Thursday, March 28, 2019

:: Percutian Budget Ke Singapura ::

Assalamualaikum/Hai,

Seperti tajuk yang uolls semua baca. Ya, ai telah sengaja kembali ke tanah Singapura tanpa sebarang rancangan awal. Macam biasa main langgar aje!

Lebih kurang jam 0815 kami sampai di muka bumi Johor yang ai rindui. Almaklum la ai ni memang suka suasana Johor dari dulu lagi, belajar pun kat sana. Tak terjadi orang sana je.

Sampai ke macam biasa, breakfast dlu kat kedai Kacang Pool Tuan Haji. Sambil-sambil makan hati ni dok bisik nak roger member-member kat JB ke tak? Sebab selalunya datang memang tak roger sebab tak leh nak stay lama. So, disebabkan rindu kat beberapa orang kesayangan hati. Ai pun roger la adik ai si Mirul tu. Dia pun lekas je balas cakap nak lepak sama. Janjinya tengahari.




Lepas breakfast, ai pun ajak la Incik Pinky jalan-jalan kat Nusajaya (sebenarnya ada benda nak beli kat Hello Kitty Town tu). Tapi sampai hari ni rasa mcm ahhhh kenapa aku tak beli beg tu!!!!!! Ok, next! Dah berlalu tunggu next time datang je la. Tengah jalan,bergambar segala si Mimi cakap dia nak makan Sushi. Elokla memang ada Sushi King kat situ.



Tengahari, kitaorang gerak ke Paradign Mall jumpa Mirul & Lien serta anak-anak. Lepas 4 tahun baru la nampak balik batang hidung masing-masing. Rindu ni hai..Allah je la yang tahu. Sembang-sembang, recap segala apa yang terlepas. Ai pun cakap kat Mirul & Lien ai nak masuk SG esok. Lien cakap nak ikut.

Petang tu Mirul & Lien bawak kitaorang jumpa member diaorang - Pemilik "JOHO" dan rezeki dapatlah kami beli barnag sikit & masuk RUMAH MADU TIGA. Punyalah lawa kat dalam rumah tu sekarang! Tak lama lagi leh la korang sewa rumah tu dalam Air BnB.

Ai ni pulak janji konon nak EARLY check in kat pihak hotel sudahnya jadi LATE check in sebab berjalan punya pasal. Malam pulak sorang lagi member ajak lepak. yang ni dah 16 tahun tak jumpa. Masing-masing dah anak 2.

Esoknya seawal jam 9 kami dah gerak ke CIQ. Mujur orang tak la berapa ramai. Haa...trip kali ni macam dulu jugak NAIK BAS.
Kalau korang nak ke Singpura naik bas, sila ke CIQ JB Sentral tu. Lalu imegresen Malaysia kemudian turun tingkat bawah.
BAS Causeway : CW1 (akan sampai KRANJI)
               CW2 (sampai Queens Street)
BAS SBS :      170/171

Ai pilih nak naik CW2 sampai Queens street sebab senang jalan nak p mana-mana.
Tiket beli masa nak naik bas.
Harga : RM3.50 (dewasa)
            RM 0 (budak 7 tahun ke bawah)





Bas ni akan BERHENTI di Woodlands check point.
Sila TURUN dari bas dan berjalan ke imegresen Singapura pulak ye. JANGAN lupa isi WHITE CARD dengan lengkap.
Lepas isi white card. Sila beratur sambil buat muka manis sementara tunggu turn. Bila autogate bukak berjalanlah dengan berhemah jangan lupa senyum kat pegawai imegresen tu.

Kami jalan sekali 4 beranak. Nanti dia akan surun korang scan kedua-dua ibu jari korang termasuk jari anak secara bergilir.

HAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA....masa ni la sesuatu berlaku. Pertama kali dalam sejarah pengembaraan kami anak beranak ni.

"Maaf...passport awak saya tak leh nak cop" kata pegawai imegresen tu kat Incik Pinky.
"Yang lain ok," sambungnya lagi.
"Nanti pegawai sorang lagi akan bawak naik ke pejabat ya. Ikut dia" dia cakap lagi
"Ada apa-apa masalah ke?" ai tanya
"Tak de apa-apa pun, sikit je" katanya.

So....ai pun diarahkan tunggu kat luar kawasan imegresen sementara Incik Pinky dibawa sorang lagi pegawai entah ke mana.
Debo jugak la tapi buat rilex sudah.
Dekat sejam jugak menunggu. Kesian Mirul ngan Lien & anak-anak. Tersangkut la derang ngan kitaorang.

