Showing posts with label kota kinabalu. Show all posts
Showing posts with label kota kinabalu. Show all posts

Wednesday, June 12, 2013

:: Kota Kinabalu Tour - Part 4 ::

Well, this is the last part of my Sabah tour.
Please click here for :




Ok...still remember my tour guide, Mr. AL? Haa...dia kerja kat sini. Mayflower - selain dari hire dia as tour guide, korang jugak boleh sewa kereta di Kota Kinabalu melalui dia. AL kat Mayflower Kota Kinabalu ni dia Manager. Sekali lagi for those who is looking for a tour guide or car rental service in Kota Kinabalu, you can call Mr AL at 016-3392902.


This is CenterPoint Sabah, Shopping mall yang biasa ala-ala pertama complex tapi yang best KFCnya menghadap laut/ Pulau Gaya.


Suria Sabah, Haaa...yang ni shopping mall yang baru - nak buat ala-ala KLCC kata AL (hehehhehhee)



Tanjung Aru - tempat lepak yang best di waktu malam (ini kata AL ye)



dekat Tanjung Aru ni sangar famous dengan buah potong dan jeruk.


dan yang paling best view sunset yang sangat superb!



malam tu sebelum bertolak ke KL, AL bawak kami tengok dancing fountain kat Perdana Park




Dan akhir sekali AL bawak kami ke Tugu Peringatan Double Six


Al-Fatihah buat mereka yang muslim yang terkorban dalam nahas ini.
(6/6/1976 - Ada cerita yang menarik tentang peristiwa double six ini...nanti ai cerita ok)





babai Kota Kinabalu. Surely will come here again in 2014!
Hahahahaha










Monday, June 10, 2013

:: Kota Kinabalu Tour - Part 3 ::


Seterusnya kami dibawa melawat beberapa tempat yg ikonik di Kota Kinabalu



Atkinson Clock Tower -
Menara jam ini dibina bagi memperingati mendiang Francis George Atkinson, pegawai daerah pertama Jesselton yang meninggal dunia kerana penyakit malaria atau "Demam Borneo" ketika berusia 28 tahun pada Disember 1902.
Struktur asal dah tak ada sebenarnya yang ada sekarang pun adalah struktur yg dah dipulihara ye la diperbuat dari kayu..kalau dari tahun 1902 dah tentu 'makan' dek usia kan?
Dan kepada mereka yang belum pernah pegi don't put too high expectation sebabnya tempat ni kecil sahaja dah macam abandon sikit ye.


AL bercerita kat couple dari United Kingdom ni pasal Atkinson Tower.

Selepas Atkinson Clock, kami di bawa ke Bukit Bendera atau lebih terkenal dengan nama - Observatory Tower of Kota Kinabalu.


Tak berapa tinggi tempatnya, tapi cukup tinggi untuk nampak bandar KK.


Ini Masjid Negeri Sabah. Masjid Negeri Sabah pernah diklasifikasikan sebagai bangunan masjid yang tercantik di Asia. Dan yang uniknya masjid ini ada 'part'nya yang diperbuat dari emas. Real gold okay!


dan disebabkan Mama Kitty yang dok bebel tanya bila nak shopping bila nak shopping, AL kemudiannya membawa kami ke :



di sini la ai menghabiskan beberapa RM. Yang penting mulut manis tawar menawar dan yang paling di advice adalah membawa 'local people' unless you know how to speak in their dialect. And no worries it won't cost you much when your are here in Kota Kinabalu.


Ku borong sebanyak-banyaknya kuih cincin ni sebab ku sangat suka. Yang tak bestnya ai terlupa  beli amplang!


Ha....kalau uolls ke pusat kraftangan kat KK nun..kalau nak beli mutiara sabah, beli kat mak cik ni sebab berpeluh jenuh ai berjalan dan ask around she is the one that can give me the best lowest price! Tak kisah la mutiara air tawar ke air masin ke. Kedai number berapa tak ingat dalam 50++ kot...lupa daaaaaa.




