Showing posts with label misteri lebuhraya. Show all posts
Showing posts with label misteri lebuhraya. Show all posts

Thursday, October 24, 2013

:: Misteri - Lebuhraya Karak ~ Dari Mana Batu Tu Datang? ::

Lebih kurang 12/10/2013 jam 0300 Incik Pink dapat call dari client dia katanya accident berhampiran lebuhraya karak arah pantai timur. Incik Pinky dengan mata yang tak berapa larat nak bukak pun kejutkan ai.....

"Nak teman tak pergi rescue customer D?" - ai tengok jam kul 0300. Cik Mimi pun tengah nyenyak tidur...tapi disebabkan nak teman suami punya pasal, ikut ajelah.

So perjalanan kami ke tempat kejadian ok je....tapi pelik jugaklah sebab jalan super sunyi. Padahal dah ramai mula cuti untuk Raya Qurban. Mungkin faktor waktu barangkali.

Ok...sesampainya kami ditempat kejadian. Ai nampak 3 orang lelaki muda. Cermin kereta bahagian depan BERLUBANG. Yang sorang tu masih duduk di tempat duduk belakang dengan bahu dan baju yang berdarah-darah. Yang sorang lagi ok je...yang pemandu pula dok ampu tangannya.

"Bro...terima kasih la sebab datang. Saya rasa tangan saya patah nih"
Yang Incik Pinky pulak muka berkerut-kerut tengok keadaan kereta - memang tak de kemek apa-apa kecuali CERMIN DEPAN BERLUBANG.

"Macamana boleh jadi macam ni?" Incik Pinky tanya bro Driver.
"Saya pun tak pasti....kami semua pun sama-sama tak tidur..tapi tu la yang peliknya tu..." dia garu-garu kepala. Dia pandang kawan dia yang sihat tu.
"Macam ni...tapi masa kami lalu kawasan nih..memang sunyi ngan lengang la...tak de kereta. Tiba-tiba nampak ada something bersinar-sinar dari jauh......makin lama makin dekat...depan belakang memang tak de kereta....haaa....tup-tup..BOOM! benda tu terus tembus masuk dalam kereta....terkena saya n kawan saya kat belakang. Saya terus berhenti tepi." panjang lebar bro driver tu explain.

Incik Pinky pun pegi la tengok apa benda yang dimaksudkan bro driver tu....rupa-rupanya seketul batu. Ala-ala batu kristal yang org buat hias2 letak dalam bilik tu.....besar jugak la....

Tapi yang peliknya dari mana baru tu datang? Sebab kiri kanan jalan tak de bukit....hanya pokok+gaung.
Menurut bro driver tak de lori kat depan derang.
Ada kemungkinan ke ada orang baling batu tu dari arah depan?
Atau.....batu tu terbang nak pegi mana?
Hurm.......................



ni ai selitkan gambar batu dan keadaan cermin kereta bro tu.
Hurm.........





Hello Kitty  Wink Peace - Hellokitty

Thursday, May 30, 2013

:: Misteri - Pintu Gerbang Halimunan di Lebuhraya Tanjung Malim ::


Dah lama tak bercerita misteri dengan korang. Meh ai nak cerita misteri pendek ngan uolls. Kejadian terjadi bulan April 2013. Waktu ni kami nak balik KL dari Perda.

Tempat kejadian Lebuhraya Utara-Selatan arah Kuala Lumpur sekitar radius Tanjung Malim. Waktu dalam kul 2300. Mimi tido ai ngah tahan mata meneman Incik Pinky, hujan rintik-rintik air bergelombang. Kenderaan kami adalah KureSya.




Tetibe Incik Pink jerit "Honey...honey...nampak tak? nampak tak?"
"Nampak menda?"
"Tu haaaaaaaaaaaa....besarnya pintu gerbang nih!!!"
Mamun ke hape laki ai nih?
"Mana ada pintu gerbang kat sini...hutan sokmo D oii!"
"Erk...dah tu apa yang D nampak tu?"
Aku terus kumat-kamit baca Ayat Qursi segala 4Qul.
Suh Incik Pinky Azan dan minum air. Last-last dia berenti tepi sebab termenggeletar tak tau dia nampak apa sebentar tadi.

Sampai kat rumah terus bercerita kat ayah. Ayah cakap..."tempat tu lagi, dah la lain kali jangan balik malam-malam sangat bawak anak kecik sama"

Ok tu je cerita tak seram ai. Sekian! Hahahahhaa

p palang s: PLUS ada buat projek pintu gerbang halimunan ke ek?



