Thursday, March 21, 2019

:: Review Filem - Bikers Kental 2 ::



Last weekend ai berpeluang p nonton Bikers Kental 2 kali ni Incik Pinky join (anak-anak pun minat) sebab dia peminat Bikers Kental nih. Kebetulan time kitaorang sampai ada sesi dengan peminat pulak tapi tak sempat nak bergambar sebab masa tu Zizan, Awie & Afdlin dah nak balik.

Mimi siap cakap "Mama..apa Husin Hantu Kak Limah buat kat sini?"
Tergelak besar ai. Hahahaha

Bikers Kental 2. Ceritanya santai sesuai untuk satu family la. Cerita pun straight to the point je tak de kona-kona. Senang faham. Tapi...yang sedehnya awal-awal lagi watak Bront dah dimatikan. Sayangnya....padahal pada pendapat ai dia antara watak yang sangat penting untuk meneruskan kelangsungan BK2 nih tapi tak sure la betul-betul mati ke tak.

Macamana pun BK2 ni tak menghampakan sebab memang boleh buat ai terkekeh-kekeh ketawa. Anak ai pun ketawa maknanya lawak itu sampai even kat budak2 sekali pun. Betul? Ya Betul....!

Selepas Bront mati, BFF Bront la yang meneruskan perjuangan Bront untuk dapatkan balik duit yang Zizan amik masa BK1 dulu.
Kebetulan si Zizan a.k.a Bidin (Bideeeeen) ni masuk Thai balik nak p lamar GF Thai dia tu. Macam biasa si Bidin ni kalau tak buat hal bukan Bidin la kan?

Dah kena kejar balik ngan AL Bukerk (salah eja ni) tu. Dah kena kejar. Abang GF pulak dok jaki je dengan dia. Lepas tu jumpa pulak si Saiya, Saiya ni dah bukak kedai kat Phuket. Dia lak try ejas Bidin. Pulak tu Saiya ni tak seperti Saiya yang dulu...kenapa? Isk isk isk....unsangkerable!!!!

Sudahnya, HERO kena la menang dengan bantuan kawan-kawan Bidin la. Happy ending.

Adid Denyutttttttttttt srooot srooot mmg tak leh blah la lu. Siap bawak gambo "frame" tudung carik jodoh ya?
Hahahahhaa.

Boleh je korang nak pergi tengok. Siapa yang susah nak terhibur akan ada masalah tengok movie nih.

Berapa bintang?
3.9 bintang!

Please sambung p Bangkok pulak ke Pattaya ke Samui ke baru denyutttttttttttttttt lebihhhhhh!



watermark

2 comments:

komen yang murni-murni sudah, selebihnya SPAM!

Top Post