Ini pulak cubaan AL mengorat awek jual t-shirt sebab nak suruh bagi harga runtuh kat kitaorang. Hahahaa. Result? BERJAYA!
Sekali lagi for those who is looking for a tour guide or car rental service in Kota Kinabalu, you can call Mr AL at 016-3392902.


Oh ya..sebelum ai terlupa ada beberapa gambar yang i tak sempat snap contohnya Pasar Filipina/Filipino Market yang terletak kat belakang Pasar Kraftangan. Buat yang tak tau apa itu Filipino Market senang cakap actually ianya adalah sebuah 'pasar malam'

Lagi satu Gaya Street, yang ni pun tak sempat nak snap - bagi ai Gaya street market ni, masa ai pegi lebih banyak jual barang bundle. Ngeeeee. So kalau bawak anak-anak kecik tu tak yah la nak pegi sangat, lalu je tak pe. :P


ini Menara Tun Mustapha yang leh pusing 360


ok.....bersambung di episod seterusnya!






Thursday, June 6, 2013

:: Kota Kinabalu Tour - Part 2 ::

sila enjoy the picture (sambungan dari cerita yang DI SINI)


Entrance to Tuanku Abdul Rahman Park


antara makanan di pulau


khemah disediakan untuk pengunjung


the most famous dish on the island (ni resepinya boleh buat bagi makan kat baby ok)


the team yang paling banyak membantu yg paling rendah tu la boss dia! (later ai akan update their number)


Wan and his team mate yg boleh membantu dari segi diving


ala-ala "wahaiiiiiiiiiiiiii sang pelangi indahhhhhhh"


AL (in yellow shirt, he is my tour guide and still single!)
016-3392902 (AL)


Untuk pengetahuan uolls, boat-boat transfer can be board from Jesselton Point. It offers island transfer service to the neighboring island such as Manukan,Mamutik,Sapi, Sulug and Gaya.

Jadualnya seperti berikut : 0830-1700 (ini untuk jadual operasi bot)
Jadual Kaunter : 0800-1800

Bot-bot ini akan memulakan operasi dari jam 0830 dan waktu terakhir mereka akan jemput penumpang dari pulau adalah 1615. Perjalanan dari jeti ke pulau pulak ikut destinasi. Tapi takkan makan masa lebih dari 30 minit. Tetibe teringat AL cakap next time kami datang dia nak bawak kami ke Mantanani Island if ada ruang waktu yang cukup.

Ok untuk boat fare (return), please read below :
Boat Fare Return:
: RM23 (Adult)
: RM18 (Children below 11 years old)

Terminal Fee (Return):
: RM7.20 (Adult)
: RM3.60 (Children below 11 years old)


Sementara untuk conservation fee ataupun senang cerita bayaran tiket masuk ke Taman Tuanku Abdul Rahman adalah RM3 untuk Malaysian dan RM10 untuk non-Malaysian.


p palang s : i will update their contact number untuk reference uolls

ok! bersambung lagi!




Tuesday, June 4, 2013

:: Kota Kinabalu Tour - Part 1 ::


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. 

Dengan rendah diri asaya ingin memunaikan janji saya kepada ‘tour guide’ saya sewaktu saya dan keluarga saya ke Sabah tempoh hari.

Saya ucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada tour guide saya (mungkin juga tour guide anda satu hari nanti) Mr. AL yang banyak membantu dan bercerita itu dan ini serta membawa kami berjalan-jalan di sekitar Kota Kinabalu. If your are interested to hire a tour guide with an affordable price when you are in Sabah, you call him at 016-3392902 (AL). Dia adalah orang yang sangat membantu from A-Z!

Jujur memang tak puas percutian kali ini! Sungguh tak puas mana taknya? Tak berkesempatan nak ke Gunung Kinabalu (yang boleh Nampak dari pulau), nak ke Beaufort, nak ke Kundasang bla…bla..bla.
Di sana kami menetap di Cititel Express yang rate harganya memang sangat berpatutan la sangat sangat!