Thursday, January 3, 2013

:: Seram - Salah Simpang 2!! ::



so sambung balik cerita yang ini.

"Biar betul?!" ai tanya la nak confirm
Ayah ai pun cerita ..
Derang macam tertanya-tanya jalan mana yang Incik Pinky bawak tu sebab kena lalu depan UNISEL bagai...and my brotha macam pernah lalu situ.
Tetibe "eh..ayah, apa atas kereta Hunny tu?" my brotha tanya
"Ehh...Allahuakhbar..!!"
Apa yang derang nampak?

Derang ternampak kak Ponti terbang and landing atas kereta, Duduk betul-betul atas sunroof kitaorg. Mujur tak bukak sunroof, sebab memula tadi hujan skit kat Tanjong Karang tu. Kalao tak mau dia terus terbang masuk dalam kereta gamaknya.
Ayah ngan my brotha pun baca la apa-apa yang patut..ye la takoot tetibe terbang towards kereta derang lak!
Tapi kak Ponti dok rilex je atas kereta. Tu yang my brotha call ai tu...dia nak bagitau sebenarnya ada kak ponti atas kereta..tapi tak nak kasik aku terkejut so dia pun buat-buat telefon. Padahal kitaorang adlam kereta tak de apa-apa pun, n mimi pun tidur. Alhamdulillah.
Dia tau ada dak kecik kot dalam kereta...terkena lak mimi memang penakoot skit kalo nak dibandingkan ngan zahra. Mien tak yah citer la budak tu memang ahli mistik pun..nampak pontianak selamba je babai babai!

ok tu cerita kami.


Rupanya bukan kami sorang mangsa kat situ. My SIL punya ayah (Pak Hashim) pun pernah 'terkena' kat jalan tu rupanya!
Ceritanya kereta dia leh breakdown kat situ...dia pun tersesat masuk jalan tu time tu. Dan yang p rescue adalah my brotha! Patut la my brotha cakap dia fimiliar jalan tu. Yang Pak Hashim kena pun sama...tapi lagik best skit la.. kak ponti tu terbang depan kereta...terbang rendah atas jalanraya. And yang membuatkan haru lagik adalah...kereta Pak Hashim leh mati tak leh nak start terus sebali saja kak ponti hilang!!! Takoot tak??
Kalao korang la ada kat jalan tu memang cuak weyhh!!!!!!

Masa my brotha sampai kat plaza Tol before the rescue mission orang kat toll booth tu siap tanya "ehhh abang nak pegi mana nih?"
my brotha pun cakap la dia nak p tolong pak mertua dia kereta rosak dalam hutan kelapa sawit tu. Last-last orang tol tu cakap
"ehhhh..jangan pegi sorang bang!!"
"Kenapa?"
"jalan dalam ni banyak hantu...pontianak..terbang2. saya bukan nak takutkan abang..tapi ramai dah kena bang. Tak pe jom saya ngan kawan saya temankan...kita pegi amik kereta yang rosak tu"

perghhhh..kalao prang tol pun dah cakap macam tu..memang patut la jalan tu keadaan dia macam tu!

Yang ni pulak cerita pak ndak ai. Ayah ai pegi cerita kat pak ndak ai yang kitaorang lalu jalan tu masa balik dari pangkor.

"Din..! apa la gila pegi ikut jalan tu? Berani betul korang nih!"
"La...mana la nak tau ikut menantu"
"Bahaya jalan tu din..aku bukan sekali terkena kat situ. Kat sana fesyen terbang-terbang punya pontianak! Area UNISEL tu membawka sampai ke dalam hutan kelapa sawit tu memang banyak!"
"Ko selalu pegi situ ke?"
"aku selalu memancing kat lombong dalam tu...yang menumpang motor aku ngan kawan-kawan aku la. Aku dah lali la..tapi takut jugak"
Kata pak ndak aku..

so pengajaran di sini jangan balik ikut jalan lama kalau dah malam. Sekian!

Tapi actually ai masih tak berpuas hati dengan jalan tu..sebabnya nak tau sangat nama TOL tu sebab yang kat google maps tu ai agak2 je..tah2 plaza tol tu tak de dalam maps pun sebenarnya!

apa-apa pun syukur kami selamat sampai tanpa apa-apa gangguan.
Huih...dok terfikir cenggane la budak2 UNISEL tu nak keluar malam?! or pak cik jaga kat situ khen????

p palang s update : baru-baru ni ai tanya sorang member ai yang tinggal kat area unisel tu. Katanya tol yang kitaorg masuk tu namanya Tol Bukit Tagar, memang jalan baru, jalan tu memang sunyi tak de orang lalu. Kat sana banyak lombong dan memang kawasan tu menyeramkan waktu malam, jarang ada orang berani lalu kat situ sebab kes2 misteri tu la.Sebabnya dia sendiri pun takkan lalu situ kalau malam.

