Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Friday, October 17, 2014

:: Resepi - Meatball Berkeju Syahoney Kitty ::

Bahan-bahan
500gm daging hancur
1/2 bawang india cincang
1 biji bawang putih
2 sudu kecik parsley
1 biji telur
1/2 sudu kecik garam
1/2 sudu kecik black pepper
1/2 cawan breadcrumbs
500gm mozzarella dadu je
1 sudu minyak zaitun







Cara :

1. Masukkan daging,bawang india,bawang putih,parsley,telur,garam,pepper dan breadcrumbs sekali. Gaul sebati.
2. Bola-bola kan adunan tadi
3. Penyetkan sikit adunan untuk tujuan nak masukkan mozarella cheese
4. Bentukkan semula bebola itu
5. Panaskan minyak dan goreng!
6. Siap!



watermark

Thursday, August 21, 2014

:: ROTI LAPIS DAGING BERKEJU ::



Bahan-bahannya :
---------------------------

- 300gm daging cincang @ 4 keping daging burger (dihancurkan)
- 2 ulas bawang putih
- 1 biji bawang besar
- ½ paket perencah daging black pepper
- sedikit air
- garam dan gula
- minyak
- 12 keping roti gardenia
- 3 biji telur
- 200ml fresh milk
- 8 keping any slice cheese cheesdale/kraft
- cheddar diparut
- sayur ikut suka

Cara-cara Untuk Inti :
--------------------------

- Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang putih,
- Kemudian masukkan bawang besar dan daging/ayam cincang, goreng hingga garing/empuk
- Masukkan sayur jika perlu
- Masukkan perencah black pepper dan sedikit air, masak sehingga daging masak dan kering
- Ketepikan dan biarkan ia sejuk

Untuk Roti :
--------------

- Ratakan mentega atau minyak disekeliling loyang untuk mengelakkan dari melekat
- Bancuhkan telur dan susu sehingga sebati
- Celupkan roti kedalam bancuhan susu sehingga rata dan susun dalam loyang pembakar sehingga penuh loyang untuk layer pertama (4 keping)
- Tuangkan separuh dari inti tadi dan ratakan untuk layer pertama
- Susun slice cheese ke atas inti
- Tutup dengan lapisan roti yang dicelup dengan susu untuk layer seterusnya
- Dan ulang seperti layer pertama tadi
- Akhirnya tabur keju cheddar/mozarella di lapisan atas sekali
- Jika ada lebihan campuran susu tadi, siramkan ke atas roti
- Bakar dalam oven dengan suhu 180c selama lebih kurang 35-40 minit (sehingga masak)



Hello Kitty  Wink Peace - Hellokitty

Thursday, August 14, 2014

:: Resepi Spaghetti Carbonara Kitty ::

- udang atau ayam kisar secukup rasa. (kalau udang i biasanya guna dalam 20 ekor potong 2, kalau ayam kisar i guna 250gm)
- sosej di potong-potong
- 2 batang celery sepokok dipotong-potong
- 1 batang leek potong-potong (ambil isi dalam sahaja)
- 2 helai oregano
- sedikit thyme
- 4 ulas bawang putih dipotong-potong
- 1 biji capsicum dipotong-potong
- cendawan butang dipotong-potong
- minyak zaitun
- secawan susu cair
- sos carbonara










cara :

1. panaskan minyak zaitun.
2. masukkan sayuran terlebih dahulu (capsicum,celery,bawang, cendawan,leek)
3. lepas nampak hampir layu, masukkan sosej, udang/ayam. biarkan sampai hampir masak
4. masukkan sos carbonara 2 botol
5. biarkan ia merebih, kemudian masukkan susu cair. kacau...
6. kalau anda tak suka pekat, masukkan sedikit air.
7. masukkan oregano & thyme
8. biarkan seketika sampai menggelegak. test-test rasa..kalau sedap dah boleh hidangkan.
9. siap!




sila fokus pada gambar yg di atas...yg bawah tu bolognese. i kalau masak memang masak skali dua gravy terus....hehehe




Hello Kitty  Wink Peace - Hellokitty

Friday, April 18, 2014

:: Resepi Puding Roti Syahoney Kitty ::

Asalnya ai campak-campak je semua bahan yang ada sebab tak nak terikat dengan resepi yang ai pernah baca kat internet. Tak sangka pulak bila dah siap....tak sampai 10 saat dah habis semua.....terima kasih para pembeli ketika itu...gambar pun tak sempat nak snap sebab lagak macam piranha mereka semua.

