Showing posts with label petua. Show all posts
Showing posts with label petua. Show all posts

Monday, June 17, 2013

:: Petua Melebatkan Rambut Bayi ::

Macam-macam petua yang ai baca dan dengar ..tapi petua yang bakal ai kongsikan ngan uolls adalah petua yang diturunkan kepada ai oleh my mom....

1) sapu minyak kelapa (tapi kalau baby kecik sangat sikit2 sudah sebab 'panas' katanya)

2) pucuk manis+susu ibu (ramas2 daun pucuk manis tu dalam susu ibu...sapukan kat kepala baby ala2 tepek bedak sejuk gitu) - andai kata dah tak de susu badan...gunakan alternatif minyak zaitun/baby oil sebagai ganti

3) sapu minyak buah keras. Buat sendiri je.

cara-caranya. Beli buah keras. Goreng kering buah keras berkenaan. Sampai warna dah kecoklatan pekat..jgn sampai hangus lak. Angkat, lepas tu campur skit ngan minyak kelapa buatan sendiri. Siap!

Cara 2 : ada juga orang rebus buah keras ni...sebab biasanya buah keras akan keluarkan minyak. Bila ada ala-ala minyak terapung2 tu..amik la minyak yang ada tu. Cenggitu la lebeh kurang cara nak buat minyak buah keras.

so far? memang berkesan...
Jangan lupa selawat... :)



Tuesday, May 21, 2013

:: Petua/Pantang Larang Demam Campak Halus ::


Dear Mimi,
Ini adalah catatan mama buat mimi, manalah tau berguna kemudian hari nanti bila mimi pulak dah ada anak...hehhehehe

Tanggal 17/05/2013 badan Mimi macam dedar sikit, kejap panas macam demam kejap macam normal lepas tu panas balik. Mama ingat demam biasa, so mama pun bagi la makan ubat demam & lap-lap badan mimi dengan air sejuk.

Esoknya bila mama nak mandikan mimi, mama pelik sebab badan mimi merah-merah macam naik ruam. Mama terus tunjuk kat nenek...nenek cakap 'Eh....mimi kena demam campak halus ni!' sungguh konfident nenekmu wahai mimi...sangat konfident. Mama pun tanya la kat nenek. "La...mana mak tau ni demam campak halus, tah-tah ruam tak?"
Nenek dengan konfident jawap lagik..."Meh bawak dia kat cerah sikit..."
Dalam keadaan mimi yang comel tak berbaju tu, nenek inspection mimi.."Haaa...tengok nih...dah sampai ke betis dah..takkan ruam habis satu badan, ni demam campak halus nih...." sekali lagi guru pencen tu menegaskan kata-katanya. Ewahhhh!!!!

So Mama pun redha je la..Mimi kena demam campak pada usia mimi tak sampai 10 bulan.

Nenek pun mula la mengeluarkan segala jenis ilmu di dadanya serta cerita pengalaman mama,pak ngah,maklang,pak chik & pok cu bila zaman kami terkena demam campak halus nih.

Mula-mula nenek kata :

[1] "Jangan duduk kat dapur time orang tengah memasak...tak elok"
[2] "Beli air kelapa ORI..hari2 mesti beli kelapa baru or beli je banyak2 buat stok..sehari mesti sebijik kelapa fresh, untuk buat mandi, minum and campur dengan bedak sejuk"
[3] "Disebabkan masih lagi breastfeed, sila elak makanan yang boleh menyumbang kepada keGATALAN. No Ayam No Telur!"
[4] "Jangan pakaikan Mimi dengan baju yang tebal2..baju lubang sudah..nanti berpeluh bertambah gatal"
[5] "Cari daun semambu..untuk buat lapik tidur & mandi"
[6] "Jangan bagi kena hujan! Nanti bentan!"