Wednesday, January 2, 2013

:: Seram - Salah Simpang! ::


Remember last post ai yang nih??

sila refer pada screen capture Google Maps di bawah :









Begini ceritanya, last weekend ai ngan family ai pegi holiday kat Pangkor. So we decided untuk balik ikut jalan lama since jalan lama banyak tempat leh singgah beli barang/produk hasil kampung. Tapi di sebabkan banyak kali berhenti pada awalnya, and my brotha yg memula leading dah silap jalan. So kami terpaksa patah balik sampai ke teluk rubiah and start over. But this time my hubby yang leading jalan.

So sampai Tanjong Karang pun hari dah malam..melepasi waktu Isya' already. Berhenti isi minyak la p toilet la..tak sempat nak p dinner pun. Mujur Mimi tidur...so tak de la nak kalut2 sangat dalam kereta. Hehehehe....

Incik Pinky selalu ulang alik KL-Lumut-KL if nak pegi site visit. But tonight tetiba tah macamana leh tersilap masuk simpang lain pulak. Jalan yang tersilap masuk ni bukan tak leh sampai KL..boleh je tapi jauh lagi dari jalan yang selalu tu. So tah macamana tetibe kami pun lalu depan UNISEL .... ok la tak de menda pun..as u can see in the picture above.. tak de apa-apa kat sana melainkan HUTAN/Ladang Kelapa Sawit/ lombong ..
jalan tu memang sunyi teramatlah sunyi sekali!

Ai cakap kat incik pinky.."mesti jalan ni lagi lama kita nak tempuh ni" Incik Pinky kata jangan risau la. So kitaorg pun teruskan perjalanan.. kereta my brotha follow dari belakang. Yang bestnya ...sampai satu jalan ni..yang ada hanyalah kereta kami sekeluarga je.. tak de yang lain...!!!!

Hati tak de la nak risau sangat. Cuma mulut terkumat kamit baca Ayat Qursi, 4 Qul and lain-lain. Saja je berjaga-jaga sebab jalan dalam hutan walaupun naik kereta. Beringat sebelum kena kata org-org tua.

Ai perhati my brotha macam dok hi-beam kereta kami. Ai cakap kat incik pinky ..incik pinky cakap "jalan tak rata" ..hurmmmm so biar la..
Tak lama lepas tu my brotha call..
"weyh..ko bawak kitaorg ikoot jalan apa nih?"
"laa...kata nak balik KL. Tadi hubs aku salah simpang...jalan ni pun boleh la..tapi kita tembus PLUS la nanti"
"adoh ko nih...dah la dah la..jalan elok2"

aku tak la nak rasa pelik ke apa ke..cuma takoot derang marah je sebab hari pun dah jauh malam. Tapi serius ai cakap jalan ni memang terlampau sunyi sangat-sangat. Jalan elok baru cantik..tapi tak de orang lalu dah la tak de lampu tiang lampu adalah! Lepas tu jalan raya tu nampak sayuppppppppppppppppppppppp jauhhhhhhhhhhhhhhhhh je ke depan macam tak de end of the road tau.

Last-last kitaorg pun sampai la kat plaza tol..yang mana plaza tol pun sangatlah sunyi..tak terfikir nak masuk lorong tunai sebab pakai smart tag.
Kaedahnya ai sendiri tak tau tu Plaza Tol apa..!!!! Heheheh terukkan?! Sebabnya ..GPS tak leh nak plot the place pun!

So kitaorg pun last-last keluar la kat plaza tol tu n masuk PLUS highway. Sepatutnya kalao ikoot jalan lama keluar dekat Rawang . ni tah kat mana tah..yang ai ingat plaza Tol ni way before Bukit Beruntung.

Kalau ikoot google maps image yang ai capture tu maybe somewhere around Kuala Kubu Bharu la!

Sampai je kat rumah ai dah tidurkan mimi dalam bilik, my brotha cakap.
"Weyh..jalan apa tu weyh ko bawak? gila betul la ko nih"
"laa...sampai rumah jugak kan ? jauh je...laki aku salah masuk simpang"

tup tup ayah ai menyampuk..
"tadi ada pontianak atas sunroof keta"

HAH!!!!! terkedu sekejap..nasib baik tutup sunroof!
Gila ahhh....!!!


