih tanpa bayang.
Kelulusan permohonan
gantian Pasport yang telah rosak bergantung kepada keputusan Ketua Pengarah
Imigresen dan tempoh keputusan siasatan dimaklumkan dalam tempoh lima(5) hari
dari tarikh permohonan diterima.
10. Maklumat Am
a. Penggunaan perkataan anak lelaki (A/L) dan
anak perempuan (AP/) bagi kaum India dan bukan Islam di mukasurat utama Pasport
Malaysia telah dimansuhkan tetapi dinyatakan pada mukasurat
'PEMERHATIAN'/'OBSERVATION'.
b. Jika pemohon dibawah usia 18 tahun, kad
pengenalan ibu atau bapa diperlukan.
c. Pasport Malaysia yang tidak dituntut
selepas tiga (3) bulan dari tarikh kutipan yang dinyatakan pada resit
bayaran akan dibatalkan dan dilupuskan.Pemohon yang pasportnya
telah dibatalkan jika memerlukan pasport hendaklah mengemukakan permohonan baru
mengikut proses biasa beserta bayaran.
d. Tiada lagi kemudahan memasukkan
butir-butir kanak-kanak dalam pasport ibu atau bapa. Kanak-kanak (termasuk bayi
yang baru dilahirkan) perlu memohon secara berasingan dan ibu bapa boleh
memohon untuk menukar gambar setelah bayi meningkat usia 2 tahun ke atas
disertai dengan 2 keping gambar bersaiz 35mm x 50mm berlatar
belakang putih tanpa bayang., Sijil Lahir dan hadir bersama-sama anak berkenaan
di Pejabat Imigresen.
e. Berdasarkan Akta Penjagaan Kanak-Kanak
(Guardianship Act 1961- Pind 1999), ibu kini boleh seperti bapa membuat
pengesahan bagi permohonan anak bawah 18 tahun.
Yg sistem baru ni dah x perlu bawa gambar, sistem baru ni macam buat IC, dia akan snap gambar kita kat c2 jugak. Skrg gambar kat passport, black & white daaa...
ReplyDeleteTapi make sure, utk pompuan pakai tdung yg kaler gelap...klu x nanti dia suruh tukar tudung kat c2... Hehehe~
Kitty kitty , kita tag kitty tuk Liebster Award.
ReplyDeletehttp://nadiaradzif.blogspot.com/2014/05/the-liebster-award-puan-husna.html