Tuesday, June 18, 2013

Segmen: Follow & Bloghopping Bubblynotes.Com.

Tetiba kan? Angin kus2 melanda dan terajin pulak nak buat segmen... wakakakaka...rasanya dah lama dah x organize segmen simple kat Bubblynotes... So, here I come...

This segmen dibuat bagi memudahkan saya a.k.a. Cik Puan Bubbly untuk follow dan bloghopping semua blog peserta segmen ini. Dalam masa yang sama, nak bagi ruang dan peluang pada semua blogger untuk turut follow, bloghopping dan berkenalan antara satu sama lain dengan lebih mesra giteww...he he he... 

Segmen: Follow & Bloghopping Bubblnotes.Com bermula dari hari ini, 15/6/2013, jam 11.30 pagi SEHINGGA 22/6/2013, jam 11.30 pagi... Aci tak? *_^... Hopefully segmen ni dapat sambutan dari uols macam segmen2 yang lepas dan semua blogger dijemput join...Pada yang rajin datang, rajin komen, silent reader, stalkers...ahaks... stalkers pun boleh... x ada masalah...masa untuk anda menonjolkan diri... ekekekekeke....

Hanya 4 Langkah Mudah Diperlukan:
1. Follow blog bubblynotes.com.
2. Buat entri bertajuk Segmen: Follow & Bloghopping Bubblynotes.Com.
3. Copy coding yang telah disediakan ke dalam ruangan HTML dan Publish entry. Untuk copy coding di bawah ni, sila HIGHLIGHT semua coding dan tekan CTRL+C secara serentak.

Kemudian, pastekan ker ruangan HTML uols seperti di bawah ni...

4. Tinggalkan URL entry uols ke dalam ruangan komen entri ini. 

Pemilihan Pemenang:
1. 10 blog akan dipilih melalui Pakcik Random. (random.org)
2. URL Blog pemenang akan diletakkan di sidebar bubblynotes untuk tempoh sebulan bermula dari 23/6/2013 sehingga 23/7/2013.

So, kalau2 sudi tu, silalah support dan juga join... *_^... Selamat Bersegmen & Ber-Bloghopping!

Monday, June 17, 2013

:: Petua Melebatkan Rambut Bayi ::

Macam-macam petua yang ai baca dan dengar ..tapi petua yang bakal ai kongsikan ngan uolls adalah petua yang diturunkan kepada ai oleh my mom....

1) sapu minyak kelapa (tapi kalau baby kecik sangat sikit2 sudah sebab 'panas' katanya)

2) pucuk manis+susu ibu (ramas2 daun pucuk manis tu dalam susu ibu...sapukan kat kepala baby ala2 tepek bedak sejuk gitu) - andai kata dah tak de susu badan...gunakan alternatif minyak zaitun/baby oil sebagai ganti

3) sapu minyak buah keras. Buat sendiri je.

cara-caranya. Beli buah keras. Goreng kering buah keras berkenaan. Sampai warna dah kecoklatan pekat..jgn sampai hangus lak. Angkat, lepas tu campur skit ngan minyak kelapa buatan sendiri. Siap!

Cara 2 : ada juga orang rebus buah keras ni...sebab biasanya buah keras akan keluarkan minyak. Bila ada ala-ala minyak terapung2 tu..amik la minyak yang ada tu. Cenggitu la lebeh kurang cara nak buat minyak buah keras.

so far? memang berkesan...
Jangan lupa selawat... :)



Friday, June 14, 2013

:: Makan Review - Mee Udang Mak Jah Wangsa Maju ::


ONE WORD!

tak leh lawan mak jah kat Kuala Sepetang nun
Serivce? Hurmm 2 out of 5 star! Maaf la ye..apasal lambat bebeno?
Suasana? Ok..but kawasan kecik..kalao datang dengan crowd yang ramai macam my family memang alamat satu restoran kena tutup sebab kitaorang je konker! heheheheeh

Tapi...Pekerja manis senyuman. Char kuey teow sedap. Yang lebihnya rasanya better p mak jah Kuala Sepetang...sekian!


Wednesday, June 12, 2013

:: Kota Kinabalu Tour - Part 4 ::

Well, this is the last part of my Sabah tour.
Please click here for :




Ok...still remember my tour guide, Mr. AL? Haa...dia kerja kat sini. Mayflower - selain dari hire dia as tour guide, korang jugak boleh sewa kereta di Kota Kinabalu melalui dia. AL kat Mayflower Kota Kinabalu ni dia Manager. Sekali lagi for those who is looking for a tour guide or car rental service in Kota Kinabalu, you can call Mr AL at 016-3392902.


This is CenterPoint Sabah, Shopping mall yang biasa ala-ala pertama complex tapi yang best KFCnya menghadap laut/ Pulau Gaya.