-Bahan-Bahan-

1) Susu cair 1 tin
2) Roti Gardenia 1 bungkus
3) Susu Pekat 3 sudu besar
4) Telur ayam 1 biji
5) Planta/Butter 3 sudu besar

-Bahan-Bahan Sos-

1) Tepung kastad
2) Susu cair/fresh milk
3) Susu pekat

~ bahan-bahan ni semua di masak atas api yang perlahan. Tiada sukatan minimum atau maksimum sebabnya kalau suka banyak..leh buat banyak janji susu mesti lebih dati tepung kastad ~




-Cara-

1) Pukul planta/butter bersama susu cair dan telur ayam sampai kembang. Kalau rasa lambat, korang masukkan dalam blender dan kisar je (hahahahhaha)
2) Roti tadi kalau nak sedap, sapu planta or butter then bakar dalam kuali. Ini untuk memastikan roti itu masih lembab berkrim ketika di bakar. Kalau nak bakar dalam toaster pun boleh tapi roti akan jadi kering.
3) Ketepikan roti yang siap di bakar. bagi sejuk dulu.
4) Loyang jangan lupa sapukan sedikit butter/planta. Lepas tu carik-carik roti tadi masukkan dalam loyang.
5) Tuang adunan (1) ke dalam loyang berisi roti. Tekap-tekap bagi ala-ala padat gitu dan biarkan selama 20 min. Untuk apa? nak bagi adunan (1) tadi menyerap dalam roti.
6) Panaskan oven dalam 170-180 darjah celcius.
7) Sebelum masukkan loyang ke dalam oven. Sapukan susu pekat ke atas adunan yang dah siap. Ini akan menjadikan puding roti anda nampak 'caramelized' dan garing serta sedap!
8) Bakar adunan lebih kurang 30-1jam ikut korang suka garing/rangup atau basah.
9) Bila nak hidang leh la tuang 'Sos' ke atasnya. Leh jugak ganti dengan aiskrim atau whipped cream.





SELAMAT MENCUBA!



Hello Kitty  Wink Peace - Hellokitty

Wednesday, December 25, 2013

:: Resepi Anak - Jus Starwberry Oren Susu ::

Bahan-bahan :

4 biji strawberi
1 biji pisang embun masak
1/2 biji oren
50ml susu segar/susu formula

Caranya :

Blender stawberi+pisang+oren + susu.

SIAP!





Hello Kitty  Wink Peace - Hellokitty

Wednesday, December 18, 2013

:: Resepi Anak - Bebola Ayam & Epal ::

Bahan-bahan :

2 sudu minyak zaitun
1 biji bawang - cincang
1 biji epal - sagat
2 dada ayam - dadukan
Sedikit daun psrsley
1 sudu mixed herb (ni boleh beli kat supermarket kat bahagian pasta)
stok ayam
50g serbuk roti
sedikit garam & lada
sedikit tepung
Minyak untuk menggoreng



Caranya :

1) Panaskan minyak zaitun dan tumis separuh dari bawang tadi. Ketepikan.
2) Perahkan sedikit jus epal dari epal yg dicingang tadi
3) Campurkan epal,ayam, bawang yg dah tumis dengan yg tak tumis, sedikit stok ayam, mixed herb masukkan dalam food processor dalam beberapa saat.
4) letak sedikit garam+pepper.
5) Sekarang boleh la bebolakan bahan-bahan tadi atau bentukkan mengikut suka uolls. Roll atas tepung dan goreng!
6) Bila dan coklat keemasan - angkat dan hidang!

**nak lagi sedap letak sedikit brokoli (fav Mimi)

SIAP!





Hello Kitty  Wink Peace - Hellokitty

Wednesday, December 11, 2013

:: Resepi Anak - Jus/Smoothie Carrot Orange ::

Bahan-Bahan :

2 biji Lobak/Carrot
1 biji Oren
1 sudu lemon zest



kupas kulit dan blender semua bersama sedit air. (kalau nak sedap letak la 2-3 ketul ais).
Masa nak serve perahkan sedikit lemon.
Oh yeah! Sedap....actually ai dah try letak timun sikit. Lagi sedap!
Cubalah!


