Tuesday, March 12, 2019

:: Review : Royal Hill Satun, Pak Bara ::

Pak Bara ni adalah salah satu tempat di selatan Thai. Dan ia adalah hub untuk lompat ke Koh Lipe. Jarang sekali ai tengok orang datang Pak Bara duduk setempat 3-4 hari. Tapi ai suka stay kat Pak Bara sebab tenang!

So hari ni ai nak cerita sikit tentang hotel kegemaran ai. Setiap kali datang Pak Bara MESTI stay dekat sini.

HOTEL ROYAL HILL SATUN.






Taraf : 4 bintang
Harga : Bermula RM180-255 (ikut low season/high season)
Kemudahan : Kolam renang, kareoke, gym, hotel transportation
Kelebihan : Mesra muslim, ada bilik pemandangan laut, bilik luas, pekerja yang semunya mesra pelanggan
Kekurangan : tak berapa sesuai untuk orang tua yg sakit lutut, hotel memang ada lif tapi kalau sebenarnya kena b uat sikit aktiviti mendaki tangga kalau nak ke bilik especially kalau bilik high floor.

Ai suka stay dekat RHS ni sebab ia memang menepati ciri2 hotel kegemaran ai di samping harga yg affordable dengan service yang teramatlah baik.





Hotel bersih, pemandangan cantik. Tak pernahlah kalau mintak apa2 tak diendah. Yang penting anak-anak ai yang suka mandi swimming pool tu dapat mandi swimming pool.





Tempatnya juga sangat dekat dengan Taman Negara Mu Ko Phetra (entry Mu Kho Petra KLIK SINI), dekat dengan Five Colors Beach. Jalan kaki je kat bawah hotel.



(bumbung yang korang nampak tu pintu masuk Mu Kho Petra)


(lepak-lepak kat 5 colors beach)

Pak Bara view point & pasar malam pun tak jauh dari hotel.



Yang bercahaya tu la kawasan view point/pasar malam. Memang boleh nampak dari bilik hotel je.



Sarapan pagi memang disediakan sekali dengan pakej bilik. Makanan memang banyak pilihan. Boleh duduk dari pagi sampai waktu habis makan.
Bilik pulak memang lengkap dengan arah kiblat.











Kalau ikut saiz bilik yang besar tu selain dari kami 4 beranak yg muat katil king. Rasanya tolak tambah boleh muat lagi 4 katil single! Cuma kalau nak tambah katil dalam RM50 satu katil lipat tu.










Maka begitulah ceritanya. hahahhahaa..selamat beristirehat!





watermark

16 comments:

  1. Tempatnya cantik. Tak pernah lagi ke area sini. Kalau bab makanan Thai ni memang sedap la kan. Pulut mangga, tomyam, miangkam dan banyak lagi. Tak la jauh sangat dari Malaysia ni.

    ReplyDelete
  2. cantiknye tempat ni, oh dekat area Koh Lipe ye.. bagus ni good info kan

    ReplyDelete
  3. bestnya cantik pemandangan dari hotel. dah lama tak menginap di hotel, berbaloi pergi ni sebab ada swimming pool. bukan apa, itulah keseronokan bercuti dengan anak-anak

    ReplyDelete
  4. waa thanks for this sharing! mmg murah jugak tu harganya, sgt berpatutan la org kata kan if nk travel tu kan hehe. Nampak dlm gmbr tu pon mmg cantik view dan area sekitar hotel tu. Bilik pon nampak cantik dan selesa, mmg mcm best laa kan! nnt kalau ada nk ke area sana bolehla masukkan dlm list tmpt stay ni nnt masa travel planning kan 😁

    ReplyDelete
  5. boleh tahan besar jugak bilik..kena dengan bajet poket nak stay semalaman. Cantik view mengadap laut..rasa nak pergi jugak sana.

    ReplyDelete
  6. Syiok kan dapat bercuti bersama keluarga? Sis tahun ni memang tak pikir cuti sebab anak nak exam, mayb tahun depan baru pikir nak cuti kat mana. Harap2 dpatlah cuti kat sini..nampak tenang je

    ReplyDelete
  7. Harga dia berbaloi dan boleh tahan murah. Facilities yg ditawarkan nampak sangat menarik dan cukup. First time dengar nma hotel nie. Nanti kalau ke sana mungkin boleh guna servis hotel nie

    ReplyDelete
  8. Oh, macam rasa balik ke kampung yg tenang bila tengok ni. First time dengar tempat Pak Bara ni jugak. Boleh check it out lepas ni.

    ReplyDelete
  9. Memang beraih dan cantiklah hotel royal hill satun ni . Bersih dan yang penting selesa kan .Kalau hotel ada view macam ni memang lagi best sebab boleh tengok pemandamgam yang cantik cantik kan .Nanti kalau ada rezeki saya nak bercuti dekat sini jugak lah

    ReplyDelete
  10. Seronoknya tengok gambar² dekat pak bara ni. Cantik²lah. No wonder 4bintang punya hotel. Dahlah cantik berdepan laut. Tenang sahaja. Mesra Musl is a good thing yang selalu kita dambakan. Boleh try ajak suami bercuti dkt sini nanti. Harga pon bernlbaloi ikut musim. Boleh tempah awal. Cantik sangat tempat dia

    ReplyDelete
  11. wahhh comelnya page awak ni penuh dengn hello kitty, nasib baik anak i tidur kalau tak dia asyik suruh buka je la page anda ni... heeee seronok nya tengok travel tempat penuh kebiruaan ni... nampak macma luas tempat bilik nya and ada swimming pool, mesti heaven gila kan..

    ReplyDelete
  12. Thanks for the recommendation, will surely try this place out if I ever visit Kolipe, looks really comfortable and spacious, perfect for a family vacay.

    ReplyDelete
  13. Memang nampak cantik, selesa dan tenang la pemandangan bilik dan view dari hotel tu. Rawlins dah sampai Koh Lipe tapi direct dari Langkawi la masa tu. Pak Bara nie dok dengar orang sebut tapi takde kesempatan lagi nak mai.

    ReplyDelete
  14. wow, the view at Royal Hill Satun, Pak Bara is so nice. I wish to visit there and have a blissful holiday there too hehe

    ReplyDelete
  15. x pernah lagi pergi tempat ni. agak menarik juga untuk percutian satu famili. nampak tenang jer kawasan dia...mmg sesuai untuk larikan diri daripada kesibukan kota

    ReplyDelete
  16. Syoik nyer dapat cuti santai macam ni, I pun plan nak bawa family pergi ke Thailand for a short trip just jalan jalan and makan je. Itu pun dah cukup bagi sis yang penting time spend with fam.

    ReplyDelete

komen yang murni-murni sudah, selebihnya SPAM!

Top Post