Suria Sabah, Haaa...yang ni shopping mall yang baru - nak buat ala-ala KLCC kata AL (hehehhehhee)



Tanjung Aru - tempat lepak yang best di waktu malam (ini kata AL ye)



dekat Tanjung Aru ni sangar famous dengan buah potong dan jeruk.


dan yang paling best view sunset yang sangat superb!



malam tu sebelum bertolak ke KL, AL bawak kami tengok dancing fountain kat Perdana Park




Dan akhir sekali AL bawak kami ke Tugu Peringatan Double Six


Al-Fatihah buat mereka yang muslim yang terkorban dalam nahas ini.
(6/6/1976 - Ada cerita yang menarik tentang peristiwa double six ini...nanti ai cerita ok)





babai Kota Kinabalu. Surely will come here again in 2014!
Hahahahaha










Tuesday, June 11, 2013

:: Langkah Pertama Bayi Anda ::

Berjalan sangat penting untuk perkembangan dalam kehidupan anak anda. Ia adalah petanda anak akan meninggalkan dunia bayinya. Kebanyakannya bayi pada usia 8 bulan akan mula merangkak, bergolek dan secara beransur akan mendapatkan kekuatan otot dan koordinasi badan untuk memudahkan ia berjalan. Selalunya anak kecil akan melakukan langkah pertama pada usia antara 9 dan 12 bulan. Kemudian akan mula berjalan dengan baik pada usia 14 atau 15 bulan.

Sentiasalah ingat bahawa anak kecil belajar bagaimana untuk berjalan sebelum mereka belajar mendengar. Jadi, jangan memaksa anak kecil anda untuk memahami apa yang anda ingin ajarkan kepadanya kerana mereka masih belum mengerti apa-apa lagi. Apa yang anda perlu lakukan ialah bersabar dan pilih beberapa cara untuk mengajar anak untuk berjalan.

Mari ikuti maklumat bagaimana untuk kita membantu anak kecil meningkatkan perkembangan kemahiran berjalan dalam dirinya.

1. Pastikan rumah anda selamat untuk mencegah anak daripada mendapat kecederaan pada sudut, tangga semasa mengajar anak kecil anak berjalan.

2. Setelah anak kecil anda belajar merangkak, bantu dia untuk terus melangkah dan pegang tangannya sehingga dia mampu untuk berdiri dengan betul tanpa jatuh.

3. Walaupun anak kecil anda mula berdiri sendiri tanpa bantuan anda, dia tetap memerlukan bantuan anda untuk kembali duduk. Mungkin dia akan menangis. Jangan hanya memujuknya untuk meredakan tangisannya tetapi ajarlah dia cara yang betul untuk duduk. Ajarlah dia bagaimana untuk membengkokkan lutut supaya dia boleh duduk tanpa jatuh. Berilah dia masa untuk mencuba sendiri.

4. Pastikan ada perabot untuk dia memegang supaya dapat bergerak sendiri dengan mudah.

5. Pegang tangannya kerana dia belajar untuk mengimbangi dirinya. Anda boleh menggalakkan bayi anda berjalan sambil memegang ke dua-dua tangannya. Anda boleh memegang tangannya sama ada anda berdiri atau melutut di hadapannya dan kemudian biakan dia berjalan ke arah anda seterusnya anda boleh melepaskan dia berjalan tanpa bantuan daripada anda lagi.

6. Berada berdekatan dengannya. Dia mungkin akan berjalan satu atau dua langkah sebelum mencari sokongan. Selepas mencuba sahaja, dia akan lebih yakin untuk berjalan banyak lagi untuk langkah demi langkah. Sebelum anak anda tahu berjalan dengan sempurna, anda pastinya akan ‘menangkap’ dia beberapa kali untuk mengelak dia jatuh.

7. Apabila anda mengajar anak kecil anda untuk berjalan, jangan menggunakan walker. Ia boleh mengundang risiko bahaya yang boleh menyebabkan kemalangan dan kecederaan.

8. Elakkan membeli kasut sehinggalah anak anda boleh berjalan. Biarkan dia belajar berjalan di permukaan kasar, sejuk, berpasir atau berumput. Juga kerap berjalan berkaki ayam membantu mereka memperbaiki keseimbangan dan penyelarasan. Pastikan kakinya di basuh segera untuk mengelak sebarang jangkitan kuman.

9. Salah satu perkara yang paling penting yang anda boleh lakukan untuk mengajar anak kecil anda berjalan ialah menggalakkan dia untuk mendapatkan banyak senaman. Bantu dia untuk meningkatkan koordinasi bandannya dengan bermain permainan fizikal dan permainan kanak-kanak yang menggalakkan ketangkasan.

10. Permainan jenis tolak dan tarik sangat baik untuk mengajar bayi anda berjalan. Anda juga boleh bermain dengan menendang dan membaling bola. Aktiviti-aktiviti ini sedikit akan menggalakkan koordinasi mata tangan dan keseimbangan badan.

11. Bagaimana pun, jangan memaksa anak kecil anda untuk berjalan terlalu awal jika dia tidak menunjukkan tanda-tanda boleh berjalan lagi. Ini kerana kakinya masih belum bersedia untuk menyokong badannya. Jangan bimbang, dia akan berjalan dalam tempoh masa terdekat.

12. Cuba ajak anak kecil untuk berjalan bersama dengan anda tetapi pastikan anda tidak bergerak terlalu laju supaya dia tidak mudah jatuh. Mulakan dengan berjalan di hadapan rumah anda, atau laman rumah.

13. Jangan sekali-kali tinggalkan anak kecil sendirian. Dia mungkin akan jatuh atau memerlukan bantuan anda.


p palang s : trimas pa & ma

Top Post