Hello Kitty  Wink Peace - Hellokitty

Thursday, December 5, 2013

:: Resepi Anak - Cekodok Sayur+Jagung+Cheese ::

Kali ni ai nak share ngan uolls mom & dad resepi masakan yang bersayur untuk disuap kepada anak-anak. Disebabkan sayurnya 'hidden' dah tentu anak tak berapa sedar dan ngap je...kompem sedap resepi ni sebab ai dah bagi Mimi. Tapi Mimi suka sayur pun....ok..jom!


Bahan-bahan :

2 sudu cheese yg di sagat
1/4 cawan sweet corn yg disagat (ni boleh beli sweet corn kernel yg sejuk beku tu...then kukus n lenyek)
1/4 cawan lobak yg disagat
1/4 cawan kubis yg disagat
1 sudu butter
1 sugu bawang putih (sagat)
1-2 biji kentang yg telah direbus + lenyek..yg ni sebenarnya ikut suka la..bergantung kepada berapa banyak bahan diatas.
sedikit garam
1/2 sudu minyak masak



Cara :
1) tumis jagung manis+lobak+bawang putih+ kubis dengan butter
2) lepas dah cantik warna dan tak hangus atau terlalu lembik. Tutup api dan asingkan - biarkan sejuk.
3) Lepas dah sejuk, campurkan dengan kentang lenyek+cheese+garam sikit. Gaulkan.
4) Lepas tu leh la 'cekodokkan' ia atau buatla apa-apa bentuk yang rasa korang suka.
5) Panaskan minyak. Dan Gorengla cekodok tadi.
6) Ok. Bila dah kecoklatan. Angkat dan boleh hidang. Kalau nak sedap lagi cicahla dengan sos cili ke tomato ke mayonis.

Ok. Sekian! Dan Selamat mencuba!




Hello Kitty  Wink Peace - Hellokitty

Sunday, August 4, 2013

:: Resepi - Ayam Masak Taucu ::


Bahan2nya:
1/2 ekor ayam dipotong kecil
Diperap bersama garam & kunyit dan goreng macam ayam goreng. Tapi kalau boleh kurangkan garamnya sebab nanti taucu tu masin.

2 ulas Bawang Putih - dicincang halus
1 labu Bawang Merah Besar - dihiris kasar
2 inci Halia - dihiris nipis
3 sudu besar taucu - saya guna yang kasar sebab suka rasa kacang tu sebiji-sebiji.
2 cawan air
3 biji cili padi - diketuk
1/2 sudu kecil Serbuk Lada Sulah
1 sudu besar minyak masak untuk menumis - jangan banyak sebab ayam tu dah berminyak


Cara2nya:
Panaskan minyak. Tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan halia dan bawang besar. Tumis sehingga bawang lembut. Masukkan taucu dan dikuti dengan cili padi dan air. Tunggu sehingga mendidih kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan serbuk lada. Masak sehingga agak pekat. Kalau nak kuah lebih masukkan air lebih..saya suka biar pekat sikit. Pastikan cukup rasanya, angkat dan hidangkan.



Hello Kitty  Wink Peace - Hellokitty

Thursday, July 11, 2013

:: Resepi - Sotong Sumbat ::

Nak resepi  berbuka puasa yang simple yang patut uolls cuba ialah Sotong sumbat goreng.



Bahan :-

1. Sotong

2. Garam

3. kacang panjang (optional)

4. tauhu (optional)

5. Lobak Merah (optional)

6. Hirisan Cili (optional)

apsal semua banyak bahan yg optional? ikoot suka korang nak sumbat apa dalam sotong korang...bayam pun sedap jugak tau..isi ikan pun ok. Lupa lak nak cakap...bahan-bahan inti nih kalau nak rebus or goreng pon boleh lepas tu lenyek la..pastu baru sumbat dalam sotong terbabit.... :)

Caranya?

Sumbat segala inti kedalam sotong dan sotong diikat dengan lidi/benang supaya intinya tak terkeluar.
Gorengkan selama 5-10 minit sehingga sotong bertukar ke warna kekuningan.
Untuk lebih sedap anda perlulah goreng sedikit garing.Selain tu boleh gak lumur ngan skit madu or kicap pekat manis or bread crumbs untuk menambahkan seri menggoreng.