-bersambung skit nanti --

hahahhahahhaha (saja nak buat korang saspen)


Monday, December 31, 2012

:: Nantikan ... ::



gambar : sekdar hiasan



EH??? APAKAH?!
Nantikan ceritaku ....
hhiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii hiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii hiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
(cerita di atas kejadian sebenar)



Thursday, November 29, 2012

:: Seram - Toyol? ::


Kejadian ini baru terjadi dalam Jumaat,Sabtu dan Ahad lepas.
Bukan ai yang alaminya tapi adik ai yang last yang kena n kawan-kawan dia pun kena.

Malam Jumaat lepas adik ai n kawan2 dia tidur la lambat akibat cuti sekolah. Aku pun memang ada dengar derang dok bersembang2 sampai lebeh dari tengah malam. So aku  biarkan je la..malas nak cakap apa-apa. Sebab sabtu pagi ai nak bangun awal.

Tak ingat dalam pukul berapa (lebeh dari kul 12 malam la nih) - ai dengar la adik ai n kawan-kawan dia keluar dari bilik n macam berlari pegi depan rumah..dan ceritanya begini :

Menurut adik ai..dia terdengar bunyi macam suara orang menangis mendayu-dayu depan rumah. Dia n kawan dia pun nak la pegi jenguk sebab lama sangat dah derang dengar bunyi tangisan tu.dengar macam sayup-sayupppppppppppppp je. Dia n kawan dia keluar dari bilik dan pegi la depan rumah sebaik aje dengar bunyi anjin dok menyalak pulak. Tup-tup nak tau derang nampak apa?

Derang nampak toyol berdiri depan pintu rumah (bukan pintu utama). Entah dari mana pulak tetibe anjing besar warna hitam muncul. dan tak semena-mena time tu jugak toyol tu berlari...punya laju adik aku cakap..macam WOSHHHHHHHHHHHH! gitu...~

Hari sabtu pulak..adik ai dan kawan-kawannya melepak kat garaj sampai nak naik subuh jugak la rasanya mungkin sebab nak jadik ;jaga' akibat kes malam sebelumnya..ye la kot-kot dihantar nak mencuri ke apa ke kan? nak kata toyol sesat tak tau la pulak...so derang pun lepak la sambil bersembang-sembang kosong n pakai wi-fi free dari rumahku...

Tengah sembang-sembang tetibe kawan adik ai yang sorang ni terdiam n pandang adik ai tak berkelip...
Rupa-rupanya...toyol tadik tu dok bertenggek atas bahu adik ai..!!!! budak ni punya berani...p cakap macam ni "HOI!!!!" terus toyol tu...loncat n lari laju2

Malam tadi punya cerita tak tanya lak..ada ke tak derang nampak sebab malam tadik pun derang berjaga jugak sampai kul 3 pagi tak silap....

dari mana datangnya makhluk itu..milik siapa ai tak tau ..

Saturday, October 23, 2010

:: Terowong Keretapi Bukit Berapit ::





Entah apsal tetibe teringat balik citer tanah runtuh kat landasan bukit berapit last month...teringin lak gatal nak tangan nak GOOGLE pasal tempat nih...dengar Incik Pinky je citer kawasannya angker dan seram2 sejok...sebab tak penah lalu la jadik pherak sekejap....hhahahahahahhah



Lihatlah landasan keretapi nan panjang merentasi Tasik Bukit Merah,cukup indah, cukup mendebarkan, cukup mengesankan...




Terowong Bukit Berapit








Landasan Tasik Bukit Merah...ohhh rupa3nya masa techik2 aku slalu p sini tgk ketapi lalu petang-petang...apsal la aku tak tau selama nih? hahahhah dah naik ketapi tanah runtuh...[benti pai padang rengas je] ..google2 tup2....barulah ku tahu....






tapi bila tgk gambar....DAP!!!!! tetibe je rasa seram ngan berdebar3..apsal tah!!!!!


di petik dari :http://khayalkhayal.wordpress.com/2009/06/page/2/ Wak Drebar Kereta Api “Kawasan yang paling ‘keras’ sepanjang line utara selatan ni ialah di Bukit Berapit. Malangnya kat kawasan tu juga semua kereta api mesti bergerak dead slow. Maknanya kami biarkan kereta api bergerak dengan momentum aja. Tapi kat kawasan tu le paling selalu nampak langsuir dan pontianak terbang melayang-layang atau hinggap bertenggek kat dahan-dahan pokok yang besar-besar dalam gaung tu.


