Wednesday, March 13, 2019

:: Kebun Bunga Matahari Thailand ::






Assalamualaikum/Hi,
Apa khabar semua hari nih?
Kali ni ai nak cerita tentang perjalanan ai mencari Kebun Bunga Matahari masa ai ke Thailand tempoh hari.





Lopburi antara tempat yang sangat terkenal dengan keindahan ladang bunganya terutama bunga matahari.
Tapi kalau korang nak tahu dekat Satun pun ada satu tempat yang tak berapa besar tapi bila tiba musim bunga mataharinya kembang, memang puas hati jugaklah kalau nak ke sana.
BERBALOI!



Bunga matahari di Satun akan kembang sekitar bulan Februari hingga Mac setiap tahun.
Jadi kalau korang nak melihat bunga matahari yang gemok-gemok yang memang cantik tanpa perlu korang naik flight atau memandu sampai ke Bangkok, bolehlah ke Satun. Memang tak sama dengan yang ada kat Lopburi. Tapi, bolehlah dari tak de.





Cara nak sampai ke kebun bunga matahari ni memang tak susah. Dari Kuala Lumpur sila ke Dannok/Wang Kelian/Ban Prakob (ikut suka korang  nak ikut border yang mana) yang penting korang MESTI menghala ke arah PAK BARA (now...siapa kata Pak Bara ni tak de tempat best?). Kemudian korang bolehlah cari jalan menuju ke arah Rawai beach dan cari Thung Bu Lang.






Thung Bu Lang ni adalah sebuah perkampungan yang ada jauh sedikit dari bandar. Makanya sila berhati-hati ketika memandu. Banyak lorong-lorong kecil keluar masuk kampung.
Yang seronoknya dekat sini waktu BUKAN musim bunga matahari kawasan ni agak sunyi walaupun terdapat tasik yang cantik.
Bila tiba je musim bunga matahari penuh kawasan ni dengan peniaga-peniaga makanan/minuman dan pelancong tak yah kira la. Tak berapa padat - masih seleasa.

Bayaran masuk? TIADA BAYARAN masuk setakat ni yang penting korang tolong parking kereta ditempat yang sesuai tanpa menghalang lalu lintas.






Bukan setakat bunga matahari yang kuning tu je..ada bunga-bunga lain yang KUNING yang sama naik kembang mekar bila tiba musim bunga/panas kat Thailand nih. Tu korang belum tengok pokok Raja Phruek yang menguning kat sepanjang jalan kat Songkhla/Samila Beach. Lawaaaaaaaa~





Penginapan? Korang boleh menginap di sekitar Satun mahupun Pak Bara. Jaraknya dari Pak Bara lebih kurang 30 minit je.
Balik dari Thung Bu Lang ni kalau korang nak singgah amik angin kat Rawai Beach pun boleh atau boleh la jenguk-jenguk Wang Saithong Waterfall (lawa tempat nih. ni ada bayaran masuk ye lebih kurang THB200/pax).

So, memandangkan sekarang pokok bunga mataharinya pun dah kering sebab dah pertengahan Mac pun. Jadinya kena tunggu next year la ye kalau  nak pergi. Dan insyaAllah kalau murah rezeki, memang akan jadi program tahunan ai nanti. Kalau nak ikut next time boleh je. Bawak kereta masing-masing ye.




Ok...sekian!



watermark

16 comments:

  1. Cantik sangat. Tak payah nak pergi jauh-jauh dah.. Kat negara jiran je pun dah ada... Best3x... Nak ajah husband la next year

    ReplyDelete
  2. dekat dalam Malaysia ada tak kebun bunga matahari ? hahahha cantik gila bunga ni kan... dah la ada kuaci sebab temporary ni i tiada niat lagi nak jejak thailand... heeee..

    ReplyDelete
  3. Tengok gambar ni, teringat zaman kanak-kanak dulu. Musim bunga matahari tengah top, pergi mana pun mesti ada bunga matahari. Kalau kat rumah, mmmm langsir, cadar, selimut, pingan, cawan dan sebagainya semua corak bunga matahari. hahahahahaha

    ReplyDelete
  4. Wah cantiknya gambar kat sana. Menarik. Boleh pergi nanti. Kat Malaysia tak ada lagi tempat macam ni.

    ReplyDelete
  5. Pernah tanam bunga matahari tapi mati. Memang ceria je warna dia. Kalau datang sini memang nak cari bunga matahari ni lah.

    ReplyDelete
  6. Wahh bestnya ada kebun bunga macam ni kita tak tahu pun hehehehe tengok mata hari teringat pada Jaafar Onn wakakakak tapi kat sana ada perusahaan buat kuaci tu yang banyak kebun bunga mataharikan...

    ReplyDelete
  7. Hei kakak! Long time no see! Allahu, apa cantik sangat kebun bunga matahari tu. Geram nak petik je rasa. Lawa yang amat kak :D

    ReplyDelete
  8. Best! Cantik betul kebun bunga matahari. Kalau la kat Malaysia pun ada kebun camni. Mesti cantik boleh buat photoshoot punya lokasi.

    ReplyDelete
  9. Cantiknyaaaaaaa!!! Besar giler bunga matahari tu. Tak pernah tengok besar macam ni. Kat thailand ada banyak rupanya tempat yang best2. Thailand takdela jauh sangat kalau nak pergi. Nak plan la dengan husband nanti. Sis is jeles

    ReplyDelete
  10. Dah lama tanam impian nk ke sini tapi tak sampai2 jugak. Nasib baik kat yogyakarta swmpat gak lah brrgambar gan bunga matahari..ala2 cam ni gak lah. Apa2 pun impian nak kesana tetap ada..insaallah satu hari nanti

    ReplyDelete
  11. Cantik cantik bunga matahari yang ada. Kalau nak bergambar kat sini memang puas hati. Cantik sangat ..nak datang sini sangatttt

    ReplyDelete
  12. Cantiknya & besar gila bunga matahari tu! Next time ada peluang pergi Thailand , wajib singgah spot ni!

    ReplyDelete
  13. Tak perasan lah haritu masa nak pergi jeti pak bar masa nak ke Koh lipe . Memang cantik sini dalam gambar warna menyerlah sangat.

    ReplyDelete
  14. Cantiknyaaaa. Besar² pula tu . Seronkknya pergi sana dan amek gambar banyak² hahhaha. Dulu dkt tepi rumah pon kami tanam bunga matahari ni tapi sekarang takde dah . Hehe dulu suka tgk dia kembang. Cantik!

    ReplyDelete
  15. wah,,, bestnya.. cantik betul bunga2 matahari tu... saya nampak awak yellow

    ReplyDelete
  16. I wish I could there as well to experience to wonderful blooms of nature. OMG~just look at those huge sunflowers. It must be a magical feeling being among them. :)

    ReplyDelete

komen yang murni-murni sudah, selebihnya SPAM!

Top Post