Lien : Tadi pegawai tu tanya. Yang tadi tu adik-beradik ke?
Ai : Lien cakap apa?
Lien : Cakap la kawan..Lien tanya kenapa? Dia cakap adalah masalah sikit tapi kecik je.

Gigih la ai dok fikir, sebab selalu travel ke? Ada tak pulang white card ke apa ke...kan?

Sudahnya tak lama.....laaaaaaaaaaaaaaaaaama lepas tu nampak la kelibat Incik Pinky.
Rupanya memang ada cerita kenapa dia kena escort dek pegawai sana. Nak gelak dah gelak dah tapi kesian pun ada.
Incik Pinky kata pegawai tu tanya kenapa selalu travel. Apasal suka pergi Thailand. Hari tu masa last datang Singapore cop passport kat mana? (ROLL EYES).

Yang penting benda settle jangan sangkut lagi next nak masuk sudah. Kita terlajak jugak la jadual program hari tu.

Sambung.
Lepas cop passport kat Imegresen Singapore korang keluar pintu turun bawah. Nanti tengok kat lantai nombor BAS ikut lorong jalan kaki bas yang korang naik tadi. Kalau CW2 sila ikut lorong CW2.

Queens Street ni kira stesen bas last tau. Dari sana sebenarnya walking distance je nak p mana-mana (ni ikut stamina ai la).

Queens St ni dekat dengan :
Restoran Zam-zam
Masjid Sultan
Bugis Street
Bugis Village
Bugis Junction




Kalau rajin lagi jalan dalam 1.5km korang leh sampai Merlion, Esplanade, Robinsons eh..banyak la!

So, stop pertama kami adalah Arab Street.
P makan kat Restoran Zam-zam.
Kos hangus kami 1 family SGD 20.

Lepas makan bergambar sikit-sikit. Layan anak kejar burung.
Kami jalan kaki sikit tunggu bas dekat Bugis MRT station EXIT B untuk ke Merlion.
INGAT! naik bas 130.
Tiket : SGD 1.50 (budak2 free)
Korang perlu naik bas 130 ni sampai bas stop "OPP Singapore Cricket Club". Landmark. Korang akan nampak Esplanade lepas tu bas akan turn kanan & korang akan nampak padang kat sebelah kanan dan sebuah tugu kat sebelah kiri.

Turun, jalan je terus. Nanti korang akan nampak Marina Bay Sands. Untuk ke Merlion korang sila ke arah kanan sampai hujung korang akan jumpa Victoria Bridge warna putih. Lewatilah bridge tu korang akan nampak Starbucks kat kiri terus lagi pusing kiri.

Malangnya....pergi Merlion nak tengok Lion sekali LION TAK DE!
Close for restoration/renovation sampai pertengahan MEI 2019.



AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA....
kecewa!

Kesian Mimi, berkali-kali tanya mana Lion tu dulu ada kenapa hari ni tak de. Bila cakap kat dia dalam "bungkusan" hitam tu dia tak caya. Punya dia tak puas hati sampai dia nak masuk ikut pekerja yang tetiba bukak pintu "kawasan tertutup" tu.

Last skali, bergambar la dengan Merlion Cub je la. Makan eskrem kat 7e. SEDEH!



Pihak Tourism Singapore patut announce benda ni secara meluas. Ai dok Malaysia oklah tak jauh sangat, yang datang dari Jepun, US, Ostolia segala tu?



Balik dari Merlion, sila tunggu bas kat belakang tugu yang korang nampak depan padang tadi. Bas stop ni kat jauh dari Public Toilet Merlion. Naik bas 130 jugak ya.

Tiket : SGD 1.5
..ke Bugis street.



Sampai kat Bugis Street acara shopping bermula.
Nampak berbaloi jugak la nak beli kali ni yang terkejut keychain 24 bijik SGD 10 tapi ai tak beli pun..hahahaha



Beli Tshirt,Beg ngan fridge magnet je.
Total hangus : SGD 30

4 Tshirt
4 beg
4 fridge Magnet

Lepas habis Bugis street hari pun dah kul 5 kitaorang rasa nak gerak balik sebab mmg short trip je. Lain kali amik 2 days trip lak.



masa balik sila ke Queens Street dah naiklah bas Causeway atau SBS. Kebetulan masa sampai bas Causeway tengah tunggu. So CW2 lah pilihan kami.