Fuh!!!! Mencabar jugak bila mimi terkena demam campak halus nih.
Tapi Mimi demam semalam sahaja. Esoknya dah sihat wal'afiat tak de demam, tak de selsema ataupun batuk. Selebihnya AKTIF macam biasa.


So, kepada semua mak/mama/mommy/umi/bonda kat luar sana....kalau anak diserang demam campak halus jangan panik ye...meh la amalkan petua-petua serta pantang larang yang ada ni...


ni la rupa daun semambu/bambu tu






Wednesday, May 8, 2013

:: Petua untuk bengkak susu ::


Selama ai bf kan mimi...baru sekali ai kena bengkak susu tapi...sakitnya..mak aiiii...so my mom pun adalah bagi beberapa petua, ada jugak kawan-kawan yang bagi..so meh kita tgk beberapa petua yang ada untuk kurangkan bengkak susu.

1.      Susukan bayi anda dengan kerap, iaitu setiap dua atau tiga jam, walaupun terpaksa mengejutkan bayi anda daripada tidur. Pastikan bayi menyusu daripada kedua-dua belah payu dara pada setiap penyusuan. Cuma pastikan sebelah yang pertama tadi telah dihisap sepenuhnya sebelum memberikan yang sebelah lagi. Pada sesi penyusuan yang berikutnya, mulakan dengan sebelah payu dara yang terakhir dihisap.
2.      Satu cara untuk memudahkan pengeluaran susu ialah dengan meletakkan tuala panas di dada, ataupun mandi dengan air suam sebelum memerah. Air suam mandian itu sendiri mungkin boleh menyebabkan susu keluar dengan sendirinya dan dapat melembutkan areola. Ini mungkin akan memakan masa. 

3.      Semasa bayi sedang menyusu, urut payu dara yang sedang dihisapnya perlahan-lahan. Ini dapat membantu pengaliran susu dengan lebih lancar dan turut melegakan sedikit ketegangan dan ketidakselesaan pada payu dara.
4.      Jika payu dara terlalu penuh dengan susu, menggunakan pam sekali-sekala untuk mengeluarkan susu berlebihan adalah elok dan tidak akan memburukkan keadaan. Penghasilan susu yang berlebihan hanya akan berlaku jika si ibu mengepam lebih daripada keperluan bayinya sedangkan bayi itu sudah menyusu dengan baik.
5.      Menyikat payu dara yang bengkak. Sikat pakai belakang sikat keyh! Sikat ke arah nipple.
6.      Sesetengah wanita mendapati, meletakkan daun kubis segar pada payu dara boleh membantu melegakan kesakitan, walaupun tiada bukti untuk menyokongnya. Daun kubis itu mungkin ada kesan penyejukkan tetapi ia tidak dapat mengubati penyebab sebenar payu dara bengkak iaitu susu tidak dikeluarkan daripada payu dara dengan efisien (buat sesekali sahaja kerana jika diamalkan selalu boleh menyebabkan susu kering). << this one my mom tak berapa nak setuju..my mom cakap kalau nak keringkan susu boleh la...ishhh tak nak la ai!
7.      Ambil cuka makan dan campurkan dengan air di dalam piring. Ambil kapas, celup dan sapu pada sekeliling payu dara. Jangan sampai terkena bahagian puting. Lakukan setiap hari sehingga tiada lagi masalah bengkak.
8.      Ambil beberapa helai daun sirih dan disapu minyak zaitun di permukaan hadapan. Layur daun sirih tersebut di atas tudung periuk. Tekap pada payu dara bila daun agak-agak suam. Selain daripada melancarkan pengeluaran susu, ia juga mengurangkan rasa sakit bengkak.
9.  Urut payu dara sedikit sebelum mengepam. Buat urutan membulat seperti pemeriksaan payu dara pada kawasan yang ada rasa berketul-ketul.
10. Jika anda tidak dapat menahan sakit, anda boleh ambil ubat tahan sakit seperti paracetamol dengan nasihat daripada doktor.



Top Post