Adekah kita semua tahu bahawasanya Terowong Bukit Berapit ini adalah terowong keretapi TERPANJANG di Malaysia?????? erkk!!!!!!! [aku dah pikir bukan3]

(trimas pok cik gugel untuk semua gambo)

Monday, June 7, 2010

:: Misteri Nusantara - Cerita Seram Lebuhraya Behrang bahagian 1 ::

hujung minggu aku sangat adventure....dari cerita paranormal tayar kereta aku meletup...sampailah citer aku menangis tengok citer lagenda budak setan!
mari kita mula bercerita.......
tepat pada jam 0500 aku bertolak dari kuala lumpur menuju ke taiping.
aku bawak kereta rilex je 80-90km/j palig top pon mungkin 100km/j ...ye la bawak keta otoshow mana leh bawak laju laju.
Sambil melayan jiwa dengan lagu lagu rock tangkap leleh......seperti lagu CRK,LESTARI,DATA .....
aku melewati signboard 'Ladang Bikan 38km' pada jam lebih kurang hampir pukul 0600....tiba tiba aku terasa kereta bergegar.....aku makin slowl a..pasang niat nak berhenti kat ladang bikam nak check
kereta sebab aku tak nak berhenti kat situ jugak sebab jalan terlampau gelap dan sunyi.
Belum sempat aku buat apa apa....kereta aku dah terhoyong hayang ke kiri dan kanan....
aku pun tak tekan minyak. Biarkan kereta aku slide ke tepi jalan ke lorong kecemasan.
Sebaik sahaja berhenti.....aku terus keluar..
bukak satu pintu belah kiri....bukak bonet belakang dan pasang hazard light.
Hmm......aku nampak tayar belakang sebelah kiri kereta terkeluar dawainya....bunga tayar hilang semua!!!!!!!
Aku pelik...hmm..tak fikir panjang, aku keluarkan woofer aku...punggah tempat tayar spare. Amik jack n tayar rim tong.
Malang sekali aku tak berapa nak berkudrat membukak nat rim yg sangat ketat awlaupon aku dah lompat2 atas spanar T aku tuh..HAIH!!!
Aku terus telepon careline lebuhraya PLUS.
Aku bercakap ngan seorang mamat bernama RIZAL.
Aku bagitau dia kereta aku tersadai tepi jalan kat 380.6 berhampiran behrang dan ladang bikam.
Aku tanya dia bila leh dampai dia cakap 30-40 minit...oklah aku tak kesah sangat pon...tapi berkali dia suh aku dok diam diam dalam kereta.
MAMPOS!! sampai ke sudah aku dok luar...!!!
Tapi yg beshnya tak sampai 30minit peronda PLUS dah sampai....
yg lagi best bila kereta peronda tu suluh kereta aku...
"ADIK!! APA dah jadi ni??" pak cik tu tanya aku
aku katalah "jadik ape? tayar saya pecah la..."
tup tup dia tunjuk BUMPER,LAMPU ngan BONET ..BARAI!!!!!
bumper pecah....bonet kemek..lampoo pecah!!
watta?!!!!!!!!!!!
dulu penah skali jugak jadik cenggitu tapio tak de la pai barai!!!
Hmm.....lepas incik Nizam dan incik Mat tolong aku...aku pon sambung perjalanan.
Berhenti kat tapah untuk pam angin tayar spare.
Lepas tu aku benti tepi jalan. Dok mencangkung belek kereta aku....
Hmmm...masih memikirkan mana logikanya kereta aku teruk macam kene langgar lori!
Hmm......aku pon main la facebook.
Semua org cakap aku kene langgar. Padahal tak.....Hmm....
Aku pon jalan la balik terus ke Taiping.
Sampai kat Taiping......tunang aku terus terajang keta tu....aiyookkk!!!!
Aku terkejut..takoottt....diam3 aku nanges.....takoot seyy!!
Aku tak penah tengok tunang aku cenggitu!!!!!!!!!!!
Aku pun pujuk2 dia......mak dia pon pujuk dia......hmm........
ada jugak orang kata...aku sebenarnya terlanggar seswatu yg mata kasar kita tak leh nampak...aku pon tak sure.....Wallahhu'alam......
haih.....dasat kan??????
nnt entry lepas ni aku taruk koleksi gambarnya ek...!
daa

Top Post