Tiket : RM3.5

Sampai Woodlands - turun cop passport kat imigresen Singapore.
Lepas tu p naik balik bas CW2 sampai JB Sentral.
P masuk imigresen Malaysia. SETTLE.
Makan berakhirlah day trip ke Singapore.

Malam tu kami dinner kat ZZ sup tulang. Dan berrpisahlah kami buat kali nih. Sampai KL dalam kul 1 pagi.

Letihlah pulak tulis.
Tu je la.



Kbai!

Oh ya. Sub Total belanja p Singapore kali ni termasuk
pengangkutan + makan + minum + shopping = RM182.00


Kalau tak shopping lagi jimat (RM92). Hahahahahaha

kadar tukaran semasa : RM3.01 = SGD 1


watermark

18 comments:

  1. Wahhh... This a great guidance for budget trip to Singapore... Thanks for sharing this with us. I can share this to my friends

    ReplyDelete
  2. belum sampai lagi ke spore ni :)

    ReplyDelete
  3. Alamak.. macam takut je nak pi Thailand rupa ni.. huhu.. ada-ada je hal nya.. TB ni la cepast kecut perut.. kalau asik kena tahan aje, mula rasa nak terbuang air besar kat situ.. hahahaha

    ReplyDelete
  4. Adoi.. tersalah tengok entri ka.. hahaha.. tadi terbaca entri sape yang pi thailand entah.. terbaca entri thailand terkomen kat entri singapore.. hihihi.. apa-apa pun TB tak pernah pi singapore lagi.. teringin gak nak pi sebab ramai kata singapore ni bersih sangat.. takde sampah.. yeke.. tapi barang kat sana mahal sikit kan sha?

    ReplyDelete
    Replies
    1. u komen kat sini jugak cuma tersalah negara je . hahahahhaha
      jgn tertipu pasal hal bersihtu..mmg kebanyakkan org derap bersih tempat pelancongan mmg depa jaga kebersihan. Tapi.......mcm kat merlion tu kalau u p weekend bersepah org myanmar,indon,bangladesh,pinoy segala dok lepak2 berpicnic kat situ.

      Delete
  5. Bestnya , tak pernah sampai lagi ke Singapore , teringin gak nak pergi heheh

    ReplyDelete
  6. BEstnya airah tak berkesempatan lagi nak pergi singapore walaupun stay jb je.rasa tak best nak travel kena kumpul duit cukup2 dulu

    ReplyDelete
  7. I pergi Singapore hanya duduk kat USS je. So tak sempat nak melawat Singapura sangat. Bajet pun syiok gak travel.

    ReplyDelete
  8. Swlalu gak masuk singapore sb mak angkat ada dok sana. Kitaorg stay kat jb..masuk sekejap then jalan2 makan then kuar balik. Selalu masuk cari sup tulang merah je..lps tu bungkus bwk balik. Nak shopping mahai..hehehe

    ReplyDelete
  9. Kira kunjungan tak dirancang la ni kan. Hehe. Kadang2 trip yang unplanned ni la yang jadi best. kalau yg memang plan kadang dia jadi tak macam yg dirancang.

    ReplyDelete
  10. Bulan december haritu baru pergi singapore. Tapi tak sempat nak bercuti sebab pergi untuk interview sahaja.

    ReplyDelete
  11. Wah...the Merlion until now haven't finish??? I went there last year also the same... T.T why so long huhuuhu... but glad you got to meet up with many of your johor friends before entering singapore.

    ReplyDelete
  12. rindunya nak pergi singapore. Boleh tahan cuak jugak kalu jadi macam ni kat imegresen tu. Dorang la straight sikit bab law ni kan

    ReplyDelete
  13. nice , ada rancangan jugak nak pergi day trip ke singapore, tapi sayanglah merlion kena bungkuih.....nampak gaya kena tunggu sampailah merloin dah dibaik pulih baru plan balik...kacang pool haji tu menggoda aihhhhh

    ReplyDelete
  14. syok nya go to singapore... i also wanna go for a trip d... looks so enjoy! Yummy food u all ate..

    ReplyDelete
  15. Best juga kadang bawa anak bercuti kat luar negara and I also encourage budget travelling coz it teaches the kids how to live moderately as well.

    ReplyDelete

komen yang murni-murni sudah, selebihnya SPAM!

Top Post