Ok siap!



Hello Kitty  Wink Peace - Hellokitty

Friday, April 12, 2013

:: Resepi - Ayam Buttermilk ::


Bahan bahan:
Ayam (potong bahagian dada - potong kekecik)
Bawang merah 2 ulas (tumbuk)
Bawang putih 1 ulas (ketuk)
Butter (2 - 3 sudu)
Daun kari
Susu cair
Serbuk kari
Tepung  gandum
Tepung jagung
Cili api - potong serong (Optional. Aku tak letak pasal nak bagi Adam makan, kang pedas plak)




Caranya ialah :
1. gaul ayam yg dah di potong kecil2 tadi dgn sedikit serbuk kari.
 2. salutkan ayam dgn tepung.kemudian goreng dan ketepi kan. 
3.panas kan kuali dan masuk kan 3 sudu besar butter.tunggu hingga butter mencair. 
4. masuk kan bawang merah tumbuk,bawang putih,hirisan cili api dan daun kari. 
5. kacau tumisan hingga naik bau wangi.dan boleh laa tuang kan susu cair.gaul rata. 
6. masuk kan ayam goreng dan kacau.letak garam secubit. 
7. bila kuah dah nampak sedikit pekat dan creamy..boleh laa padam kan api dan sedia utk di hidang kan.
8. makan!!!



Tuesday, August 7, 2012

:: Resepi - Ayam Panggang ::

  • 1 ekor ayam (bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil)
  • Bahan-2 untuk make up ayam :
  • 3 biji bawang besar
  • 4 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 atau 3 sudu besar sos lada hitam – kite tiru cam kak hana buat, ganti ngan sos tiram+kicap pekat n lada hitam byk.
  • 2 sudu besar madu
  • 1 ketul kiub ayam Knorr
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 2 sudu besar herba campuran-ganti dengan oregano dan basil kering
  • 1 1/2 sudu teh garam halus
  • Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
  • Sedikit mentega



//gambar sekadar hiasan untuk buat korang terliur//

  1. Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
  2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
  3. Perap selama 1 1/2 jam.- hana perap semalaman.
  4. Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak n campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.




Saturday, August 4, 2012

:: Resepi - Ikan Tenggiri Singgang::







Bahan:-
~Potongan ikan tenggiri (dalam 3-4 keping)
~3 ulas bawang putih - dimayang
~7 ulas cili api (optional)
~2 cm lengkuas - dihiris nipis
~2 cm kunyit hidup - dihiris nipis
~5 keping asam gelugur
~4 cawan air
~garam secukup rasa
~serai dititik
~bendi & tomato (optional)




Cara Memasak:-


Ikan dipotong kecil dan dibersihkan.
Masukkan semua bahan ke dalam periuk.**Bahan2 tadik blender pun tak pe (asam tak yah blender)
Masakkan hingga kuah mendidih.
Sedia untuk dihidang...sedap makan dengan nasi agak lembut dan masih panas...





Hello Kitty  Wink Peace - Hellokitty

Sunday, July 29, 2012

:: Resepi - Pajeri Telur ::

Bahan-bahan:
~7 biji telur ayam } direbus keras dan goreng hingga kuning (yg ni suka hati nak rebus ke tak n berapa biji nak telur tuh)
~2 sudu besar rempah kari ikan } bancuh dgn sedikit air panas utk dijadikan pes
~2 sudu besar santan
~2 tangkai cili hijau } dibelah 2
~1 cm halia } dihiris memanjang
~5-6 ulas bawang merah }dikisar
~2 ulas bawang putih } dikisar
~garam dan gula secukup rasa
~air asam jawa secukupnya
~4 kuntum bunga lawang
~4-5 sudu besar minyak untuk menumis
** boleh letak udang kering skit kalao suka


Cara membuat:
Panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik baunya. Masukkan pes rempah.
Apabila garing masukkan gula, santan, sedikit air, air asam jawa dan garam.Biarkan seketika
Bila mendidih masukkan bunga lawang, hirisan halia diikuti telur dan cili hijau. Kemudian masukkan telur. (Saya lagik suka pecah telur satu per satu ala2 buat kari telur gitu)
Biarkan atas dapur sebentar. Angkat dan hidangkan.



** resepi ini jugak boleh di alter ngan letak daging ayam yg dihiris/potong kecil or apa2 yg korang suka!

selamat mencoba!