Touch down di Kota Kinabalu pada jam 2300++, Mr. AL dah menunggu kami selama sejam akibat flight delay dari Kuala Lumpur. Baiknya hati Mr. AL ini, ai memang recommend kat uolls if uolls memerlukan tour guide di Kota Kinabalu mahupun Sabah Tour, leh la contact Mr. AL (jangan risau dia adalah tour guide yang berlesen ya!)

Kemudian Mr. AL bawa kami check in di Cititel, lepas tu bawak pegi supper..ye la dah lewatkan.
0600 waktu Kota Kinabalu.. Mr. AL sms cakap hari ni dia nak bawak kami jalan-jalan di Pulau katanya. Kat mata dah terbayang baying pulau-pulau yang cantik2 yang nak di teroka!!
Selepas bersiap-siap, sarapan pagi, mandikan Mimi. Kitaorang pun berpacking-packing la segala barang nak bawak ke pulau. Ngan Mimi sekali ai lumurkan sun block! (recommended jugak sun block yang ai beli ni okay!)

Mr. AL jemput kami di hotel dan sambil-sambil nak sampai ke Jesselton Jetty Mr AL bercerita macam-macam tentang Kota Kinabalu. Dia tunjuk bangunan itu ini sambil bercerita latar belakang segala.
Sampai di Jesselton Jetty, kami terpaksa menunggu sekejap sementara bot siap sedia. Untuk info uolls Mimi berusia 9 bulan ketika ini. Dan ini adalah kali pertama ai bawak Mimi naik speedboat. Apa yang penting, uolls ikut je semua peraturan yang telah ditetapkan oleh pemandu boat ye. Well kalau baby terlalu kecil saiznya mungkin pemandu boat tak bagi bawak baby naik speed boat.

Antara Gaya,Sapi,Manukan serta Mamutik….

Pulau Mamutiklah PALING CANTIK!

Ini di mata ai la sebabnya masih banyak ikan warna warni dan coral yang lawa-lawa kat sini, sementara di pulau lain yang ai sebut awal tadi, coral banyak yang dah macam mati dan dah tak banyak ikan. Reminder!!! Anda TIDAK DIBENARKAN bagi IKAN MAKAN sebab takut mengganggu ekosistem ok…biarkan ikan-ikan itu berenang dan mencari makanan sendiri.

Ai ada berbual juga dengan beberapa orang pelancong dari Jepun dan Australi juga Taiwan, derang pun cakap derang lagi suka Mamutik.  Mr AL cakap sekali lagi dating kalau ada masa dia nak bawak kitaorang pegi Mantanani yang dari cara lontaran ayat Mr AL ni teramatlah cantik, tapi ai nak suh dia bawak ai pegi POM POM (boleh??).

Kalau korang nak tour pegi Pulau-pulau ni especially Pulau Mamutik, tak payah la nak bawak bekal bagai, sebabnya kat pulau ni sendiri derang dah siapkan makan minum untuk pengunjung. Tinggal nak bayar kat jeti je sekali ngan pakej boat. Dekat pulau ni jugak la ai menambah kawan-kawan baru yang terdiri daripada orang-orang kuat pulau sekitar sabah bahhhhhh. Yeah! Kalau korang nak berjalan-jalan di sana nanti leh jugak contact mereka-mereka ini ya!

Memang best percutian pulau ai kali ini bersama my lil’ family. Yang penting semua puas kepenatan termasuk Mimi yang sangat suka berenang!

Kami balik ke Jesselton semula pada jam lebih kurang 1700 di mana Mr AL sibuk bercerita mengenai Kota Kinabalu suatu ketika dahulu. Trimas AL for the info.
Malamnya AL bawak kami makan di KOKi Bandung. Uiyaaaaii sedap jugak makanan dekat sini.
Ok enuff said mari tengok gambar (Click Here)

so bersambung di episode seterusnya!




pemandu boat yg banyak membantu


here fishy fishyyyy


ok...next!

Top Post