Hello Kitty  Wink Peace - Hellokitty

Saturday, July 28, 2012

:: Resepi - Sambal Ikan Bilis Kering::

kesahnya tu hari masa kat set..untuk makan malam caterer siapkan salah satu lauk iaitu sambal ikan bilis kering...halamak....sikit punya sedap daaaa...nak tambah tapi malu lak dgn abang-abang kat situ....



~ ikan bilis digoreng garing
~ 10-15 tangkai cili kering - tumbuk 1/2 lumat
~ 5 biji bawang merah - tumbuk halus
~ 2 ulas bawang putih - tumbuk halus
~ sedikit air asam jawa
~ sedikit belacan
~ minyak masak sikit
~ garam
~ gula
~ bawang besar - dipotong bulat

1) panaskan minyak masak n tumis bahan yang ditumbuk hingga garing dan berbau harum
2) masukkan air asam jawa dan masak lagi hingga kering.
3) masukkan belacan. kacau lagi hingga sebati.
4) masukkan ikan bilis yang goreng tadi serta bawang besar yang dipotong bulat.
5) masukkan garam dan gula.masak lagi hingga betul betul kering.
6) siap.

* boleh masukkan sedikit sos tiram dan sos tomato.. tapi pastikan gorengan kering..kalao nak basah skit2 pun tak pe sedap jugak!
** ada jugak org suka letak petai..kalao suka letak je la..hehhehe






Hello Kitty  Wink Peace - Hellokitty

Tuesday, April 10, 2012

:: Resepi - Jem Nenas ::

Bahan-bahan ( 700-800 gram )

  • 3 biji nenas saiz besar
  • 4 cawan gula pasir (gulanya boleh dikurangkan)
  • 1/2 sudu serbuk kulit kayu manis (kalau x de letak jer kayu manis 1 btg)
  • beberapa titis pewarna kuning/oren (suke hati nak warna apa..kalao nak letak kaler pink pun ok...hehehehhe)
  • 1 sudu besar tepung gandum/jagung
  • secubit garam

Cara-cara

  • parut halus nenas dan tapis buang airnya
  • masukkan dlm kuali bersama bahan lain kecuali tepung
  • masak hingga kering dan berkilat..baru taburkan tepung...kacau sebati hingga betul2 kering
  • sejukkan dulu baru simpan dlm bekas bertudung dan simpan dlm peti sejuk utk jangka hayat yg lama... boleh la nak buat tat ke apa2 kuih yg berkaitan..


Saje je bagi resepi nih..mana tau nak buat door gift [mcm kat entry nih] ke nak buat tat nenas ke kan? hehehehe~

Hello Kitty  Wink Peace - Hellokitty

Thursday, August 25, 2011

:: Resepi - Air Katira ::




BAHAN-BAHANNYA:


Disediakan lebih awal:


Sirap:


Didihkan 2 cawan gula dalam 3 cawan air.
Masukkan 1 helai daun pandan, hingga larut gulanya.


1 cbsr kathira - direndam semalaman, buangkan kekotoran dan ditapis.
Dibilas dengan air masak, ditapis lagi.


10 butir kembang semangkuk - direndam semalaman buangkan biji dan kulit.
Ditapis, bilas dengan air masak dan ditapis lagi.


1 sudu besar rata biji selasih - direndam dalam air masak hingga ia mengembang, kemudian ditapis lagi.


1 tin susu cair (sejat)- 'evaporated milk' - (410 g)
1 cawan sirap
6 cawan air
1 sudu teh air mawar



CARA MEMBUATNYA:


Dalam sebuah mangkuk besar, masukkan katira, kembang semangkuk dan biji selasih. Tuangkan sirap, air susu dan air mawar. Dikacau rata. Masukkan
ketulan air batu atau air batu yang dihancurkan dan dihidangkan.



** biji KATIRA - leh beli kat kedai runcit india atau sengsei...sebut GETAH ANGGUR pun buleh...if tak jumpa2 ganti la ngan kabung pun tak pe or jeli ....n ape2 la korang suke

***actually banyak lagi bahan lain yg korang leh letak...ikoot suke korang nak ape ada dalam air katira korang..selamat mencuba!



Hello Kitty  Wink Peace - Hellokitty

Top Post